Bab 38

1.1K 78 0
                                    

"Hyeran Unnie!"

Dengan senyuman, Minhee terus sahaja menjerit nama Hyeran. Sebenarnya, pada mulanya bukannya dia mahu sangat menyuruh Hyeran duduk di mejanya tetapi disebabkan dengan tiba-tiba Chanyeol memanggil Hyeran, Minhee tanpa tiada pilihan lain terus sahaja memanggil Hyeran. Kelihatannya, Hyeran mendengar akan suaranya dan terus mencari-cari keberadaannya. Minhee terus sahaja melambai-lambaikan tangannya di udara agar Hyeran dapat mencarinya.

"Unnie, Yeogi!" Jerit Minhee lagi lalu membuat isyarat tangan agar Hyeran datang ke tempatnya. Hyeran yang telah perasan akan Minhee terus tersenyum ke arahnya tetapi dengan tiba-tiba Hyeran ditarik oleh Chanyeol ke meja EXO.

Minhee sakit hati melihat Hyeran seakan akur sahaja apabila Chanyeol menariknya. Minhee sakit hati apabila melihat Chanyeol tidak semena-menanya memegang tangan Hyeran dan Hyeran tidak menariknya. Kenapa dengan mereka berdua, sebenarnya? Kenapa tiba-tiba mereka kelihatan seperti sepasanga pengantin baru? Dan paling yang Minhee sakit hati, kenapa mesti Hyeran? Kenapa bukan dia? Kenapa bukan Choi Minhee? Kalaulah ada alat canggih yang membolehkan Minhee menukar tempatnya dengan Hyeran, pasti akan dilakukannya saat itu juga.

Giginya diketap dengan geram apabila sambil dia memerhatikan sahaja pemandangan yang sangat menyakitkan hatinya ketika saat itu. Tangan Minhee pula menggenggam chopstick di tangannya dengan sekuat hatinya. Ketiga-tiga orang Unnienya perasan akan Minhee menjadi risau apabila tiba-tiba Minhee menghalakan pandangan mautnya kepada... kepada Chanyeol dan Hyeran...

"Minhee-yah..." Dahyun cuba memanggil maknae itu tetapi ia langsung tidak dihiraukan oleh Minhee.

"M-Minhee-yah..." Percubaan kali kedua Dahyun nampaknya menghampakan.

"Minhee..."

"MWO?!" Jerit Minhee sebelum Dahyun sempat menghabiskan kata-katanya. Jeritannya itu membuatkan semua orang di kafe itu terdengar akannya dan lantas menoleh ke arahnya.

"Mwo? Mwo?" Soal Minhee berulang kali kepada Dahyun dengan biadap. Dia tidak langsung peduli akan pandangan orang yang melihatnya. Dahyun pula sudah tidak tahu hendak bercakap apa. Dia hanya mendiamkan dirinya sambil mulutnya terlopong melihat Minhee kerana terkejut.

"Minhee, tolong jangan biadap dengan Dahyun Unnie!" Tegur Ranae dengan tegas. Takkanlah dia mahu membiarkan maknae mereka itu terus-terusan bersikap biadap.

Aecha pula sudah tidak boleh mendiamkan dirinya lagi. Dia juga terus bersuara, "Minhee-yah, Unnie dah cakap jangan tenung Chanyeol lagi."

"Minhee tak tenung Chanyeol! Minhee tenung perempuan tu!" Nafi Minhee walaupun hakikatnya matanya banyak kali menghala ke arah Chanyeol yang sedang bermesraan dengan Hyeran seperti pasangan pengantin baru itu. Makanan pun nak bertukar ke?

"Berani dia pergi sana! Minhee dah panggil dia! Kenapa dia pergi sana? Kenapa?" Rengek Minhee dengan tidak semena-menanya. Sakit hatinya bukan ada sesiapa pun yang tahu jadi biar dia luah, dia mahu luahkan segalanya! "Dia tak sepatutnya pergi sana! Dia tak sepatutnya pergi sana! Minhee dah panggil dia tapi dia tak datang ke sini... Kenapa? Kenapaaaaa?"

Ranae menggeleng kepalanya melihat sikap sebenar Minhee itu. "Minhee! Sebelum aku tampar mulut kau, baik kau diam!" Marah Ranae. "Orang semua tengoklah, Minhee! Boleh tak berhenti malukan kami?"

"Ranae Unnie nak tampar Minhee? Kenapa? Sebab Minhee biadap? Minhee tak akan biadap kalau perempuan tak guna tu pergi sini! Sekarang dia dah duduk kat sana! Sakit mata Minhee tengok dia duduk rapat-rapat dengan Chanyeol!"

"Minhee, dahlah tu."Kata Aecha.

"Minhee tak boleh biarkan, Unnie!" Minhee mempertahankan dirinya. Nampaknya Minhee memang sangat keras kepala orangnya.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now