Bab 70

897 54 2
                                    

Baekhyun memulakan hari keesokan paginya dengan nyanyian untuk memantapkan lagi vokalnya. Kenapalah mesti dia yang bangun paling lambat sekali kalau tak dia boleh menggegarkan rumah itu dengan suaranya agar semua orang boleh bangun dengan serentak. Pagi itu tiada apa-apa event untuk Baekhyun. Baekhyun lega kerana jadualnya buat hari itu kosong. Bolehlah dia berehat semahu-mahunya. Ada beberapa ahli kumpulannya yang sibuk tidak sepertinya. Kosong juga rumahnya pada pagi itu, hanya tinggal dia, Suho, Chen dan Xiumin sementara yang lainnya ada event masing-masing yang perlu dihadiri.

bamhaneureul neowa naega
muldeuryeoga

Baekhyun menyanyikan beberapa rangkap lirik 'Love Me Right' sementara dia menapakkan kakinya di ruang tamu. Suho yang sedang menikmati makanannya nampaknya terganggu dengan Baekhyun yang memekak tak tentu pasal.

"Itu kan bahagian Kyungsoo." Ujar Suho sambil mengerutkan dahinya melihat Baekhyun.

Bahu Baekhyun terangkat selamba. Dia tahulah yang bahagian itu milik D.O tapi takkan dia nak nyanyi pun tak boleh. "Saje je nak nyanyi. Tak boleh?" Baekhyun menyoal sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa berhadapan dengan Suho.

Tangan Baekhyun mula mencapai sepotong kimbap yang berada di atas meja. Suho yang perasan tentang Baekhyun yang mencuri makanan terus menyambar kimbap itu dari tangan Baekhyun. Namun, Baekhyun yang lebih pantas terus memasukkan kimbap itu ke dalam mulutnya.

Suho melopong melihat Baekhyun. Dia kemudian mengambil sepinggan kimbap itu untuk menjauhkannya dari Baekhyun. "Aku tak kisah kalau kau nak makan tapi tolonglah Baekhyun, gosok gigi tu dulu." Suho mengomel. Dia melihat Baekhyun yang tak senonoh sedang tersenyum gembira kerana dapat sepotong kimbap.

Mulut Baekhyun muncung sedepa melihat Suho. "Alah, nantilah Hyung! Saya lapar ni. Berilah saya kimbap lagi." Baekhyun mula merengek.

Kerana tidak mahu melihat Baekhyun merayu-rayu inginkan kimbap sambil bergolek di sofa di hadapannya, Suho menyerah kalah. Pinggan berisi kimbap itu diletakkan di atas meja kembali.

"Nah! Tapi kau lepas makan ni terus masuk bilik air dan mandi!" Arah Suho tak ubah bagaikan seorang ibu meleteri anaknya yang masih kecil. "Ya tuhanku, bau badan kau sampai ke sini. Busuklah kau ni Baekhyun!" Suho sengaja mahu Baekhyun cepat-cepat mandi. Dia tidak boleh melihat Baekhyun yang serabai seperti tidak terurus berkeliaran di dalam rumah.

Kepala Baekhyun mengangguk-angguk sambil menikmati sarapan paginya. Dia tahu dia tak berbau. Suho Hyung sengaja mahu menyuruhnya mandi tetapi dia tak kisah, asalkan perutnya kenyang.

"Kau tak ada apa-apa jadual ke hari ini?" Suho menyoal sambil menjamah sepotong kimbap lagi. Suho memang tidak ada jadual hari ini. Dia sangat bersyukur kerana jadualnya hanyalah menjaga rumah.

Kali ini Baekhyun menggeleng kepalanya. "Tak. Tak ada pun. Kenapa?" Baekhyun menyoal tanpa memandang muka Suho kerana dia sibuk mengunyah makanannya. Kimbap merupakan makanan yang paling sedap walaupun baru bangun dari tidur.

"Jadi apa rancangan kau untuk hari ini?" Suho bertanya lagi. Dia sebenarnya ada rancangan untuk mengajak sesiapa sahaja yang tak sibuk untuk menemaninya berjalan-jalan atau makan di salah sebuah restoran di Seoul.

"Tak ada apa-apa." Jawab Baekhyun. "Ah! Makan dan tidur pun bagus juga!" Tiba-tiba Baekhyun mendapat satu idea yang kedengaran seperti seorang penganggur. Suho hanya memandang Baekhyun tidak percaya.

Suho sendiri tidak tahu mengapa tuhan jadikan Baekhyun seseorang yang sebegitu malas. Dia tidak pernah jumpa orang seperti Baekhyun di mana-mana. Dia berani bersumpah.

"Aku dan Xiumin rancang nak pergi keluar, cari restoran yang sediakan makanan yang sedap. Mestilah Chen pun nak turut serta kalau ada Xiumin dia." Beritahu Suho sebelum menyambung, "Kau nak ikut kitorang tak?"

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now