Bab 41

1.1K 75 7
                                    


What time is it? Its 'Sebenarnya Saya Isteri Chanyeol' time!

Sorry sebab dah berkurun tak update. Saya faham perasaan bila author x update cerita yg saya suka dalam masa yang sangat lama. Sepatutnya benda ni saya dah lama update tapi baru sekarang sempat. Lagipun, hari ni hari jadi Chanyeol walaupun tinggal satu jam lagi (waktu malaysia). Terima kasih kepada awak yang dah komen dan pm saya tanya bila saya nak update XD kata-kata awak sangat berharga buat saya. Saya harap saya dimaafkan. Mungkin sempat update at least 5 bab buat masa ni ^^

"Sebenarnya... Sebenarnya saya... Saya... Sebenarnya saya is... saya..." Gugup Hyeran menuturkan kata-katanya. Semudah perkataan 'isteri' itu, dia masih tidak boleh menuturkan perkataan itu. Semudah bunyi ayat 'Sebenarnya Saya Isteri Chanyeol' itu, dia mula merasakan beban yang menghempapnya apabila rahsia itu sudah terbongkar.

"Sebenarnya saya..."

"Tidak ada apa-apa yang penting yang Hyung perlu tahu pun, Hyung." Entah bila Chanyeol muncul pun Hyeran dan tidak Suho tidak tahu. Nasib baik sempat Chanyeol Chanyeol meletakkan tangannnya di atas bahu Suho sebelum dia memandang Hyeran.

"Sebenarnya Hyeran ni sepupu saya."

Satu keluhan bibir meniti di bibir Chanyeol seakan dia sudah melepaskan satu beban yang berat. Dia lalu memandang Hyeran yang sedang menundukkan wajahnya setelah mendengar kata-kata Chanyeol. Tiba-tiba dia berasa takut yang Hyeran akan membencinya kerana disebabkan dia sudah dua kali berbohong tentang status sebenar mereka berdua.

"Awak dah dengar, Hyung. Kami cumalah sepupu jadi, mestilah kami agak rapat sedikit jadi..." Chanyeol menekankan perkataan agak. "Jadi, saya rasa saya dah merungkaikan segala persoalan dan misteri, kan?" Soal Chanyeol.

Suho mengangguk membuatkan Chanyeol lega. Suho kelihatannya terpedaya dan percaya akan pembohongannya namun, ia bukan bermakna Chanyeol boleh tetap berasa lega kerana dia tahu lama-kelamaan rahsianya akan terbongkar jua. Seseram bunyinya, Chanyeol harus bersedia dan menguatkan dirinya untuk menghadapi saat itu.

"Hyung dah faham semuanya sekarang." Kata Suho sambil memandang Chanyeol dan Hyeran. "Tapi awak berdua kalau nak rapat sangat pun, kena hati-hati juga sebab gosip di smALL ni mudah tersebar. Hyung Cuma takut... gosip tu tak kedengaran seperti berita baik." Suho menasihati mereka berdua.

"Semua gosip memang tak kedengaran berita baik, Hyung. Kami faham." Kata Chanyeol sambil matanya memandang sekilas Hyeran yang sedang menundukkan wajahnya dan berdiam diri.

"Jadi, awak betul-betul sepupulah ni?" Soal Baekhyun yang dari tadi hanya memerhati ketiga-tiga orang itu berbual. Entah mengapa setelah mendengar pengakuan Chanyeol yang Hyeran dan Chanyeol hanyalah sepupu, dia menarik nafas lega.

Chanyeol tunduk sebelum mengangguk kecil. Entah sampai bila dia harus menipu? Entah sampai bila dia harus bertahan? Semua penipuan ini membunuhnya. Sebenarnya dia mahu memberitahu perkara yang sebenarnya tetapi entah mengapa lain pula yang keluar dari mulutnya. Setelah melihat reaksi Hyeran, dia tahu yang dia sudah melakukan perkara yang salah.

"Sebenarnya saya tak tahulah kami ni betul-betul sepupu atau tak tapi sebab ayah aku kawan dengan ayah dia, aku dah anggap dia macam sepupu aku." Kata Chanyeol yang lantas membuatkan banyak mata tertarik untuk merenungnya. Mereka semua memberi pandangan hairan kepadanya membuatkan Chanyeol terus menambah, "Tapi jangan risau, ada kemungkinan besar yang kami memang betul-betul sepupu."

Aduh, Chanyeol seperti mahu menampar wajahnya sendiri. Kenapalah dengan tiba-tiba dia boleh berkata seperti itu. Tak mungkinlah, mereka berdua sepupu sebab nama keluarga ayah dan ibunya tidak sama langsung dengan nama keluarga ayah Hyeran. Chanyeol tak rasa yang mereka berdua Cuma ibu bapa mereka berdua sangat rapat. Dan kalau betul mereka berdua sepupu, Ummanya tak mungkin mahu mengahwinkan mereka berdua.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now