Bab 55

913 59 2
                                    

Walaupun mata chanyeol diarahkan ke jalan raya di hadapannya, namun dia boleh tahu yang Hyeran sedang memerhatikannya. Namun, Chanyeol tidak boleh memandang Hyeran kerana dia harus menumpukan perhatiannya ke jalan, tidak sanggup untuk mengalami apa-apa risiko kerana baginya, jalan raya juga boleh menjadi 'kubur' orang yang tidak berhati-hati ketika memandu. Kalaulah keretanya ada fungsi 'auto drive' dah lama dia menggunakannya tetapi sayangnya, keretanya itu ialah kereta keluaran yang agak lama.

"Kenapa awak tengok saya macam tu?" Soal Chanyeol setelah lama dia cuba mendiamkan dirinya tanpa berkata apa-apa. "Hajima, Hyeran-ah. Seolle. ( Janganlah, Hyeran. Hati saya berdegup laju ni)." Tambah Chanyeol lagi.

Senyuman kecil menghiasi wajah Hyeran sambil matanya tidak lekang daripada memerhati suaminya yang sibuk memandu itu.

"Saya tak pernah tahu awak boleh memandu." Ujar Hyeran kedengaran tidak puas hati di telinga Chanyeol. Mungkin kerana Hyeran tidak diberi peluang untuk mengenali Chanyeol dengan lebih lagi.

Ketawa tersembur keluar membuatkan Chanyeol hampir terkeluar dari garisan jalan yang sepatutnya kerana ketawa terbahak-bahak. Hyeran memuncungkan bibirnya, kerana pelik apa yang lawak sangat.

"Awak tahu tak, Hyeran? Masa saya nyanyi untuk awak di Pulau Jeju hari itu awak cakap saya ni bukan penyanyi, saya hanyalah seorang rapper. Macamlah rapper tu semua tak boleh menyanyi? Selagi ada bibir, orang gila pun boleh menyanyi. Sewaktu saya nak masakkan ramyeon kegemaran awak ketika awak demam dahulu, awak terlalu risau kerana sepatutnya lelaki tak sepatutnya masuk ke dapur. Awak ingat saya nak letupkan dapur awak ke? Dan sekarang, awak beritahu saya awak tak pernah tahu saya boleh memandu. Awak tak rasa yang awak dah pandang ringan terhadap saya ke, Hyeran?"

Kini Chanyeol memandang wajah Hyeran. Mungkin inilah sebabnya diciptakan lampu trafik, kerana kita boleh memandang wajah orang yang tersayang ketika lampu bertukar merah. Bukankah merah ialah simbol cinta?

"Saya sedih ni, Hyeran." Beritahu Chanyeol sambil anak mata Hyeran direnungnya. "Ada sebabnya saya digelar multitalented oleh peminat. Saya boleh melakukan apa sahaja."

Kerana tidak selesa direnung, Hyeran mengalihkan pandangannya ke pemandangan di hadapannya. Dia Cuma tidak sanggup menahan hatinya yang dup dap, teruja kerana direnung Chanyeol.

Kereta Hyundai Sonata meluncur laju menyusuri jalan raya ketika lampu trafik sudah pun bertukar ke warna hijau. Hyeran memerhatikan pemandangan di luar tingkap di setiap jalan yang mereka lalui. Kadang kala hatinya tertanya adakah mereka masih berada di Seoul? Kerana dia tidak pernah menjumpai jalan ini sebelumnya. Walaupun Hyeran sedang mengagumi pemandangan yang dilihatnya seperti langit yang bertaburan bintang, pepohonan yang tidak pernah tiada di setiap jalan dan warna-warni lampu bangunan yang menarik perhatiannya. Tetapi sebenarnya Hyeran sedang memikirkan apa yang Chanyeol katakan padanya. Mungkin ya, mungkin dia sudah memandang ringan pada Chanyeol.

Tetapi apa yang dia sangka Chanyeol tak boleh lakukanlah perkara yang paling digemarinya.

Setiap inci paras rupa Chanyeol diteliti Hyeran sehingga jerawat kecil yang tumbuh di hidung Chanyeol pun Hyeran dapat lihat walau dari jauh. Sempurna, fikirnya. Mengapa ada orang sesempurna dia? Kalau orang lain akan menafikan yang tiada orang yang sempurna di muka bumi ini, Chanyeol yang paling dekat kepada kesempurnaan itu.

Sebenarnya Hyeran sukakan suara Chanyeol ketika Chanyeol bersenandung kepadanya. Dia suka setiap petikan gitar Chanyeol yang membunyikan irama yang membuatkan nyanyian Chanyeol kedengaran lebih indah. Dia suka ketika Chanyeol berkeras untuk memasakkan ramyeon samyang kegemarannya pada tengah malam walaupun Hyeran boleh melakukannya sendiri. Dia suka wajah serius Chanyeol ketika Chanyeol bagaikan tergesa-gesa untuk memenuhkan air ke dalam pemanas air kerana takut ada orang lain melihatnya di dapur. Dia suka Chanyeol yang memakai apron ketika memasakkannya bubur ketika dia sedang sakit.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now