Bab 33

1.1K 75 0
                                    

Setelah bersarapan, tepat pada pukul lapan pagi, LUV sudah sampai di bangunan smALL untuk melaksanakan rutin harian mereka. Eh, tapi kali ini bukan rutin harian mereka sebab mereka akan rakam kesuluruhan lagu di album debut mereka. Ini merupakan kali pertama sebab itu terpancar riak gembira dan teruja di muka Ranae, Dahyun dan Aecha. Minhee pula tertinggal di belakang. Entah kenapa dia masih tidak boleh henti memikirkan perkara tadi sehinggakan dia tidak fokus dalam merakam lagu di studio. Hari itu Minhee dimarah teruk oleh komposer mereka berulang kali kerana asyik salah sahaja. Tambahan pula, Komposer mereka memang seorang yang sangat perfectionist dalam kerjanya. Minhee terpaksa mengulang dan mengulang lagi nyanyiannya hingga dia sakit tekak. Dahlah dia agak moody pada pagi itu, komposer itu pula tambah memarahinya lagi lagilah dia bad mood.

"Joiseonghaeyo." Minhee menunduk hormat ke arah komposer mereka.

"Dah tak apalah. Selepas makan tengah hari nanti kita akan mulakan rakaman lagu kedua pula ya. Minhee, lepas makan saya nak tengok awak bersemangat. Awak macam lemah dan tak bersemangat pagi ni saya tengok." Ucap komposer mereka melepaskan mereka pergi makan tengah hari manakala keempat-empat mereka menunduk hormat ke arahnya sebelum pergi.

"Waahh... lagu kita sedap, kan? Unnie tak sabar nak persembahkannya secara langsung di atas pentas nanti!" Ujar Ranae, masih lagi teruja untuk merakamkan lagu untuk kumpulan mereka debut.

"Ya, tarikh debut kita masih tak ditentukan lagi tapi kalau boleh Aecha nak kita debut secepat yang mungkin. Debut esok pun Aecha akan bersedia untuk menyanyikan lagu debut kita tapi lagu tu..." Aecha menoleh belakang memandang ke arah Minhee yang berjalan menonong sahaja mengikuti mereka sambil mukanya ditunduk ke lantai. "Minhee dah rosakkannya..." Sambung Aecha lagi sebelu

Dengan serta-merta langkah Minhee terhenti mendengar kata-kata Aecha. Jujur dia katakan sakit hatinya mendengar kata-kata Aecha Unnie itu. Tahukah Aecha bahawa Aechalah penyebabnya hilang fokus sehinggakan merosakkan lagu debut mereka. Dia mendongak melihat ketiga-tiga Unnienya yang sudah jalan ke hadapan sedangkan dia masih berdiri kaku di tempatnya. Minhee tidak mahu terlalu rapat dengan mereka. Dia lalu berjalan jauh beberapa meter dari Unnie-deul itu. Mereka bertiga langsung tidak menyedari Minhee jauh dari belakang mereka.

"Annyeong haseyo, Sunbaenim." Ucap Ranae kepada sekumpulan lelaki yang mereka terserempak di koridor sepanjang menuju ke kafeteria itu. Mereka ialah ahli-ahli kumpulan EXO lagi. Memang mereka akan terserempak dengan EXO dan juga sunbaenim-sunbaenim yang lain apabila berjalan di dalam bangunan smALL. Memanglah. Dah jadi penyanyi di bawah agensi yang sama.

Ranae serta kumpulannya kecuali Minhee yang jauh di belakang mengucapkan 'Annyeong haseyo' kepada EXO sambil tunduk hormat manakala Minhee pula terhenti sekali lagi di tengah-tengah jalan.

Sebetulnya, Minhee tiada mood untuk bercakap kepada sesiapa atau menegur sesiapa tetapi disebabkan EXO adalah sunbae mereka jadi dia berasa ini adalah suatu kemestian untuk menghormati mereka. Dia amat menghormati EXO, terutama sekali Chanyeol.

"Annyeong haseyo, Sunbaenim." Minhee tunduk hormat ke arah EXO namun, matanya langsung tidak memandang ke arah EXO. Matanya melihat lantai dan menunduk sahaja. Dia tidak mengambil masa yang lama untuk menyapa EXO. Dia tidak berbual pun dengan EXO. Setelah menyapa mereka, dia melangkah pergi mengejar Unnienya di hadapan.

"Weh, budak Minhee yang asyik renung kau dulu dah tak tengok muka kau langsung." Chen menekankan perkataan 'langsung' apabila dia berbisik di telinga Chanyeol. "Aku pun dah keliru sekarang ini sama ada dia sukakan kau ke tak." Tambah Chen lagi.

Walaupun Chen berbisik, tetapi telinga Minhee yang tajam dapat menangkap semua bisikan-bisikan Chen-sunbaenim yang dia yakin sedang bercakap tentangnya.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now