Bab 22

2K 115 1
                                    

Tiket penerbangan Kelas pertama? Wow. Biar betul Puan Park ni? Hyeran hanya mampu memandang tiket di tangannya yang baru sahaja diberikan oleh Puan Park sebentar tadi dengan muka tidak percaya. Mesti Keluarga Park kaya, kan? Alamak, boleh ke Hyeran menjadi menantu Keluarga Park walaupun buat sementara nanti? Keluarga Yoon dan Keluarga Park nampaknya berbeza darjat. Bagi Hyeran, nampak sangat dia tidak sesuai menjadi menantu buat Keluarga park ini. Seharusnya, Mereka carikan isteri untuk anak mereka yang lebih sesuai buat anak mereka.

“Hyeran, nampaknya Appa tak duduk dengan Hyeran nanti. Appa akan duduk dengan Encik dan Puan Park.” Ucap Appa yang lantas mematikan lamunan Hyeran.

Lantas Hyeran menggelengkan kepalanya sebagai tanda kepada appanya. “Tak apalah, appa. Hyeran akan baik-baik sahaja. Hyeran boleh jaga diri sendiri.” Balasnya lalu memeluk erat Appanya.

“Mana pula Chanyeol ni?” Ujar Puan Park dengan risau. Dia melilaukan matanya di lapangan terbang itu untuk mencari kelibat anak lelakinya itu yang tidak muncul-muncul juga.

Appa Hyeran yang tidak nampak Chanyeol dari tadi menjadi turut risau. Dia lantas bertanya kepada Puan Park, “Chanyeol pergi ke mana?”

“Chanyeollie kata yang dia sakit perut jadi dia minta diri ke bilik air tapi, sampai sekarang dia tak balik-balik lagi.” Terang Puan Park kelihatan resah dan gelisah.

“Tapi, Youngmi. Kita dah nak berangkat ni.” Balas Encik Park Pula. “Yoora, dapat telefon Chanyeol?” Soalnya pula pada Yoora.

Namun, jawapan Yoora sangat mengecewakan. Yoora hanya mampu menggelengkan kepalanya dengan kecewa. “Tapi Yoora dah hantar mesej kepada Chanyeol. Tak apalah, Umma. Jom kita masuk dulu. Chanyeol kan ada tiketnya dengan dia jadi, dia boleh bergegas masuk bila dia dapat mesej Yoora. Cuma… minta-minta dia tak tertinggal sudah.”

“Betul tu, Sayang. Lebih baik kita masuk dulu. Pandai-pandailah Chanyeol nanti. Kalau tertinggal pun besok dia boleh naik kapal terbang ke Jeju esok.” Ajak Encik Park kepada isterinya. “Tapi, hari ini Chanyeol ada wedding photoshoot dan esok hari perkahwinan Chanyeol!” Balas Puan Park pula.

“Alah, Chanyeol sempatlah tu. Jom kita masuk dulu.” Encik Park memegang tangan isterinya lalu menuju ke balai berlepas disusuli Yoora yang mengekori mereka dari belakang.

‘Tak. Mintak-mintak Chanyeol tak sempat. Kalau Chanyeol tiada, maknanya perkahwinan ini tak akan dilangsungkan, kan? Ya Tuhan, minta-minta Chanyeol tidak sempat naik kapal terbang. Aku masih belum bersedia untuk berkahwin padahal semuanya akan dijalankan esok.’ Hati kecil Hyeran berbisik.

“Hyeran-ah, jom.” Ajak Encik Yoon kepada anak perempuannya itu. Hyeran hanya tersenyum nipis ke arah ayahnya sebelum mengangguk. Mereka berdua beriringan menuju ke balai berlepas.

Hati Hyeran kini sedang sibuk berdoa agar Chanyeol tidak sempat menaiki kapal terbang itu dan perkahwinan itu tak akan dilangsungkan. Memanglah Hyeran dah berasa lebih baik dengan Chanyeol semenjak peristiwa semalam. Dia terus sahaja melupakan perkara-perkara tentang Chanyeol yang amat dibencikannya tapi, dia tetap tidak mahu berkahwin dengan Chanyeol.

Ulang suara, Dia tetap tidak mahu berkahwin dengan Encik Park Chanyeol.

Memanglah dia dah berumur dua puluh dua tahun pada tahun ini dan sudah cukup umur untuk berkahwin tapi dia masih tidak bersedia. Dan bukankah lebih baik dia berkahwin dengan jejaka idamannya sendiri sebaliknya bukan pilihan keluarga?

Sedang sibuk berfikir dan berdoa agar Chanyeol tidak sempat menaiki kapal terbang itu, Hyeran sudah pun sampai di tempat duduk yang telah ditempah. Nampaknya, penumpang yang akan duduk di sebelahnya masih tidak sampai lagi. Satu barisan tempat duduk itu kosong. Mungkin dia masuk terlalu awal agaknya. Tanpa membuang masa lagi, dia meletakkan beg MCM nya di tempat simpan beg dan mengambil tempt duduknya di sebelah tingkap.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now