Bab 65

804 51 2
                                    

Semua posisi sudah dicuba oleh Baekhyun. Mengiring ke kiri atau mengiring ke kanan semua dah dilakukannya namun matanya masih tak terlelap juga. Akhirnya dia duduk di atas katilnya, menyerah. Dia memandang jam yang sedang berdetik setiap saat dan kini menunjukkan waktu pukul 1 tengah hari. Memang bukan idea yang baik untuk menyambung tidur setelah dia baru sahaja bangun pada pukul 12 tadi. Dia mendengus dengan kuat. Habis apa yang harus dia lakukan? Dia sudah bosan, tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Semua ahli kumpulannya menyuruhnya untuk berehat di rumah walaupun dia berkeras untuk melakukan persembahan juga untuk hari. Baekhyun mengetap bibirnya apabila dia bangun-bangun sahaja, rumahnya sudah kosong.

Tangannya mencapai kepala yang berbalut. Dia masig boleh merasakan sentuhan tangan Hyeran yang meletakkan ubat ke kepalanya dan sebelahnya lagi memegang bahunya. Dia tersenyum sendiri.

"Hyeran, kalau awak layan saya begini, macam mana saya nak lupakan awak?" Keluh Baekhyun sendiri.

Telinga Baekhyun yang menangkap bunyi pintu diketuk dan loceng ditekan membuatkan Baekhyun bangun dari birai katilnya. Dengan malas dia menapak ke pintu utama dan membuka pintu untuk orang yang menunggunya di luar rumah.

"Lupa kata laluan lagi, Hyung?" Baekhyun menyoal manager yang sedang tersengih di luar rumah.

Managernya menggaru kepala yang tidak gatal sebelum masuk ke dalam rumah. "Maaf maaf. Hyung lupa lagi tapi bukan kau baru tukar kata laluannya ke minggu lepas?" Soalnya.

Baekhyun yang menuju ke sofa untuk duduk mengeluh kecil. "Kata laluannya 5656, Hyung dan kami tukar pada bulan lepas bukan minggu lepas."

Untuk kesekian kalinya managernya tersengih sebelum sebungkus makanan diletakkan di atas meja berhadapan dengan Baekhyun. Baekhyun menarik mukanya apabila melihat bungkusan makanan itu, tahulah yang dia tidak pandai memasak. Mesti manager hyung takut sangat yag dia akan bakar dapur mereka.

"Mesti kau lapar, kan? Maaf sebab hantar makanan lambat. Hyung dah belikan makanan yang banyak buat kau memandangkan kau belum sarapan lagi. Lepas hantar makanan buat kamu ni Hyung akan pergi lagi jadi jaga diri baik-baik ya." Beritahu manager Hyung manakala Baekhyun mengangguk kecil.

"Hyung saya bosan, sampai bila saya akan terperap di rumah?" Baekhyun menyoal bersertakan dengusan kecil.

Manager hyungnya mengangkat bahu. "Tengoklah sampai bila luka kau tu sembuh dulu." Ujarnya membuatkan Baekhyun mengeluh dengan berat. "Ah, lupa pula nak beritahu yang jadual kamu bertambah lagi. Minggu depan kamu akan ada penggambaran untuk Majalah Ceci."

"Saya seorang yang shooting je Hyung?" Baekhyun meletakkan kepalanya di atas bantal dan berbaring mengiring di atas sofa.

"Taklah dengan salah seorang ahli kumpulan LUV tu siapa nama dia? Aku lupa."

Kata-kata manager itu membuatkan Baekhyun yang sedang baring terus bangun kerana terkejut. "Alah Hyung. Siapa?" Baekhyun benar-benar ingin tahu.

"Sekejap, kalau tak silap—Yoon Hye—Ran?" Jawab Managernya yang lantas membuatkan Baekhyun terlopong.

*~*~*~*~*~*~*

"Photoshoot dengan saya?" Hyeran menyoal Haemi kerana inginkan kepastian.

Haemi yang mengambil tempat duduk di meja untuk makan malam bersama dengan Hyeran pun mengangguk. Mata Hyeran terkedip-kedip kerana tidak percaya apa yang baru sahaja didengarinya itu. Haemi memberitahu yang Hyeran akan ada photoshoot kira-kira lima hari lagi buat Majalah Ceci dan pasangannya ialah EXO Baekhyun. Hyeran menundukkan mukanya. Kenapa mesti dia yang terpilih untuk bergambar dengan Baekhyun?

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now