Bab 104

696 85 10
                                    

Ramai tanya kenapa Chanyeol mati? Sy rasa perkara seperti ini juga boleh jadi walaupun kepada watak utama. Sebagai contoh, Kim Woobin di Uncontrollably Fond. Memanglah tajuk cerita ini Chanyeol tetapi dari awal lagi saya dah menekankan watak Yoon Hyeran sehingga ke akhir. Jadi, ini ialah kisah Yoon Hyeran.

Boleh x sy nak dapatkan at least 50 votes sebelum sy publish Bab 105. Cerita ni dah nak habis pun. ✌

Bab 104

YOON HYERAN memimpin Chanyoung dengan erat sambil berjalan dengan perlahan untuk menyamakan langkah mereka berdua sambil sebelah tangannya lagi membawa beg kertas pemberian Baekhyun. Boleh sahaja dia mendukung anaknya itu namun disebabkan dia mahu Chanyoung cepat pandai berjalan, dia menyuruh Chanyoung untuk berjalan kaki dengannya tambahan pula, dia agak penat hari itu jadi dia mahu menyimpan sedikit tenaganya. Mujurlah taman permainan itu tidaklah jauh dari kedai bukunya.

"Youngie-yah, suka tak Baekhyun samchon datang?" Soal Hyeran sambil tersenyum, menundukkan kepalanya melihat anaknya. Chanyoung mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Suka?" Soal Hyeran sekali lagi.

"Suka!" Jerit Chanyoung dengan girang membuatkan Hyeran tertawa kecil.

"Baekhyun Samchon, Kai Samchon, Sehun Samchon, Kyung Samchon, Xing Samchon, Suho Samchon, Min Samchon dan Chen Samchon, siapa Chanyoung paling suka?" Soal Hyeran, ingin tahu.

Chanyoung menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tiada suara keluar dari bibir kecilnya yang mungil. Hyeran tersenyum nipis, cuba diajukan sekali lagi pertanyaan kepada anaknya itu. "Siapa yang Chanyoung paling suka, Umma atau samchon?" Soal Hyeran, berharap yang Chanyoung akan memilih dirinya.

"Amchon..." Jawab Chanyoung membuatkan langkah Hyeran terhenti. Hyeran memusingkan badannya, menghadap Chanyoung yang memang mengucapkan perkara yang kontra, benda sebaliknya daripada apa yang difikirkannya. Mungkin juga budak-budak memang berfikiran seperti itu.

"Umma atau samchon, Chanyoung lebih sayangkan samchon?" Soal Hyeran sekali lagi membuatkan Chanyoung terdiam. Setelah beberapa saat kemudian, budak yang berusia hampir setahun itu menganggukkan kepalanya. "Kecewa betul ibu. Nanti ibu suruh pakcik-pakcik Chanyoung ambil Chanyoung. Nak tengok, boleh tak mereka jaga Chanyoung yang nakal ni. Tahulah dapat hadiah banyak." Komen Hyeran sebelum meneruskan perjalanan mereka berdua.

"Andwae..." Kata Chanyoung sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Hyeran pula yang menggelengkan kepalanya dengan telatah anaknya itu. Dia mendongakkan kepalanya, mengamati jalan dihadapannya. Dia dapat melihat kedainya yang terletak beberapa meter daripada mereka berdua. Sedikit sahaja lagi. Dia juga dapat melihat Vivapolo di seberang jalan. Kadang-kala dia akan membawa anak lelakinya itu ke restoran neneknya juga hanya apabila tiada ramai pelanggan.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now