Bab 101

682 46 5
                                    

Disebabkan cerita ini hampir tiba ke penghujungnya, lemme introduce that always come into my mind whenever im writing about Yoon Hyeran. Perempuan di gambar di atas, namanya Park Hyemin @ Pony, seorang make up artist yg sgt sgt sgt sy minati sejak dahulu. Shes second after Chanyeol, who inspires me in writing this fanfiction.
Saya dah berikan hint sebanyak mungkin di bab-bab sebelumnya bermula dari bab 96. Terpulang kepada awak untuk menyedarinya. Jadi, adakah awak dah bersedia?

Bab 101

Hyeran membuka matanya apabila pancaran cahaya mata hari menyilaukan matanya. Dia memandang sekilingnya, berasa pelik mengapa dia berada di atas sofa padahal semalam dia tertidur di sebelah sofa ketika menemani Chanyeol tidur. Tetapi pagi ini sudah bertukar, dia tidur di atas sofa dengan Chanyeol yang sedang tidur nyenyak di sebelah sofa. Dahi Chanyeol berkerut kerana cahaya matahari yang terpancar dari sliding door itu tepat mengenainya.

Tanpa melepaskan pegangan tangan mereka, Hyeran duduk di sebelah Chanyeol, menghalang cahaya matahari tersebut. Beg silangnya yang terletak di atas sofa diambil dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Jam menunjukkan pukul 8.25 pagi. Hyeran agak terkejut kerana dia bangun agak lewat berbanding hari kebiasaannya dan Chanyeol juga masih tidak terjaga walaupun sepatutnya sudah sampai masa untuk memulakan tugas. Inilah sebabnya mengapa mereka tidak perlu berbual sehingga lewat malam semalam.

Hyeran yang mendengar ada bunyi orang berjalan terus menoleh dan mendapati Suho sedang menyeretkan kakinya yang tersarung sandal kaki berbulu berwarna merah jambu dari dapur menuju ke biliknya dengan membawa secawan air.

"Suho sunbae—op—oppa." Hyeran tersasul ketika memanggil nama Suho dengan Oppa yang merupakan perkara yang tidak biasa baginya. "Hari ini tak ada schedulekah? Oppa bangun lewat nampak."

"Ada, tapi tengah hari nanti." Jawab Suho.

"Jadi, Chanyeol boleh tidur sekejap, kan?" Soal Hyeran lagi sambil tidak berhenti menguap.

"Ya. Jom sambung tidur balik."

"Ne."

Kepala Hyeran terlentok ke sofa sambil memandang Chanyeol yang sedang melakukan perkara yang sama. Mata Chanyeol terpejam rapat, terlalu lena diulit mimpi. Hyeran mengamati rambut Chanyeol yang sudah bertukar warna itu entah sejak bila. Rambut Chanyeol yang kini berwarna coklat itu dibelai-belainya lembut sehingga dia tertidur akhirnya.

Dia dapat merasakan satu kucupan hangat yang singgah di dahinya sehingga membuatkan matanya terus terbuka. Segaris senyuman menyapanya sesaat sahaja dia bangun dari tidur. Bibirnya juga serta-merta tersenyum, membalas senyuman itu.

"Joheun achim, Ran-ah." Ucap Chanyeol sebelum mengucup lagi dahi Hyeran. "Saranghae." Ucapnya pula membuatkan jantung Hyeran berhenti berdegup seketika.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now