Bab 46

1.7K 96 16
                                    

Pandangannya dihalakan ke arah butang-butang lif di hadapan matanya namun, dia membatalkan niatnya untuk menekannya. Langkah kaki Hyeran diundurkan selangkah sehingga dia berada di sisi lelaki yang lebih tinggi daripadanya beberapa inci. Sebenarnya lelaki itu sangat tinggi sehingga ketinggiannya hanya mencapai paras bahu lelaki itu sahaja.

"Jaljinaesseoyo, Hyeran-ssi? (Apa khabar, Cik Hyeran?)" Soal Chanyeol membuatkan Hyeran menoleh kepalanya.

"Jaljinaesseoyo... (Khabar baik...)" Jawab Hyeran dengan ringkas sambil menganggukkan kepalanya.

Chanyeol tertawa kecil mendengar jawapan Hyeran. Walaupun Hyeran sebenarnya tidak berasa agak baik pada pagi itu, tetapi entah mengapa semuanya hilang pada saat wajah Chanyeol menyapanya. Jadi, Hyeran rasa yang dia benar-benar baik-baik sahaja.

"Saya pun khabar baik juga." Kata Chanyeol tiba-tiba tanpa sesiapapun yang bertanya.

Hyeran sengaja memberikan pandangan hairannya kepada Chanyeol. Dia juga sengaja membuat reaksi yang dia agak menyampah dengan Chanyeol walaupun sebenarnya dia tidak berasa menyampah sama sekali. Entah mengapa dia merasakan yang dia mahu menjadi ramah pada Chanyeol.

"Saya tak pernah tanya sunbae pun." Komen Hyeran membuatkan ketawa Chanyeol meletus.

Dengan ketawa yang masih bersisa, Chanyeol segera membalas. "Saya tahu awak tak berani nak tanya walaupun awak nak sangat tahu. Sebabtu, saya beritahu awak, saya pun baik-baik je."

Mata Hyeran dihalakan sekilas pada beberapa orang di dalam lif itu yang sedang berdiri di belakang mereka berdua. Dia berasa agak risau kerana tidak mustahil khabar angin akan tersebar di smALL gara-gara Chanyeol yang tiba-tiba bersikap mesra terhadapnya.

Pandangan Hyeran kembali pada wajah Chanyeol. "Sunbaenim, saya rasa kita tak perlulah semesra ini sebab orang akan fikir bukan-bukan. Memandangkan Sunbae ahli kumpulan EXO, takkan tiba-tiba boleh seakrab ini dengan trainee yang baru masuk belum sampai sebulan." Ujar Hyeran yang mula berasa tidak selesa apabila dia menyedari yang dua orang perempuan dibelakangnya mula berbisik-bisik akan sesuatu.

"Tak. Saya tak rasa macam tu. Takkan saya nak akrab dengan bakal hoobae saya pun tak boleh." Balas Chanyeol. Hyeran tidak tahu mahu berbuat apa lagi apabila Chanyeol sudah mengeluarkan kata-kata seperti itu.

Bukankah pagi itu Chanyeol menghantar mesej yang dia akan mendedahkan statusnya kepada semua orang. Takkanlah, Chanyeol benar-benar serius dan akan memberitahu semua orang pada hari itu juga.

"S-Sunbaenim." Panggil Hyeran dengan suara yang gementar. Disebabkan Chanyeol lebih tinggi dari padanya, Hyeran sengaja menjinjit kakinya untuk berbisik sesuatu ke telinga Chanyeol. "Chanyeol-ssi, apa yang awak cuba lakukan ni?"

Kening Chanyeol terangkat mendengar soalan Hyeran itu sebelum dia tersenyum sinis membuatkan Hyeran berasa hairan apakah yang sedang difikirkan oleh Chanyeol. Hyeran ragu-ragu sama ada Chanyeol waras atau tidak pada waktu itu dan adakah Chanyeol sudah berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak.

"Disebabkan awak cakap mungkin mereka akan syak, kenapa tak kita teruskan sahaja untuk tak berpura-pura?" Soal Chanyeol sementara tangannya terus menggenggam jari jemari Hyeran.

Hyeran berusaha untuk tidak mengeluarkan apa-apa bunyi apabila dengan tiba-tiba Chanyeol memegang tangannya sedangkan di belakang mereka sedang ada orang memerhati. Hyeran kemudiannya memandang Chanyeol sambil mengetap giginya. Dia berperang dengan mindanya sendiri sama ada untuk memijak kaki Chanyeol untuk menampar pipi Chanyeol.

"Chanyeol Sunbaenim!" Jerit Hyeran sambil menarik tangannya dari genggaman Chanyeol dengan marah namun, apabila dia sedar yang orang di belakang mereka masih tidak berhenti bergosip, Hyeran segera menambah. "Terima kasih sebab pimpin tangan saya. Saya dah tak takut naik lif lagi jadi, saya rasa Sunbae tak perlu nak pegang tangan saya lagi. Tengoklah, orang mula berfikir bukan-bukan pasal saya."

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now