Bab 54

871 57 4
                                    

Siling di atasnya direnung kosong. Suasana di sekelilingnya sunyi sepi sekali yang kedengaran hanyalah bunyi jam berdetik setiap satu saat dan bunyi dia mengeluh sekali sekali kerana matanya tidak boleh dilelapkan sama sekali. Sekali sekala juga dia menukar pandangannya ke kiri untuk memandang Baekhyun yang sedang baring menghadap ke arah yang bertentangan. Bibirnya terbuka untuk berkata sesuatu namun lidahnya kelu.

"Dah tidur ke?" Hanya itu yang mampu dituturkan oleh Chanyeol ketika itu.

Apabila sudah seminit pertanyaannya tidak berjawab, Chanyeol menyangka yang Baekhyun sudah benar-benar tidur.

"Taklah." Balas Baekhyun yang sedang memusingkan badannya menghadap Chanyeol yang sedang memandangnya. "Kenapa? Kau nak cerita sesuatu ke?" Baekhyun bertanya kepada sahabat baiknya itu.

Bagi Baekhyun, tiada rahsia yang yang tidak diketahui oleh Chanyeol dan tiada rahsia yang tidak diketahui olehnya atau... ada? Baekhyun sedar perubahan Chanyeol walaupun sedikit kerana mereka telah lama bersahabat. Kebelakangan ini Chanyeol kelihatan sangat berhati-hati tentang sesuatu. Baekhyun tidak mahu bertanyakannya, kerana jika Chanyeol menganggapnya sebagai sahabat baik, Chanyeol pasti akan memberitahunya tetapi Chanyeol sememangnya pandai menyimpan rahsia.

"Aku nak minta maaf," Ucap Chanyeol dengan nada kesal.

Lama Baekhyun memerhatikan Chanyeol tatkala mendengar ucapan maaf Chanyeol. Dahinya berkerut sedikit sambil memikirkan apa maksud maaf itu.

"Kenapa? Kau buat salah apa pada aku?" Baekhyun menyoal sambil memeluk tubuhnya.

Kedengaran keluhan kecil meniti keluar dari bibir Chanyeol. Chanyeol lantas memandang wajah Baekhyun yang dalam masa yang sama, Baekhyun memandangnya tidak berkelip.

"Kau tahulah, pasal kejadian kat kafe tadi. Aku harap kau tak ambil hati." Jelas Chanyeol.

Sebenar-benarnya dia tidak mahu persahabatan mereka itu terlerai akibat seorang perempuan, walaupun perempuan itu nyatanya ialah isterinya sendiri. Walaupun dia tidak mahu sesiapa merampas Hyeran dari sisinya, sama juga dia tidak mahu memutuskan tali persahabatan ini yang telah diikat lama.

"Oh, itu semua tak ada apa-apalah. Kau tak perlu risau. Mereka tu, biasalah, suka menyakat dan mengusik tak habis-habis. Biasa kaulah yang paling terima gurauan mereka tapi kali ini..." Baekhyun jeda sebentar. Dia ingin melihat reaksi Chanyeol. "Mungkin kau Cuma penat, kan? Aku tak boleh salahkan kau. Satu hari kita berlatih untuk lagu baru kita kot. Kau pun banyak tulis lagu, aku tengok. Aku tahu betapa susahnya jadi, kalau kau ada masa kau boleh cerita pada aku, luahkan sedikit masalah kau tu."

"Baekhyun-ah..."

"Aku tahu kau sedang sembunyikan sesuatu dari aku, Chanyeol." Potong Baekhyun.

Riak muka Chanyeol yang terkejut itu mebuatkan Baekhyun benar-benar yakin yang Chanyeol sedang merahsiakan sesuatu padanya. Semuanya boleh dibaca dengan mimik muka. Hebat, kan? Chanyeol yang tidak tahu lagi apa yang harus dikatakannya hanya menutup matanya dan kembali memandang siling.

"Dan aku sedang bersiap sedia untuk mendengarnya, Chanyeol walau bagaimana susah pun kau nak beritahu. Aku akan sedia, bila-bila masa sahaja." Tambah Baekhyun lagi yang membuatkan Chanyeol mengeluh dalam kehampaan.

'Apa yang harus aku lakukan?' Chanyeol bermonolog sendiri. Chanyeol sudah dapat menyangka ini semua akan berlaku tetapi dia tidak mengharap secepat ini.

Dia tahu yang lambat laun rahsia ini akan dibongkarkan juga, kalau tak dari mulutnya sendiri, dari mulut orang lain. Tetapi dia tahu hanya dia sahaja yang boleh memberitahu semua orang.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now