Bab 73

746 62 7
                                    

Senyap yang menyelebungi mereka lama-kelamaan bertukar menjadi sunyi. Hanya bunyi tayar kereta yang berjalan di atas jalan raya yang sudah basah dengan hujan sahaja menemani mereka. Awan yang mencurahkan hujan ke bumi Seoul sudah lama pergi. Titisan-titisan hujan di tingkap kereta dipandang kosong oleh Hyeran sementara pemandangan di luar tingkap langsung tidak menarik perhatiannya. Sesekali fikirannya melayang jauh hingga dia tidak sedar yang kereta itu sudah tiba di hadapan apartmentnya.

"Hyung, tolong turunkan saya di hadapan apartment sementara Hyeran pula tolong turunkan dia di kawasan parking." Pinta Baekhyun yang duduk di sebelah tempat duduk pemandu.

Sementara Hyeran pula yang duduk di tempat duduk belakang hanya mampu mendiamkan dirinya. Dia tahu sebab Baekhyun melakukan hal sedemikian. Baekhyun tidak mahu dilihat bersama dengan Hyeran oleh peminatnya. Mungkin sahaja Baekhyun masih menghormati keputusan Hyeran namun dalam masa yang sama, hati Baekhyun masih tetap mahukan Hyeran.

Keluhan kecil meniti di bibir Hyeran. Mengapa takdir hidup akhirnya bertukar menjadi seperti ini? Mengapa orang yang dia sukai akhirnya membalas cintanya pada saat hidupnya sudah dilengkapi oleh lelaki lain? Mengapa?

Suara peminat Baekhyun yang menjerit-jerit kegembiraan saat Baekhyun membuka pintu mengejutkan Hyeran. Dengan lekas, Baekhyun segera menutup pintu kereta dan membenarkan managernya membawa kereta itu ke kawasan parking. Di sebalik tingkap kereta, Hyeran dapat melihat orang ramai yang mula mengerumuni Baekhyun. Kasihan Baekhyun, tiada sesiapa yang dapat menjaganya dari disentuh oleh lautan peminatnya ketika itu.

Pernah juga Hyeran menjadi seperti itu suatu ketika dahulu namun tidak menjadi teruk seperti itu. Dia pernah menjadi segelintir peminat yang hanya dapat melihatnya dari jauh. Malah jauh pun lebih baik daripada tidak dapat melihat langsung. Sebenarnya Hyeran bukannya orang yang fanatik EXO. Kalau tidak disebabkan Hyunae membuka lagu EXO di mana-mana sahaja, Hyeran tidak akan dapat jatuh dengan suara Baekhyun yang lantas menjadikannya seorang peminat Baekhyun. Dia tidak berapa minat dengan ahli EXO yang lain. Hanya Baekhyun yang dapat menawan hatinya sewaktu ketika dahulu.

Sewaktu ketika dahulu-

Siapa sangka semua akan berubah dengan sekelip mata? Memang betul, tiada siapa yang dapat meneka apa yang akan pada masa akan datang.

"Terima kasih sebab hantar saya. Saya harap tak menyusahkan." Hyeran menundukkan kepalanya kepada manager EXO-K sebelum dia keluar dari perut kereta.

Senyuman dilemparkan kepada Hyeran sambil kepalanya menggeleng. "Usah keberatan. Saya memang ditugaskan untuk bawa Baekhyun pergi ke mana-mana. Kadang-kadang dia anggap saya kuli dia." Sempat lagi dia berseloroh sedangkan dia harus bergegas ke sesuatu tempat.

Senda gurau manager EXO-K itu mampu membuatkan Hyeran tertawa kecil kalau tidak wajahnya tadi tiada senyuman langsung. Hyeran tiba-tiba teringat sesuatu yang mungkin lelaki itu dapat membantu. "Boleh saya tanya sesuatu?" Hyeran menyoal dengan ragu-ragu. Takut kalau lelaki itu sedang sibuk memandangkan sebelum mereka ke hospital tadi, lelaki itu memberitahu yang dia benar-benar sibuk.

"Janganlah malu-malu dengan saya. Apa yang awak nak tanya?" Lelaki itu menganggukkan kepalanya.

"Chanyeol-Kenapa saya tak boleh hubungi dia? Dia ada di mana?" Hyeran bertanya tanpa menunggu lebih lama lagi.

"Ouh, Chanyeorie?" Manager itu menyoal di mana membuatkan Hyeran mengangguk laju. "Dia ada penggambaran filem hari ini. Tempatnya jauh jadi saya terpaksa hantarkan dia sahaja memandang Kyungsoo dan Kai perlu pergi ke tempat lain. Penggambaran itu mungkin akan berlarutan sampai ke malam atau pagi besok. Saya pun tak dapat jangka. Semuanya ikut kehendak pengarah." Beritahu manager itu panjang lebar.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now