Bab 10

2.4K 125 3
                                    

Maaf sebab lama sangat x update cerita ni. \O/

Masa seakan terhenti buat seketika meninggalkan Hyeran di duniannya sendiri. Hyeran tidak percaya apa yang didengarinya tadi. Betulkah apa yang dia dengar? Dia sangat berharap yang itu semua hanya silap telinganya yang salah mendengar.

Tidak mungkinlah Puan Park adalah ibu kepada Chanyeol. Dia sudah menganggap Puan Park ibunya walaupun Puan park tak dapat menandingi ibu Hyeran yang berstatus ibu kandung. Puan Park terlalu baik kepadanya dan juga sudah menganggap Hyeran seperti anaknya sendiri. Hyeran tidak mahu diingatkan lagi kepada lelaki yang bernama Chanyeol itu tetapi, kenapa situasi menjadi seperti ini?

“Unnie! Unnie!”

Hyeran tersentak dengan panggilan Siyeon. Dia terus memandang Siyeon.

“E-Eo?” Soal Hyeran.

“Unnie kenapa?” Soal Siyeon. “Kwaenchanayo? Eodi apayo? (Unnie okey ke? Sakit ke?)” Siyeon merenung Hyeran.

Siyeon benar-benar kelihatan risau jadi, Hyeran menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. “Taklah. Unnie okey.”

“Baguslah.” Ujar Puan Park. “Mak cik pergi dulu ya. Nak ambil pizza buat kamu berdua.” Pamit Puan Park setelah Hyeran dan Siyeon membalas ‘Ne’.

“Unnie…”

“Eung? (huh?)”

“Makanlah.” Siyeon memuncungkan bibirnya ke pinggan Hyeran yang berisi Shrimp pasta. Pasta itu langsung tidak disentuh oleh Hyeran manakala Siyeon sudah lima kali menyuapkan shrimp pasta ke dalam mulutnya.

Shrimp pasta itu hanya dilihat oleh Hyeran. Dia yang tadi berasa lapar entah kenapa tidak berselera kini. Dia tidak berasa selera melihat Shrimp pasta itu.

‘Pasta buatan Umma Chanyeol…’ Bisik Hyeran dalam hatinya.

“Unnie!” panggil Siyeon lagi membuatkan Hyeran tersentak. “Unnie ni termenung lagi.”  Siyeon menarik muka. Masam sahaja mukanya.

Senyuman manis dilemparkan Hyeran buat Siyeon. “Yelah. Unnie makanlah ni.” Kata Hyeran lalu terus memegang garfu. Pasta itu terus dikunyahnya perlahan. Masih tidak berselera walaupun dia sudah berasa lapar.

“Macam mana?” Siyeon mendekatkan mukanya. “Sedap kan?”

Hyeran ketawa kekok. Sedap? Kenapa dia tidak berasa begitu? Dia rasa yang pasta itu tidaklah sesedap mana dan dia tidak mampu untuk menelannya.

“Ya. Sedap sangat.” Hyeran menipu. Dia cuma tidak mahu berkata buruk sahaja. Dia kira mungkin pasta itu akan berasa sedap jika dia berselera atau mungkin bila dia tidak tahu siapa Puan Park sebenarnya.

Beberapa minit kemudian, Puan Park datang membawa pizza keju seperti apa yang dia telah janjikan. Pizza itu kemudian di hidangkan di atas meja. Siyeon teruja lagi apabila melihat pizza yang kelihatan sungguh menyelerakan. Hyeran dan Siyeon tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih secara serentak kepada Puan Park.

“Sama-sama. Jemputlah makan banyak-banyak. Kalau ada apa-apa yang kamu berdua mahu tambah, beritahu sahaja.” Puan Park berkata sambil tersenyum.

“Tak apalah, Mak cik. Ini pun dah lebih dari cukup.” Balas Hyeran. Dia tidak mahu menyusahkan Puan park lagi.

“Tak apalah, Hyeran. Kamu tak usahlah berfikir yang ini semua menyusahkan. Apa yang mak cik buat ni sebagai balasan atas makanan yang kamu masak hari itu bila Mak cik dan Pak cik datang ke rumah kamu.” Beritahu Puan Park.

“Huh?” Hyeran agak terkejut dengan kata-kata Puan Park. Dia sudah lupa akan peristiwa dia menghidangkan makan malam buat Puan Park dan suaminya. Jika ini apa yang Puan Park katakan balasan maka, dia mula berfikir yang dia tidak kisah. Tetapi, dia tidaklah mengharapkan apa-apa balasan daripada Puan Park.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now