Bab 21

2.1K 118 12
                                    

Keesokan harinya, seperti apa yang telah dikatakan oleh Puan Park, dia akan datang ke rumah Keluarga Yoon untuk menjemput Hyeran. Katanya dia mahu membawa Hyeran ke Butik Pengantin yang diusahakan oleh kakaknya. Butik itu agak terkenal di Seoul kerana hasil jahitannya dan rekaannya yang sangat indah.  

Seputih salju. Seindah sutera dan renda. Begitulah gaun perempuan yang diimpikan oleh Hyeran. Setiap perempuan pasti mengimpikan memakai gaun pengantin yang paling indah pada hari perkahwinan mereka. Begitu juga Hyeran. Walaupun dia yakin yang perkahwinan ini tidak akan kekal lama. Hanya sementara. Hyeran tetap juga berasa sangat teruja untuk memilih gaun pengantinnya nanti. Dia sedang memikirkan bagaimanakah rupanya gaun pengantin yang akan dipakainya dan bagaimana dia kelihatan nanti?

“Sudah sedia, Hyeran?” Soal Puan Park yang tersenyum kepada Hyeran.

Hyeran menganggukkan kepalanya sambil membalas senyuman Puan Park. Setelah itu, dia melihat appanya yang kini sedang berdiri di sebelahnya. “Appa, Hyeran pergi dulu.” Beritahu Hyeran yang lantas memeluk erat appanya.

“Baiklah. Baiklah.” Balas appa sambil mengusap rambut hitam milik anaknya itu.

“Pak cik dah tahu, kan? Saya dah janji kepada pak cik yang saya akan jaga anak pak cik.” Ujar Chanyeol sambil mengukir senyuman manisnya kepada Ayah Hyeran. Ayah Hyeran hanya mengangguk tanda dia percaya akan Chanyeol.

“Jom, Hyeran.” Ajak Puan park.

Hyeran mengangguk lalu mengekori Puan Park yang mula berjalan ke arah kereta yang di parkir di laman rumah Keluarga Yoon. Chanyeol pula berjalan beriringan dengan Hyeran. Hyeran hanya mengerling Chanyeol sekilas.

“Bila awak janji dengan appa saya? Dan… Awak nak jaga saya? Macam mana?” Soal Hyeran, ingin tahu.

Chanyeol tersenyum sambil merenung Hyeran. “Awak tengok jelah nanti.” Jawab Chanyeol ringkas.

Hyeran mengeluh kecil. “Awak ingat janji tu boleh dibawa main? Janganlah memandai nak berjanji. Macam mana kalau awak tak boleh tunaikan?” Bebel Hyeran yang tak puas hati dengan jawapan Chanyeol.

Dengan geram, Chanyeol dijeling oleh Hyeran tajam sebelum tangannya membuka pintu kereta. Hyeran segera masuk ke dalam kereta dan apabila tangannya ingin menutup pintu kereta, Chanyeol segera menarik pintu itu sehingga tangannya terlepas dari memegang pintu kereta. Hyeran terkejut akan kelakuan Chanyeol itu. Dia ingin memarahi Chanyeol tetapi Chanyeol yang terlebih pantas membuka mulutnya.

“Kita akan tengok nanti.” Ucap Chanyeol dengan penuh yakin sebelum menambah, “Ya. Lagi satu. Jangan nak marah saya. Kalau awak terlupa, saya ingatkan awak yang ini kereta Umma saya jadi, ia lebih kurang hak milik saya.”

Ketawa kecil yang dibuat oleh Chanyeol sangat membuatkan Hyeran menyampah. Chanyeol menutup pintu kereta dan juga masuk ke dalam kereta.

“Dahlah tu, Chanyeol. Usahlah usik Hyeran tu lagi. Dah monyok muka dia Umma tengok.” Tegur Umma yang hanya mampu menggeleng melihat kerenah mereka berdua. Namun, kalau difikirkan lagi. Bagus juga Chanyeol mengusik Hyeran. Mana tahu mereka akan bertambah rapat selepas ini, Siapa tahu.

“Hyeran, Pasti Hyeran akan rambang mata bila Hyeran tengok semua gaun di sana. Semua cantik-cantik!” Beritahu Puan Park seraya menoleh kepalanya memandang Hyeran yang duduk di tempat duduk penumpang. Puan Park pula yang kelihatan terlebih teruja padahal Hyeran yang akan berkahwin. Hyeran hanya tersenyum memandang Puan Park sambil membalas ‘ya’.

Dongdaemun. Di sinilah terletaknya butik pengantin yang dimiliki oleh Unnie Puan Park. Namun, tidak kira di dalam kompleks beli-belah mahupun jalan Dongdaemun tetap juga dibanjiri oleh lautan manusia walaupun hari itu adalah hari khamis. Chanyeol yang tidak menyangka perkara ini akan berlaku terus mengambil cermin mata yang disimpannya tadi di dalam dashboard. Cermin mata itu lantas dipakainya sebelum keluar dari perut kereta. Dia juga sempat menyarungkan topi snapback yang juga berwarna hitam miliknya di kepala. Dia takut kalau ada di antara lautan manusia itu yang perasankannya. Takut-takut kalau ada peminatnya di antara mereka. Kalau mereka berebutkan autografnya nanti kan susah jadinya nanti?

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now