Bab 29

1.5K 96 7
                                    

Sehelai baju yang digantung di penyangkut baju ditanggalkan dan dilipat dengan kemas sebelum dimasukkan ke dalam bagasinya yang bersaiz kecil. Sebenarnya Chanyeol bawa banyak baju untuk perkahwinan dan percutiannya di Pulau Jeju tetapi dia berfikir hanya membawa tiga helai baju sudah memadai memandangkan bajunya di dorm bertimbun. Setelah semuanya sudah dimasukkan ke dalam bagasi, dia mengzip bagasi itu. Seperti biasa, kalau tak ingin dikenali orang ramai, dia memakai cermin mata hitam dan topi di atas kepalanya.

Telefon bimbitnya yang terletak di atas katil berbunyi menandakan sebuah mesej baru telah masuk. Dengan automatik, sebuah mesej tertera di skrin telefon bimbitnya.

Suho : Manager Hyung baru beritahu yang dia dah sampai. Dia akan telefon kau sekejap lagi bila dia dah keluar dari lapangan terbang.

Tangan Chanyeol pantas mengarang sebuah mesej balasan yang ringkas.

Chanyeol : Arasseoyo, Hyung.

Tangan kanannya menyelit telefon bimbitnya ke dalam poket seluar jeansnya manakala tangan kirinya menarik bagasinya namun, baru selangkah dia menapak, dia terhenti kerana ada sesuatu yang menangkap pandangannya.

Sticky note yang berada di atas meja hanya direnung oleh Chanyeol lama. Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Dia sedang berdebat, berdebat di dalam hatinya.

'Patutkah aku tinggalkan nota untuk dia? Nak ketuk pintu bilik dia sah-sah dia tak mahu dengar suara aku lagi. Kalau aku tak bagitahu dia aku pergi nanti dia cakap apa pula. Alah, Chanyeol. Kau tak payah beritahu dia pun tak apa. Dia kan dah cakap dia tak kisah kalau kau pergi. Dia tak nak tengok muka kau lagi jadi, tak payahlah nak tulis nota untuk dia cakap kau dah pergi.' Debat hatinya.

Bibir bawahnya digigitnya. 'Tapi, aku kena bagitahu dia. Alah, tapi dia mesti akan buang nota tu dalam tong sampah tanpa baca pun.' Fikir hatinya lagi.

"Argh!" Chanyeol menyerabaikan rambutnya dengan kedua tangannya kerana buntu.

"Okay, Chanyeol. Sekarang nak tulis ke tak nak?" Soal Chanyeol kepada dirinya sendiri. "Tentukan sekarang."

*~*~*~*~*~*

Hyeran tersedar dari tidurnya apabila dia terdengar satu bunyi yang kuat. Dia terus duduk di atas lantai yang merupakan tempat tidurnya tadi dan memandang sekelilingnya. Rupa-rupanya dia tertidur di hadapan pintu biliknya. Akhirnya kesedihannya sudah berkurangan sedikit setelah tidur. Nampaknya tidur memang cara yang mujarab untuk melupakan kesedihan. Namun, matanya terasa sedikit sembap disebabkan menangis.

"Alamak, terjatuhkan pula bagasi bengong nih."

Walaupun suara itu berbisik namun, Hyeran dapat mendengar jelas suara Chanyeol yang menyumpah seranah sesuatu. Suara Chanyeol kedengaran sangat dekat.Hyeran ingin tahu sama ada Chanyeol masih ada di hadapan pintu sejak dari tadi atau tidak.

Hyeran membongkokkan badannya melihat lubang kecil pintu dibawah. Dia dapat melihat kaki Chanyeol walaupun samar-samar yang masih berdiri di hadapan pintu bilik appanya itu.

'Dia masih tak mahu berganjak?' Fikir Chanyeol.

Tangan Hyeran terus sahaja menggapai tombol pintu untuk dipulas tetapi terus ditariknya semula apabila memikirkan peristiwa tadi. Dia mengetap giginya. Rasanya sudah hampir sejam dia mengurungkan diri di dalam bilik itu. Patutkah dia keluar? Dia tak bolehlah nak merajuk lama-lama mengalahkan budak-budak. Tetapi, kalau dia keluar maknanya dia sudah mengalah dengan Chanyeol dan Chanyeol akan menganggap dirinya sudah dimaafkan.

'Tapi, Hyeran! Sampai bila kau nak maafkan dia? Sampai bila kau nak lupakan dia? Kau tak bole bagi muka dia pada dia! Masih terlalu awal untuk mengalah. Biar dia pujuk kau lagi. Biar dia tahu macam mana sakitnya hati kau dia lakukan. Biar dia! Biar!' Hyeran mengangguk dengan kata-kata hatinya itu namun, apabila dia mendengar suara hon dari luar dia terus tersentak.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now