Bab 80

1.3K 74 18
                                    

Song suggestion : Baekhyun - Like Rain Like Music

Bab 80

Dari kejauhan, kedengaran suara mengeluh yang berat yang tidak dapat ditangkap oleh kedua-dua orang yang sedang diperhatikannya sekarang. Badannya terus berpusing membelakangi Hyeran yang sedang memeluk Chanyeol dengan erat bagaikan tidak mahu melepaskannya pergi. Tangga yang hanya beberapa sahaja bilangannya membuatkan Baekhyun merasakan yang ianya ada beribu memandangkan dia mengambil masa yang lama untuk menuruninya. Satu perkara menjelma di mindanya, membuatkan Baekhyun berhenti seketika sebelum dia turun melangkah ke atas satu anak tangga lagi.

Berperang dengan mindanya sendiri, itulah yang Baekhyun rasakan saat ini. Dia tidak boleh berhenti membayangkan betapa rapatnya Hyeran dan Chanyeol sekarang dan semua kebahagian di dunia ini yang mereka berdua boleh kecapi. Baekhyun menggenggam tangannya apabila sekali lagi kata-kata D.O tempoh hari mengganggu fikirannya; kata-kata yang menyatakan dia tidak akan dapat memiliki seorang insan yang bernama Yoon Hyeran.

Air mata yang mengalir di pipinya membuatkan Baekhyun ketawa dengan dirinya sendiri. Dia terus menyeka air matanya dan melihat tangannya yang basah dengan air mata sendiri seraya memberi pandangan bagaikan dia tidak pernah mengalirkan air mata sebelum ini dan tidak tahu mengapakah matanya berair. Baekhyun tahu dia kelihatan seperti orang yang bodoh. Ya, dia sangat bodoh.

"Michigetta, jinjja... (Aku rasa macam nak gila...)" Baekhyun menggeleng kepalanya.

Sebenarnya Baekhyun tidak tahu sama ada ia adalah air mata bahagia atau derita. Chanyeol yang menjadi sahabatnya sejak sekian lama sewajarnya membuatkan dia berasa tumpang bahagia kerana Chanyeol sudah menemui perempuan yang dapat membahagiakan dirinya. Atau sebenarnya Baekhyun sedang menderita di dalam hatinya sehingga dia sendiri tidak sedar dia sedang menangis.

biga naerigo eumagi heureumyeon
(Apabila hujan turun dan muzik pun berkumandang)
nan dangsineul saenggakhaeyo
(Saya terfikirkan awak)
dangsini tteonasideon geu bame
(Pada malam itu, di mana awak pergi)
ireohge biga wasseoyo
(Hujan mencurah seperti ini)

Baekhyun yang sedang bersenandung sambil tangannya menari di atas piano tidak menyedari seseorang sedang menyelinap masuk ke dalam bilik muzik yang telah dia gunakan. Baekhyun yang tidak menyangka akan ada orang lain berada di dalam bilik itu terus menghayati lagunya dengan memainkan piano itu sehingga ia kedengaran hampir sempurna. Sementara itu, Chanyeol yang sedang mendengar nyanyian Baekhyun itu, mengagumi bakat yang ada pada sahabat baiknya itu.

biga naerigo eumagi heureumyeon
(Apabila hujan turun dan muzik pun berkumandang)
nan dangsineul saenggakhaeyo
(Saya terfikirkan awak)
dangsini tteonasideon geu bame
(Pada malam itu, di mana awak pergi)
ireohge biga wasseoyo
(Hujan mencurah seperti ini)

nan oneuldo i bireul majeumyeo
(Hari ini saya berdiri lagi di bawah hujan)
harureul geunyang bonaeyo
(Dan membiarkan hari berganti hari)
o areumdaun eumak gateun
(Oh, bagaikan muzik yang indah)
uriui sarangui iyagideureun
(Kisah cinta kita berdua)
heureuneun bicheoreom
(Seperti hujan yang turun)
neomu apeugi ttaemunijyo
(Kesakitan ini muncul kembali)

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now