Bab 66

761 49 5
                                    

Maafkan saya tapi saya saya ship BaekRan 

"Okey, jadi konsep kita untuk hari ini ialah sepasang kekasih dengan gaya musim panas."

Hyeran yang mendengar kata-kata wanita yang berusia lingkungan 30-an yang selaku pengurus buat penggambaran dia dan Baekhyun pada tengah hari itu meneguk liurnya tatkala mendengar perkataan 'sepasang kekasih'. Terus sahaja Hyeran berasa kekok berada di sebelah Baekhyun ketika itu. Baekhyun di sebelahnya pula hanya menggigit bibirnya dan hanya mendiamkan dirinya.

Tab yang berada di tangan wanita itu didekatkan kepada Hyeran dan Baekhyun untuk melihat gambar contoh pose oleh model-model yang mengenakan pakaian yang sama tema dengan mereka berdua. Model lelaki dan perempuan yang terpampang di skrin tab itu ialah orang berkulit putih semua dan gaya yang ditunjukkan oleh mereka ialah gaya yang sangat intim seperti berpegang tangan dan berpeluk.

Buat seketika Hyeran berfikir mengapa dia harus menuruti kata-kata Chanyeol tempoh hari agar bersetuju dengan penggambaran itu. Sekarang Hyeran berasa seperti dia mahu lari dari tempat itu.

"Saya harap kita dapat bekerja sama dengan baik." Ucap wanita tersebut sebelum beredar.

"Awak okey, Hyeran?" Baekhyun menyoal Hyeran setelah wanita tadi benar-benar pergi.

"Eo? Err... Ya, saya okey." Jawab Hyeran setelah lamunannya mati kerana disapa Baekhyun.

Tidak lama kemudian, seorang perempuan datang dan menyuruh Hyeran untuk mengikutinya ke bilik persalinan manakala Baekhyun pergi ke arah bertentangan untuk ke bilik persalinan lelaki. Sebelum menyalin baju, wajah Hyeran disolek dengan pelbagai alat mekap sesuai dengan tema musim panas pada hari itu.

Cermin yang berada di hadapannya ditatap oleh Hyeran. Dress berwarna mint dengan corak bunga yang dikenakan olehnya itu agak mendedahkan badannya dengan potongan atas lutut dan tanpa lengan. Cantik memanglah cantik tapi Hyeran tidak selesa dengan gaya seperti itu. Sepasang ankle strap berwarna merah hati dipakainya yang tidak terlalu tinggi itu hampir menyamakan ketinggiannya dengan Baekhyun nanti. Sebut tentang Baekhyun, Hyeran pasti Baekhyun sedang menunggunya di luar sekarang. Hyeran tidak mahu membuat Baekhyun dan kru yang lainnya tertunggu.

Berdiri di hadapan Baekhyun, Hyeran menghadiahkan senyumannya. Baekhyun yang sedang duduk terus terbangun apabila melihatnya. Kerana mengagumi kecantikan Hyeran, Baekhyun sampai tidak sedar mulutnya terbuka luas.

"Awak cantik sangat." Baekhyun yang berterus terang terus membuatkan pipi Hyeran merah kerana malu.

"Mwoya..." Hyeran tersipu-sipu malu.

Penggambaran dilakukan di luar studio untuk menikmati cahaya matahari di musim itu. Musim panas membuatkan Hyeran teringat akan pantai di Pulau Jeju dan apabila dia teringatkan Pulau Jeju, dia akan teringatkan majlis perkahwinannya dengan Chanyeol yang diadakan berdekatan dengan pantai. Dia masih dapat mendengar sayup-sayup ombak menghempas pantai pada hari itu.

"Hyeran, kenapa awak tak pegang tangan Baekhyun juga?" Hyeran tersentak apabila ditegur oleh jurukamera yang sedang mengambil gambar mereka.

Apabila Hyeran mengangkat kepalanya, dia melihat Baekhyun yang memandangnya dengan hairan. Mereka sedang berada di sebuah lorong yang agak sunyi yang dirasakan sesuai untuk menjadi tempat penggambaran mereka. Hyeran menundukkan wajahnya memandang tangannya yang sedang dipegang oleh Baekhyun tetapi dia tidak memegang tangan Baekhyun juga. Nampaknya Hyeran terlalu mengingati hari perkahwinannya sehingga tidak sedar tangannya dicapai oleh Baekhyun.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora