Bab 56

915 55 13
                                    

Hyeran sedang menyidai baju-bajunya di balkoni apabila dia mendengar loceng pintu ditekan bertalu-talu. Apabila dia mahu pergi membuka pintu, Minhee terlebih dahulu memintasnya berlari ke arah pintu. Kelihatan beberapa orang lelaki di muka pintu yang sedang bertanyakan sesuatu kepada Minhee. Hyeran tidak mahu masuk campur kerana itu bukan urusannya, terus memusingkan badannya untuk menyambung kerjanya yang tertangguh tadi.

"Yah!"

Langkah Hyeran serta-merta terhenti apabila dia mendengar panggilan Minhee yang kurang ajar yang semestinya ditujukan kepadanya. Memandangkan hanya dia sahaja orangnya yang tidak dihormat walau lebih tua darinya, Hyeran tahu yang Minhee sedang memaksudkannya.

Kepalanya ditoleh melihat Minhee yang sentiasa memandangnya dengan pandangan seolah-olah hyeran orang yang paling dibencinya.

"Wae?" Hyeran menyoal ringkas. Tak mungkin lelaki-lelaki yang tidak dikenalinya di muka pintu itu sedang mencarinya.

Bahu Minhee diangkat. "Tak tahu dan tak nak tahu. Yang penting nama kau Yoon Hyeran, kan? Mereka datang cari kau." Jawab Minhee masih lagi tidak beradab.

Minhee yang sedang menuju ke biliknya hanya dipandang Hyeran dengan pandangan pelik sebelum dia menuju ke pintu. Seorang lelaki yang sedang memegang fail klip yang sudah diklipkan kertas membuatkan Hyeran menyangka yang ada seseorang yang mahu menghantarnya barang. Dua orang lelaki di belakang lelaki itu pula hanya berdiri sambil bersandar ke dinding sambil membuang pandang mereka ke sekelilingnya.

"Cari saya ke?" Hyeran bertanya dengan lembut kepada lelaki di hadapannya yang kini menghadiahkan senyuman buatnya.

Seraya mengangguk, lelaki itu tersenyum kepada Hyeran. "Yoon Hyeran-ssi, majayo? (Awak Yoon Hyeran, bukan?)" Hyeran mengangguk kecil sebelum lelaki itu menunjukkan fail yang dipegangnya itu.

Dokumen yang diklipkan oleh fail itu dilihat oleh Hyeran. Nampaknya memang benar ada orang menghantarnya sesuatu. Apabila Hyeran sedang tidak dapat mencari namanya, lelaki itu menunjukkan namanya dengan pen berdakwat hitam sebelum diberikan kepada Hyeran. Hyeran memeriksa nama dan alamatnya. Betul. Tetapi setahunya dia tidak pernah memesan apa-apa barang pun.

Apabila Hyeran disuruh tanda tangan di tempat yang berkenaan, Hyeran bertanya, "Tetapi siapa pengirimnya? Sebab saya tiada memesan apa-apa pun."

"Tapi pengirimnya beritahu saya yang cik tahu siapa dia sebab tu dia tidak beritahu namanya." Jawab lelaki itu yang langsung tidak membantu Hyeran.

Mustahil Hyeran boleh tahu siapa yang mengirimnya barang kalau orang itu tidak memberitahunya terlebih dahulu. Mahu atau tak, terpaksa juga Hyeran menandatangani dokumen itu kerana memang jelas nama dan alamatnya tertulis di situ.

"Boleh saya tengok bilik?" Lelaki itu menyoal membuatkan Hyeran terkejut.

Mengharapkan dapat menerima barangnya, malah lelaki itu meminta izin untuk melihat biliknya. Hyeran yang terpinga-pinga hanya membenarkan lelaki itu masuk yang diikuti dengan dua orang lelaki di belakangnya. Tombol pintu biliknya dipulas dan lelaki itu dibenarkan masuk. Lelaki itu yang tidak menyangka Hyeran akan tidur di stor, masuk dengan mulut yang terlopong. Setiap sudut bilik itu ditelitinya dengan bersungguh-sungguh.

"Macam mana? Korang rasa boleh muat ke?" Soal lelaki itu kepada dua orang lelaki tadi yang kelihatan seperti pekerja bawahannya.

Lama mereka berfikir kerana keadaan bilik itu yang amat sempit.

"Bilik ini lebih kecil daripada apa yang kita bayangkan tetapi saya rasa boleh muat kalau kita atur perabot dengan kemas." Jawab pekerja bawahannya. "Contohnya, kita boleh letakkan katil di situ dan almari di situ."

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now