Bab 43

951 83 2
                                    

"Yah, kau lama lagi ke dalam toilet tu, Chanyeol?" Soal Baekhyun dari luar pintu tandas.

Chanyeol yang sedang bercakap di telefon dengan Hyeran cepat-cepat menekup corong mikrofon telefon bimbitnya agar Hyeran tidak mendengar suara Baekhyun yang sedang memanggil-manggilnya dari luar tandas.

"Sekejaplah, Baekhyun-ah." Balas Chanyeol yang masih lagi menekup corong mikrofon telefon bimbitnya.

Setelah Chanyeol memastikan yang Baekhyun sudah beredar dari pintu tandas, Chanyeol menarik nafas dan kembali meletakkan telefon bimbitnya di telinga.

"Hyeran, saya..." Kata Chanyeol.

Namun, belum sempat Chanyeol menuturkan kata-katanya, Hyeran sudah memotongnya. "Tunggu sekejap, Chanyeol. Ada orang tekan loceng rumah. Tu mesti manager saya. Nanti kita berbual lagi, ya?" Beritahu Hyeran membuatkan Chanyeol berasa hampa. Hatinya berat. Sebenarnya dia sudah berancang untuk menelefon Hyeran paling sekejap pun setengah jam namun, Hyeran terpaksa pergi.

Kerana menyangka Hyeran sudah mematikan panggilan telefonnya, Chanyeol terus menyelitkan telefon bimbitnya di dalam poket seluar dan berjalan ke luar dari tandas.

"Nasib baik dah keluar kalau tak aku fikir nak rempuh masuk pintu tu." Suara Baekhyun yang mengeluh gara-gara Chanyeol mengambil masa yang terlalu lama di dalam tandas terus ditangkap oleh telinga Chanyeol.

Gara-gara Hyeran mematikan panggilannya, semangat Chanyeol terus hilang sehinggakan dia hanya mengendahkan bebelan Baekhyun kepadanya.

"Aku ni nak mandi kau pulak lama-lama dalam tandas. Dah hilang dah semangat aku nak mandi kau tahu tak?" Baekhyun terus-terusan membebel di telinga Baekhyun. Sebenarnya dia bukan mahu mandi pun, dia sengaja mahu mengusik rakannya itu. Namun, apabila dia perhatikan yang Chanyeol tidak mempedulikan bebelannya, dia terus bertanya. "Kau kenapa ni?"

"Tak ada apa-apa." Agak lama Chanyeol membalas pertanyaan Baekhyun itu. Dia seakan baru sedar dari lamunan dan terus memproses kata-kata itu dan memproses jawapan apa yang hendak dibalas. "Kau kata nak mandi tadi, kan? Pergilah mandi sebelum orang lain masuk dalam bilik air." Chanyeol cepat-cepat menukar topik apabila dia melihat Baekhyun membuka mulutnya ingin bertanyakan sesuatu.

Baekhyun hanya mengangguk mendengar kata-kata Chanyeol. Dia yang tadinya ingin mengorek apa yang sedang bermain di fikiran Chanyeol dibatalkan sahaja. Bukannya apa, tetapi wajah Chanyeol jelas kelihatan yang dia sedang ada masalah dan Baekhyun sebagai sahabatnya tentulah bersikap prihatin. Namun, Baekhyun hanya mengusir niat itu pergi dan akan kembali mengajukan soalannya kepada Chanyeol setelah dia sudah mandi.

Punggungya dilabuhkan di atas kerusi manakala sikunya diletakkan di atas meja makan sambil dia menongkat dagu. Sebenarnya perutnya sedang berbunyi rentak korus lagu Growl dengan laju dan dia sedang membayangkan ada pelbagai makanan terhidang di hadapannya di atas meja makan itu. Alangkah bahagianya jika dia dapat mengisi perutnya yang kosong dengan makanan-makanan yang lazat. Dan dengan tiba-tiba dia teringat akan Hyeran yang pernah memasakkan makanan buatnya. Dia tidak pernah berfikir yang dia akan menikmati saat-saat seperti dalam drama di kaca televisyen. Si isteri menyediakan makanan buat suaminya sementara si suami menyakat isterinya.

Namun, semua kenangan itu seketika Cuma. Tak mustahilkah buat Chanyeol untuk mengimpikan kembali menjadi seperti pada masa lalu? Pada masa yang mereka tidak bertengkar dan Hyeran tidak menangis kerananya. Pada saat mereka tertawa bersama bagaikan mereka adalah pasangan yang paling bahagia di dunia ini. Dia berharap yang semuanya bukan angan-angan kosong.

Dia mendapat akal untuk menelefon manager hyungnya disebabkan dia terlalu lapar. Kang tak pasal-pasal dia pengsan kat situ. Walaupun mereka sedang mempromosikan lagu baru mereka iaitu 'Call Me Baby' namun, mereka tidak ada apa-apa schedule sehinggalah pukul 9 pagi dan masih ada sekurang-kurangnya dua jam lagi. Ahli kumpulan yang lain masih lena dibuai mimpi kecuali Baekhyun dan dirinya. Chanyeol sebenarnya bukannya orang yang selalu bangun pagi namun entah bagaimana dia boleh bangun seawal pukul enam pagi.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now