Bab 60

1.3K 55 1
                                    

Hyeran memandang sekelilingnya dan berasa lega apabila hanya mereka berdua yang sedang mengambil makanannya. Ahli kumpulan EXO yang lain pula mungkin sedang berada di dalam bilik tarian lagi. Sedang dia leka memandang sekelilingnya, dia menangkap tangan Chanyeol yang sedang menyendukkannya makanan.

"Awak nampak kurus sangat," Ujar Chanyeol apabila Chanyeol perasan sepasang mata milik Hyeran yang sedang merenungnya.

Senyuman terukir di wajah Hyeran melihat Chanyeol. "Komapseumnida, seobang-nim. (Terima kasih, Abang."

"Mwoya..." Chanyeol menekup mulutnya kerana terkejut dengan kata-kata Hyeran. "Seobangnim? Awak hidup di zaman Jeoseon ke?" Soal Chanyeol membuatkan Hyeran tertawa kecil.

Ketawa Hyeran terhenti apabila dia melihat kedua-dua Betis Chanyeol yang terdedah. "Kenapa pakai seluar pendek?" Soal Hyeran membuatkan Chanyeol yang sedang menyendukkan makanan berhenti dan memandangnya.

"Suka apa yang awak tengok?" Soal Chanyeol dengan ketawa sengetnya.

Hyeran mencemuh kemudian memandang Chanyeol dengan mengecilkan matanya. "Saya tanya kenapa awak pakai bukannya saya cakap saya suka awak pakai benda tu!" Menyampah pula Hyeran mahu melayan lelaki yang tak faham bahasa di sebelahnya ini.

"Saya tahulah saya ada sepasang kaki yang panjang dan sempurna," Chanyeol mengangkat keningnya sambil memandang Hyeran.

"Saya pun!" Beritahu Hyeran pula. "Saya tak kisahlah dengan awak punya!"

Mulut Chanyeol terbuka luas sebelum menundukkan kepalanya untuk melihat kaki Hyeran. "Geurae?"

Kerana Chanyeol melihat kakinya dengan pandangan gatal, Hyeran terus memijak kaki Chanyeol dengan kuat menyebabkan Chanyeol menjerit dengan lantang. Dengan geram, Hyeran segera meninggalkan Chanyeol dan pergi ke mejanya.

"Kenapa saya tak pernah tengok kaki awak?" Soal Chanyeol yang masih mahu menyakat Hyeran walaupun dia dah menerima padahnya.

Pandangan maut dihalakan Hyeran kepada Chanyeol yang sedang mengambil tempat duduk di hadapannya. "Byuntaeya!" Hyeran mengetap bibirnya membuatkan Chanyeol tertawa kecil.

Punggung dilabuhkan oleh Chanyeol di atas kerusi sambil ketawa namun ketawanya hilang apabila dia melihat Baekhyun dan yang lainnya sedang menuju ke meja yang diduduki oleh mereka berdua.

"Ah, saya nak pakai skirt pendeklah besok, yang paras atas lutut. Saya nak jadi perempuan seksi sekarang." Ujar Hyeran.

"Andwae!" Chanyeol tidak memberi keizinan.

Baekhyun yang baru datang terkejut mendengar jeritan Chanyeol itu. "Mwoga andwae, Chanyeol-ah? (Apa yang jangan, Chanyeol-ah?)" Soal Baekhyun sebelum mengambil tempat duduk di sebelah Hyeran.

Sengaja Hyeran melemparkan senyuman kepada Baekhyun tatkala Baekhyun berada di sebelahnya.

"Tak... Err... Hyeran kata dia... Dia tak boleh makan lagi sebab dia nak diet." Chanyeol gagap.

Hyeran yang membesarkan matanya melihat Chanyeol terus dipandang oleh Baekhyun atas hingga bawah. Dia langsung tidak merasakan yang Hyeran perlu menguruskan badannya. Dia tidak tahu definisi kurus bagi wanita apabila mereka sudah sememangnua kurus. "Saya tengok awak okey je. Tak payahlah diet, awak dah kurus pun." Komen Baekhyun.

"Hah! Dengar cakap Baekhyun tu, Hyeran!" Ujar Chanyeol kepada Hyeran.

Satu-persatu ahli kumpulan EXO mengisi tempat duduk di meja tersebut termasuk Chen yang duduk di sebelah Baekhyun. Chen mengangkat sebelah keningnya memandang Chanyeol yang sedang memakan makanannya dengan gembira seperti selalu. Lama wajah Chanyeol ditenungnya tetapi Chanyeol kelihatan seperti tiada apa yang berlaku tadi.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now