Bab 32

1.2K 74 1
                                    

Kaku dia berdiri melihat bangunan apartment di hadapannya. Apartment itu kelihatan mewah. Mungkin mahal harga sebuah rumah disitu. Mungkin berharga beratus-ratus won? Entahlah. Tetapi, di dalam fikiran Hyeran kini sedang ligat berfikir tentang bagaimana appanya hendak membayar kos-kos semasa dia menjadi penyanyi di Agensi smALL nanti. Mesti mahal. Dahlah gaji appanya bukannya tinggi. Appa hanya memiliki sebuah kedai buku. Wang perbelanjaan dan makanan mereka sekeluarga memang cukup tapi, kalau appa nak bayar lagi semua ini... Rasanya mungkin tak cukup. Kasihan Appa. Hyeran menyatakan azam di dalam hatinya. Dia akan bersungguh-sungguh demi mencapai apa yang Appa mahu.

"Masuklah." Pelawa Jiyoon kepada Hyeran yang sedang berdiri tercengang di hadapan muka pintu.

Perasaan ragu-ragu meresap ke dalam hati Hyeran. Patut ke dia masuk? Atau tidak? Tetapi, apabila Jiyoon Unnie mempelawanya masuk ke dalam apartment itu, mahu atau tidak mahu, dia harus juga melangkahkan kakinya ke dalam rumah itu.

"Rumah ini kecil je. Ada dua bilik sahaja. Lumayanlah, kita boleh pakai satu seorang. Hyeran pergilah pilih bilik yang Hyeran mahu." Arah Jiyoon.

Akur dengan arahan Jiyoon, Hyeran memeriksa kedua-dua bilik di rumah itu. Hyeran pun sebenarnya bukan memilih orangnya namun, akhirnya dia memilih bilik pertama yang dia jumpa. Bagasinya ditarik masuk ke dalam bilik dan diletakkannya di tepi katil. Hyeran memandang sekeliling bilik itu sambil melabuhkan punggungnya di birai katil yang lembut itu. Bilik itu sederhana sahaja tapi memadailah memandangkan apartment itu sudah tersedia dengan perabot. Hyeran membuka zip bagasinya yang telah diletakkan di atas katil. Dia mengeluarkan satu-persatu baju yang terlipat kemas di dalam bagasi itu dan disangkutkannya di penyangkut baju. Baju-baju yang telah disangkutkannya diletakkan terbaring di atas katil sehinggalah dia siap menyangkut kesemua bajunya.

Sedang menyangkut baju ke dalam almarinya, suatu bayangan peristiwa lepas menerjah ke dalam ruang fikirannya.

Hyeran membuka almari baju di hadapannya. Di dalam bilik itu, disediakan almari kayu dua pintu yang besar jadi, sebelum ini Hyeran dan Chanyeol sudah memutuskan yang Hyeran ambil almari yang kanan manakala Chanyeol pula almari kiri. Umma sudah berpesan kepadanya untuk mengemas pakaian-pakaiannya kerana mereka akan bertolak pulang ke Seoul pada esok hari. Dia membuka almarinya dan menyimpan semua baju di dalam almari ke dalam bagasi. Setelah siap ke semuanya, matanya tertancap pada almari milik Chanyeol yang seakan-akan menarik perhatiannya. Entahlah tapi hatinya memberitahunya agar dia harus membuka dan mengintai isi almari itu.

Kakinya dengan automatik melangkah ke almari Chanyeol. Memanglah Chanyeol sudah pulang ke Seoul tetapi mana tahu ada barang atau pakaian yang Chanyeol tertinggal, bolehlah dia simpankan. Hyeran menggeleng kepalanya apabila dia melihat lebih kurang enam helai baju yang tergantung di dalam almari itu. Dia dah agak dah. Memang Chanyeol ada tinggalkan baju di dalam almarinya. Tiba-tiba, Hyeran ternampak sesuatu di celah baju-baju Chanyeol. Ia berwarna putih dan kelihatan agak bercahaya. Bukankah itu adalah...

Dia terus menarik tuksedo putih milik Chanyeol yang telah dipakai Chanyeol pada hari perkahwinan mereka berdua. Entah kenapa tiba-tiba Hyeran memeluk tuksedo itu. Mungkin dia rindukan pemiliknya? Tapi tak mungkin. Hyeran terus menggeleng kepalanya menafikan apa yang muncul di benak fikiran. Tak. Dia tak mungkin rindukan Chanyeol. Dia bencikan Chanyeol. Chanyeol telah berlaku tidak adil terhadapnya dan mengambil keputusan untuk meninggalkannya. Tuksedo itu lalu diletakkan di atas katilnya dan dilipat dengan kemas lalu diletakkannya ke dalam bagasi. Disebabkan bagasinya masih separuh penuh, Hyeran melipat kesemua baju Chanyeol yang lain dan meletakkannya di dalam bagasinya juga.

Suara daun pintu dikuak dengan perlahan mengejutkan Hyeran dari lamunannya. Hyeran menoleh ke arah pintu yang tersembul wajah Jiyoon. Hyeran cuba tersenyum kepada Jiyoon Unnie yang mula melangkah ke arahnya.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now