Bab 23

2.1K 116 6
                                    

Harap bab ni okey. Selamat membaca ^^ 

“Jadi, kamu berdua ada apa-apa konsep yang terlintas di fikiran?” Jurukamera itu menyoal kedua bakal mempelai yang kelihatan kekok itu.

“Err…” Hyeran menggigit bibirnya. Lidahnya kelu.

Apa yang perlu dijawab nanti kepada Jurukamera itu? Sebenarnya, tak. Sejujurnya, Dia tak pernah pun terfikirkan untuk buat wedding photoshoot yang tak berapa penting ini dan disebabkan itulah, dia tak pernah terfikirkan apa-apa konsep atau idea tentang wedding photoshoot dia dan Chanyeol nanti.

Tapi, nak buat macam mana. Mereka berdua kenalah fikirkan konsep juga sebab Ibu Chanyeol sudah pun menghantar mereka berdua ke studio ini. Dan nasib baik krew-krew di studio itu menghormati privasi mereka dan berjanji tidak akan membocorkan wedding photoshoot mereka di internet.

“Sebenarnya, kami tak ada apa-apa idea tentang konsep wedding photoshoot tu nanti.” Jelas Chanyeol kepada jurukamera itu.

Jurukamera itu terlopong dan memandang Chanyeol dengan tidak percaya. “Tapi, ini kan wedding photoshoot kamu berdua. Takkan kamu tak pernah terfikir apa-apa idea…”

Chanyeol menjawab soalan itu dengan gelengan. Jurukamera itu pula mengeluh kecil seraya mengangguk. Kelihatannya dia tahu bagaimana caranya untuk menyelesaikan masalah itu kerana sebagai jurukamera yang sudah berpengalaman selama lima tahun, dia haruslah bersikap profesional.

“Okey.” Jurukamera itu menarik nafasnya. Chanyeol dan Hyeran pula bersedia untuk mendengar kata-kata lelaki itu. “Setakat ini, saya dah lakukan banyak konsep dan ada banyak pilihan yang saya boleh syorkan kepada kamu berdua. Tapi, konsep-konsep itu mestilah ada berkenaan dengan hubungan kamu berdua agar lebih bermakna dan istimewa. Misalnya, lokasi penggambaran boleh dilakukan di persisiran pantai sebab kamu berdua akan berkahwin di pantai, bukan? Atau, kamu boleh ceritakan kepada saya waktu pertama kali kamu berdua berjumpa.”

“Waktu pertama kali kami berjumpa?” Soal Hyeran dan peristiwa mereka berdua berlanggar hari di Bangunan smALL tempoh hari terus terbayang di fikirannya. Dia cuba melupakannya namun, mustahil. “Kita terserempak di Bangunan smALL kan, Chanyeol?” Hyeran menoleh melihat Chanyeol di sebelahnya.

Dahi Chanyeol berkerut mendengar soalan Hyeran. Ada yang tak kena dengan soalannya. “Sekejap. Kita jumpa di Bangunan smALL? Bila?” Soal Chanyeol pula.

Air muka Hyeran berubah serta-merta. Chanyeol memang dah benar-benar lupakan tentang kejadian itukah? Jadi, memang tak hairanlah semasa peristiwa di Fanmeeting EXO hari itu Chanyeol kerap bertanyakan di mana mereka pernah berjumpa sebelumnya.

Hyeran memplastikkan ketawanya. “Maaf. Saya salah. Kali pertama kita berjumpa kan kat Fanmeeting EXO hari itu, kan?”

“Tapi, awak cakap…”

“Saya… m-mimpi je tu.” Balas Hyeran gagap memotong pantas kata-kata Chanyeol. “Perkara tu tak pernah terjadi pun. Hanya terjadi dalam mimpi saya. Lupakan je.”

“Fanmeeting EXO? Jadi, apa yang kamu berdua lakukan di sana?” Soal Jurukamera itu pula.

“Kami… kami menyanyi. Saya dan EXO. Chanyeol juga.” Jawab Hyeran pula manakala jurukamera itu hanya mengangguk mendengarkannya.

Chanyeol  pula… Dia hanya mendiamkan dirinya. Dahinya masih lagi berkerut dan dia sedang memandang Hyeran dengan dalam. Ada sesuatu yang merunsingkan fikirannya tentang kata-kata Hyeran sebentar tadi. Seperti Dejavu. Entahlah. Chanyeol pun sukar untuk mengungkapkan kepada kata-kata tentang apa yang mengganggu fikirannya saat ini. Hyeran pula yang perasan akan renungan Chanyeol terus menoleh memandang jejaka itu. Dia menggigit bibirnya lagi. Chanyeol sudah tentu masih memikirkan kata-katanya tadi. Dan ada kemungkinan Chanyeol sudah ingat. Mungkin juga tidak.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now