Bab 57

1.1K 61 11
                                    

"Apa yang awak sedang lakukan ni?"

Sambil mengangkat keningnya, Hyeran menyoal Chanyeol yang sedang menyendukkan makanan ke dalam pinggannya. Chanyeol yang mengendahkan soalan Hyeran itu terus menyendukkan makanan lagi dan lagi sehingga Hyeran menyuruhnya untuk berhenti.

"Geumanhaeyo, Park Chan!"

Wajah Hyeran dipandang oleh Chanyeol sebelum senduk di tangannya diletak ke tempatnya. Mereka berpandangan buat seketika sebelum Chanyeol memecahkan keheningan antara mereka berdua.

"Awak ambil makanan sedikit sangat." Chanyeol memberi alasan sambil tangannya menunjukkan pinggan Hyeran.

Sekilas pandang dihalakan ke pinggannya lalu Hyeran memandang wajah suaminya.

"Saya akan debut hujung bulan ni, Sunbaenim." Hyeran mengingati Chanyeol kalau-kalau Chanyeol telah lupa.

Tetapi Chanyeol tak pernah lupa akan tarikh debut Hyeran yang akan menjelang tak lama lagi. Baginya Hyeran tak perlu berdiet untuk debut malah Hyeran harus makan untuk mengumpul tenaganya demi pentas debutnya nanti.

Belum sempat Chanyeol mahu membalas kata-kata Hyeran, Chen sudah terlebih dahulu menarik tangan Hyeran dan membuatkan Hyeran mengikutinya tanpa rela.

"Jomlah, Hyeran-ssi." Ajak Chen agar Hyeran boleh jauh dari Chanyeol.

Sebenarnya Chen mahu lihat reaksi Park Chanyeol apabila dia merampas Hyeran walaupun dia sendiri dapat mengagak. Chanyeol yang sedang membuntangkan matanya sambil keningnya terangkat membuatkan Chen menyeringai.

"Duduklah," Chen mengarahkan Hyeran untuk duduk di sebelah Baekhyun.

Pada mulanya Hyeran ragu-ragu tetapi dia tidak mahu perbuatannya itu akan membuat orang lain menyoalnya jadi dia hanya duduk di sebelah Baekhyun dan tidak lupa untuk menjaga jarak di antara mereka. Baekhyun yang sedang menikmati makan tengah harinya menghadiahkan sebuah senyuman kepada Hyeran. Chen juga duduk di sebelah Hyeran menyebabkan Chanyeol tidak dapat peluangnya untuk duduk di sebelah Hyeran.

Namun, Chanyeol bukannya orang yang mudah untuk berputus asa. Tempat duduk kosong yang berhadapan dengan Hyeran segera dicopnya. Kalau tak boleh bersebelahan, berhadapan pun sudah memadai asalkan Hyeran berada dekat dengannya. Kepala Hyeran diangkat perlahan-lahan untuk memandang muka Chanyeol dan Chanyeol pula mengenyitkan matanya sepantas kilat agar tidak dilihat oleh orang lain selain Hyeran. Hyeran berasa lega kerana Chanyeol tidak memarahi Chen.

"Wah, Hyeran. Saya perasan awak pakai kasut tumit tinggi sekarang." Chen memulakan bicaranya apabila dia teringatkan Stilleto merah yang sedang dipakai oleh Hyeran. Tidak hairanlah kalau Hyeran kelihatan lebih tinggi daripada biasa.

Kepala Hyeran mengangguk. Apabila dia sudah menelan makanannya, dia membalas, "Ya, saya sedang berlatih sekarang ini. Pentas debut kami mungkin kena pakai kasut tumit tinggi jadi, saya kena biasakannya walaupun tak selesa." Luah Hyeran kepada sunbaenya.

Reaksi Chen sangat terkejut apabila mendengar kata-kata Hyeran itu. Airnya diteguk. "Serius? Nampaknya mereka latih awak dengan sangat tegas. Pakai kasut tumit tinggi di pentas debut? Wah, tak dapat saya bayangkan."

"Kita patut bersyukur yang kita lelaki, Chen. Tak payah pakai kasut yang seksa tu." Xiumin menggeleng kepalanya apabila dia memikirkan betapa susahnya kalau tak dapat mengimbangkan badan sewaktu memakai kasut tumit tinggi yang kini sudah menjadi trend. Silap hari bulan kalau dia yang pakai, boleh masuk longkang.

"Jadi mesti kasut tumit tinggi bukan citarasa awak, kan? Sebab baru hari ini saya nampak awak pakai." Soalan yang terpacul dari bibir Baekhyun terus membuatkan Hyeran mengangguk.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora