Bab 76

899 62 32
                                    

Appa tak pernah berniat untuk meninggalkan Hyeran sendirian...
Tapi bila Hyeran sedang membaca surat ini, bermakna appa sudah gagal untuk bersama Hyeran lagi.
Apa yang appa harap, appa masih tak gagal untuk buat anak appa bahagia selama appa tiada di sisi.
Oleh sebab itu, perkahwinan kamu dan Chanyeol diaturkan.
Chanyeol seseorang yang appa percayai sebab dari kecil appa lihat dia membesar.
Dengan adanya Chanyeol di sisi kamu, hidup kamu akan menjadi lengkap. Appa yakin Chanyeol dapat membuat anak appa bahagia sebab itulah appa mahu sangat dia menjadi suami kamu.
Pada mulanya dia tak bersetuju namun apabila appa beritahu dia perkara yang sebenar, dia setuju juga.
Sekurang-kurangnya appa boleh pergi dengan tenang bila anak appa bahagia.
Jangan menangis, sayang. Appa selalu di samping Hyeran.

Kertas yang dipenuhi dengan tulisan ayahnya itu telepas dari tangan Hyeran dan akhirnya jatuh ke atas meja. Dia tidak tahu bagaimana untuk bertindak balas selepas membaca surat itu. Semua perasaannya bercampur baur membuatkan dia hanya duduk kaku di tempatnya. Kepala Hyeran tunduk merenung kosong meja.

Walaupun Baekhyun tahu Hyeran sedang merenung meja, dia tahu yang fikiran Hyeran bukan di meja itu. Dia penasaran tentang apa yang sedang difikirkan Hyeran kini kerana wajah Hyeran semasa membaca surat itu menjadi lebih pucat daripada yang sebelumnya. Apa yang tertulis di surat itu sehingga Hyeran menjadi seperti itu?

"Hyerannie?" Panggil Baekhyun dengan lembut.

Senyap yang menyelubungi mereka berdua membuatkan Baekhyun berasa risau kerana Hyeran masih tidak bergerak walau seinci dari posisinya itu. Kira-kira lima belas minit Hyeran menundukkan kepalanya tanpa mengeluarkan sebarang suara. Baekhyun langsung tidak dapat melihat wajah Hyeran untuk mengetahui sama ada Hyeran benar-benar okey namun apabila Baekhyun melihat air mata yang menitis ke meja, Baekhyun tahu yang Hyeran tidak okey.

"Hyeran, apa yang tertulis di surat ini?" Aju Baekhyun, ingin tahu namun Hyeran masih tidak bersuara.

Tangan Baekhyun yang ingin mencapai surat yang ada di atas meja itu terus dihalang oleh Hyeran. Baekhyun yang terkejut dengan pergerakan Hyeran dengan tiba-tiba itu terus memandang wajah Hyeran.

Kepala Hyeran menggeleng perlahan. "Jangan."

Baekhyun melihat tangan Hyeran yang berada di atas tangannya kini. Dengan perlahan-lahan Baekhyun mengalihkan tangan Hyeran dan memegangnya. "Kenapa begini, Hyeran? Apa yang awak baca?" Baekhyun menyoal dengan prihatin.

Hyeran menarik tangannya dari genggaman Baekhyun sebelum mengambil surat itu yang dilipatnya dua kali. "Saya anak dia kan, Baekhyun? Kenapa saya seorang tak tahu tentang penyakit yang dihidapinya?" Hyeran menyoal sambil menyeka air mata di pipinya.

"Dia ada sebab dia sendiri, Hyeran." Balas Baekhyun.

"Memanglah! Tapi apa sebabnya, Baekhyun? Apa sebabnya? Awak boleh bangunkan balik ayah saya semula untuk beritahu saya jawapannya tak?" Hyeran menjerit sehinggakan menimbul semua mata memandangnya. "Tak, awak tak boleh." Esak Hyeran tanpa menahan langsung air matanya daripada jatuh.

Mata Baekhyun menangkap semua mata yang memandang mereka berdua saat Hyeran menyebut tentang membangun semula ayahnya yang sudah mati. Ruang makan yang tadinya agak hingar-bingar dengan bunyi orang berbual kini menjadi senyap dan hanya suara tangisan Hyeran kedengaran. Ada yang menggeleng kepalanya memandang Hyeran mungkin tidak pernah merasai kehilangan seseorang yang disayangi. Ada juga yang memandang Hyeran dengan kasihan kerana faham perasaan Hyeran dan ada juga orang yang hanya terus menikmati makanan mereka bagaikan tiada perasaan.

Encik Park yang sedang bertutur dengan Baekhyun menggunakan bahasa isyarat dipandang oleh Baekhyun. Walaupun bahasa isyarat yang dilakukan oleh lelaki itu tidak rasmi namun Baekhyun dapat faham juga akhirnya. Baekhyun menggeleng kepalanya kepada Encik Park tanda bermaksud tiada apa-apa yang perlu dirisaukannya. Puan Park pula yang baru tiba selepas menyambut tetamu terus berjalan untuk mendekati Hyeran tetapi Baekhyun menghalangnya dengan melambaikan tangannya. Tanpa suara, dia berkata kepada Puan Park yang dia sahaja yang akan memujuk Hyeran. Puan Park mengerti dan kembali menyambung kerjanya.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now