Bab 62

896 57 1
                                    

Maafkan saya sebab update lambat sangat. Hope you enjoy.

Telefon di tangan Puan Park hampir terjatuh dari tangannya namun dia cepat-cepat menggenggamnya apabila dia tersentak dari lamunan. Air mata yang jatuh di pipi membuatkan dia terus menekup mukanya. Nampaknya dia sedang cuba menyembunyikan tangisannya. Namun, sesiapa yang melihatnya pasti tahu dia sedang menangis dengan melihatkan tangannya yang menggigil dan mendengarkan esakan tangisannya yang hampir tidak kedengaran.

"Youngmi-yah?"

Suaminya yang dari tadi menjadi pemerhati kini mendekatinya. Dia yang hampir kehilangan suara tidak menjawab. Lama-kelamaan, suara esakan Puan Park semakin kedengaran sehinggalah Encik Park mendakap isterinya di dalam pelukannya yang erat.

"Hyeran telefon lagi ya?" Soal Encik Park yang sedang membelai belakang isterinya dengan lembut, berharap dapat menenangkannya.

Encik Park dapat merasakan anggukan isterinya di bahunya. Pelukan itu dileraikan perlahan. Wajah isterinya dipandang lembut sementara isterinya cuba untuk mengelak dari melihat wajahnya.

Tangannya mencapai bahu isterinya seraya berkata, "Kita tak boleh nak paksa Doohwan, sayang."

"Tapi, abang. Saya kesian dengan anaknya iaitu satu-satunya menantu kita. Macam mana perasaan Hyeran kalau dia tahu kita sedang menipunya selama ini?" Soal Puan Park yang tidak bersetuju dengan perkara itu. Dia sememangnya menentang niat Doohwan, ayah kepada Hyeran namun dia tidak mampu berbuat apa-apa. Cakap pun tak guna kepada Doohwan.

"Hampir setiap hari Hyeran telefon saya untuk bertanyakan tentang ayah dia. Semua alasan saya dah beri. Apalagi yang saya harus katakan kepada Hyeran jika Hyeran telefon selepas ini, Abang?" Soal Puan Park sebelum mengeluh kecil. Dia kedengaran benar-benar hampa atau memang itupun kebenarannya.

Encik Park faham benar perasaan isterinya itu. Air mata yang berlinangan di pipi Puan Park disekanya. Puan Park lantas mengangkat mukanya dan mereka berpandangan buat seketika.

"Saya tahu, Youngmi. Tetapi saya yakin Chanyeol akan sentiasa berada di sisi Hyeran ketika Hyeran perlukannya. Saya tahu Chanyeol tidak akan tinggalkan Hyeran ketika Hyeran tak ada sesiapa lagi. Itulah yang Doohwan nampak pada anak kita, Sayang." Tutur Encik Park.

Puan Park merasakan beban yang ditanggungnya berkurang sedikit mendengarnya. Dia mengangguk. "Saya harap Chanyeol begitu,"

"Awak nak lawat Doohwan di hospital?" Soal Encik Park membuatkan Puan Park berfikir buat seketika.

Setelah berfikir sejenak, Puan Park menggeleng kepalanya. "Tak buat sekarang. Saya tahu awak sedang sibuk. Lain kali kita lawat dia. Saya harap kali ini Hyeran boleh bercakap dengan ayahnya."

Mendengarkan keputusan isterinya, Encik Park mengangguk sambil tersenyum simpul mereka kemudian menyambung kerja yang tadinya tertunda. Apabila dia leka dari kerjanya seketika, fikirannya menerawang seketika. Entah mengapa dia masih boleh melihat Yoon Doohwan yang awal 30-an tersenyum mendapatkannya.

"Minhyuk-ah!"

Minhyuk tersentak buat seketika. Dia kira dia hanya mendengar yang bukan-bukan. Entah mengapa dia boleh mendengar sahabat baiknya, Yoon Doohwan memanggilnya. Tetapi mustahil, mereka sudah lama tidak bertemu kerana Doohwan sudah tidak lagi tinggal di Seoul.

Dia tahu dia sangat merindukan sahabatnya yang seorang itu sehingga dia mendengar buat sekali lagi namanya dipanggil oleh suara yang sama. Mungkinkah ini semua bukan khayalan?

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now