Bab 68

755 56 1
                                    

Pintu Royal Starex berwarna hitam itu terbuka membenarkan semua orang di dalamnya untuk keluar namun Hyeran yang duduk di tempat duduk belakang sekali tidak berganjak. Dia menunggu agar semua orang keluar dahulu. Hujan membasahi bumi Seoul buat pertama kali di dalam musim panas itu. Mujur hujan sudah sedikit reda jadi Hyeran tidak perlu untuk berlari masuk ke dalam bangunan smALL. Walaupun Hyeran sedang memakai sneaker Converse kesayangannya, dia tetap melangkah dengan perlahan dan berhati-hati yang dikelilingi oleh manusia itu.

Dia tahu benar yang dalam lautan manusia itu, ada yang membencinya namun Hyeran tidak takut jika diugut dengan batu. Sebaliknya mereka tak perlu mengugutnya kerana dia bukan seperti apa yang mereka sangkakan. Dia tidak pernah merampas Baekhyun dari sesiapapun.

"Unnie!" Hyeran terkejut apabila ada tangan sedang memberinya sejambak bunga untuknya. Dia terus memandang ke arah orang yang menghulur. Gadis kecil kira-kira belasan tahun menyapanya dengan senyuman.

Tidak lupa juga untuk membalas dengan senyuman, Hyeran mengambil bunga itu. "Terima kasih." Ucap Hyeran dengan gembira.

Masuk sahaja ke dalam bangunan smALL, Hyeran mencium bunga mawar merah jambu yang diterimanya. Wangi kelima-lima kuntum bunga tersebut sangat memikat hatinya. Dia bercadang untuk meletakkannya di dalam pasu di atas mejanya nanti. Dia juga akan menjaga bunga itu dengan elok. Di dalam jambangan bunga itu juga ada beberapa paket coklat kegemaran yang memenuhinya. Itu merupakan hadiah yang paling tidak boleh Hyeran lupakan seumur hidupnya.

Matanya menangkap sekeping kad ucapan yang terselit di antara bunga dan coklat tersebut. Kakinya yang berjalan mengikuti langkah LUV, tidak menghalang Hyeran untuk membaca kad tersebut.

Annyeong haseyo, Hyeran Unnie! Saya peminat nombor satu Unnie.
Saya dah lama meminati Unnie sejak Unnie nyanyi di fanmeeting EXO lagi.
Saya rasa Unnie memiliki suara yang sangat merdu!

Oh, tentang Baekhyun tu Oppa. Unnie janganlah risau kalau ada orang nak menghalang hubungan Unnie dengan Baekhyun Oppa. Saya rasa Unnie dengan Baekhyun Oppa sangat sesuai dan akan menjadi pasangan yang comel! Saya akan tetap menyokong Unnie walau apapun yang Hyeran Unnie buat.

Fighting!

Gigi Hyeran menggigit pipinya dari dalam. Dia—dengan Baekhyun? Tak mungkin. Walaupun tetap ada orang yang menyokongnya tetapi perkara itu salah. Dia sudah menjadi milik orang lain.

"Annyeong haseyo, EXO sunbaenim."

Langkah Hyeran terhenti apabila dia mendengar LUV menyapa EXO. Kerana sibuk membaca mesej peminatnya, dia tidak perasan pun EXO ada di hadapannya kini. Hyeran dengan kelam kabut turut menunduk hormat di hadapan EXO.

Usai tunduk, Hyeran terus mengangkat mukanya namun pandangannya terhalang dengan Chanyeol di hadapannya. Hyeran hampir menjerit terkejut tetapi Chanyeol yang memeluknya dengan tiba-tiba membuatkan suaranya tersekat di kerongkong.

Kenapa dengan Chanyeol? Kenapa tiba-tiba? Takkan Chanyeol tak sedar perlakuannya diperhatikan oleh orang ramai? Beribu persoalan muncul di benak mindanya namun Chanyeol malah mengeratkan pelukannya. Sementara itu, EXO dan LUV memandang mereka berdua dengan pandangan yang pelik.

"Yah, kenapa ni?" Hyeran mahu sahaja menolak Chanyeol agar menjauhinya.

"Peluk saya sekejap. Sekejap sahaja." Chanyeol berbisik ke telinga Hyeran.

Dahi Hyeran semakin pelik kerana kehairanan. Chanyeol sangat lain hari ini. Apa yang sedang terjadi. "Kenapa ni? Cuba beritahu." Hyeran akan mendesak jika Chanyeol tidak mahu juga memberitahunya.

"Saya minta maaf, Hyeran." Ucap Chanyeol secara tiba-tiba membuatkan Hyeran semakin tertanya-tanya.

"Apa yang awak dah lakukan? Kenapa minta maaf?" Hyeran menyoal. Sekarang dia tidak kisah kalau ada orang lain memandang mereka berdua dengan pandangan yang pelik. Apa yang dia mahu ialah Chanyeol menceritakan segala-galanya.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now