Bab 5

2.9K 132 2
                                    

[Bab ini tak ada Chanyeol. Sorry. Yang ada cuma Chanhee. Its gonna be bored :3 Still tak percaya yang dah dua bulan tak update cerita ini. Minta maaf sangat-sangat]

“Chan… Chanhee Oppa…” Panggil Hyeran.

Chanhee atau nama panjangnya, Lee Chanhee tertawa kecil. “Kenapa Hyeran macam terkejut je tengok saya?” Soal lelaki itu merenung dalam ke mata coklat milik Hyeran.

Hyeran menundukkan kepalanya kerana dia cuba untuk menghindari renungan dari Chanhee. Dia tidak suka direnung Chanhee memandangkan Chanhee selalu merenungnya. Hyeran pun tidak tahu mengapa Chanhee suka merenungnya bagaikan ada kotoran terlekat di mukanya. Dia tidak selesa dilakukan seperti itu.

“Tak… Taklah…” Jawab Hyeran namun, pada hakikatnya dia memang terkejut melihat Chanhee di hadapannya. Dia amat berharap agar dia tidak berjumpa lelaki itu tapi, malangnya nasib tidak menyebelahinya.

“Awak sakit ke? Kenapa saya tengok awak tak hadir ke kuliah dua hari lepas?” Tanya Chanhee. Dahinya berkerut. Dia kelihatan betul-betul risau.

Sambil menggigit bibir bawahnya, Hyeran menggeleng perlahan. Dia sedang memikirkan alasan kuat untuk diberikan kepada Chanhee. “Taklah… Saya tak sakit pun, Oppa.”

“Jadi?” Melihat kening Chanhee terangkat membuatkan Hyeran bingung.

“Cuma… ada masalah keluarga.” Balas Hyeran. “Peribadi,” Tambahnya cepat-cepat apabila dia melihat Chanhee membuka mulutnya. Barangkali ingin bertanyakan keluarganya masalah apa yang dialami keluarganya. Dia memilih untuk berbohong kepada Chanhee kerana dia seorang yang tidak suka bercerita tentang masalah yang dihadapinya kepada sesiapa kecuali rakan baiknya, Hyunae. Ini kerana dia sangat mempercayai Hyunae yang merupakan penasihat yang baik.

“Oh…” Kata Chanhee dengan ringkas sebelum menyambung, “Tak apalah. Awak dah ada di sini pun. Takkan saya nak minta lebih?” Dia tersenyum lagi. Senyumannya bukan plastik. Terpancar kegembiraan dari mataya. Dia benar-benar gembira kerana Hyeran berada di hadapannya. Tidak perlu berkata apa-apa lagi. Cukup kehadiran Hyeran dihadapannya.

Hyeran melemparkan senyuman tawar kepada Sunbaenya. “Janganlah cakap yang Oppa rindukan saya,” Selorohnya. Dia tidak tahu kenapa dia berkata sedemikian. Mungkin otaknya tidak berfungsi dengan betul pagi ini. Dia berharap yang Chanhee akan terima ia sebagai suatu jenaka.

Kata-kata Hyeran membuatkan Chanhee ketawa. Barisan gigi-giginya yang putih kelihatan. “Saya memang rindukan awak pun,” Balas Chanhee dengan ketawa yang tersisa.

Air muka Hyeran berubah. Sungguh jelas dia terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Chanhee. Jangan jangan… Chanhee menyimpan perasaannya tak?

‘Isy! Mengarut je kau ni, Hyeran!” Hyeran terus menafikan apa yang berada di otaknya kini. Tak mungkin Chanhee sukakannya, betul tak?

“Hyeranah…” Dengan lembut, Chanhee memanggil nama Hyeran.

“Ne?” Soal Hyeran lalu terus memandang Sunbaenya namun, tidak sampai lima saat dia sudah membuang pandangannya ke lantai. Dia tenang sahaja menantikan kata-kata yang bakal keluar dari mulut Sunbaenya.

Secara perlahan, Chanhee mendekatkan wajahnya dengan Hyeran sehingga jarak di antara muka mereka hanya dua inci. “Lepas ni… jangan hilang lagi.” Kata Chanhee separuh berbisik. “Okay?” Sambungnya lagi.

Hyeran agak keliru dengan kata-kata Chanhee itu. “Huh?” Tanyanya.

“Saya ada sesuatu yang penting nak diberitahu pada awak.” Ujar Chanhee apabila dia menyandarkan belakangnya pada bahu kerusi.

Chanhee menelan air liurnya. Jantungnya berdetak kencang dan dia hampir kehilangan nafasnya. Dia memang akan begini jika dia gementar. Dia benar-benar gementar.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now