Exologue

750 61 22
                                    

HAH! SAYA TAHU AWAK TAK AKAN BACA INI tapi tlglah baca. Seminit je 😂

First and foremost, You are special to me, cause you came from prologue to epilogue, finally. Thank you for reading. Thank you for voting. Thank you for commenting.

Besides, sy akan update extra chapters since there are plotholes here 😉 so jgn buang novel ini dr library awak dulu∽

Dengar ni 5 BONUS CHAPTERS! Tlg support sy hingga ke akhirnya.

Last but not least, Klw awak suka karya sy, jemputlah baca yg lain 😂😂😂 (nak promote ni) ... Sy publish siri kedua EXOVELLE yg mana Baekhyun ialah main character. 

Give a lot of loves to Byun Kkaebsong please 😉

Epilogue


YOON HYERAN tidak tahu sejak bila matahari yang sedang bersinar dengan terang sehingga membuatkan matanya tidak mampu terbuka ketika melihatnya kelihatan sangat indah. Ombak-ombak kecil yang menghempas pantai, sangat indah. Pasir-pasir putih di bawah kakinya, sangat indah. Senyuman dan gelak ketawa Chanyoung, sangat indah. Angin lembut yang meniup rambut hitam lebat milik Chanyeol, sangat indah.

Anak mata berwarna coklat gelap itu yang tidak lekang menatapnya, terlalu indah.

Dia masih tidak menyangka Chanyeol masih mengingati permintaannya untuk ke Pulau Jeju bersama-sama yang sudah lama dia coretkan di bukunya. Memang inilah yang diimpikan oleh Hyeran. Keindahan di sekelilingnya itu dirakamkan dengan mindanya yang pasti akan selalu diulang tayang pada masa hadapan. Setiap satu keindahan itu memberi kebahagiaan kepadanya yang sangat bermakna. Semoga kebahagiaan yang tercipta itu mampu berkekalan sehingga ke akhir hayatnya.

Gelak ketawa Chanyoung mendatangkan senyuman pada wajah Hyeran. Chanyoung sangat teruja dapat melihat laut, lautan Jeju yang luas, selepas majlis resepsi Hyeran dan Chanyeol berlangsung di Seoul. Tangannya menggenggam erat tangan kiri si kecil itu sementara Chanyeol memegang kemas sebelah lagi tangan Chanyoung. Dengan perlahan-lahan, Chanyoung cuba belajar berjalan dengan pegangan erat tangan ibu ayahnya juga dengan suara girang kedua-duanya menyebut namanya. Sesekali Chanyoung tertawa kecil apabila ombak membasahi kakinya tatkala dia berjalan di sepanjang gigi pantai tersebut.

Kepenatan, keluarga kecil itu duduk di atas bumi tanpa beralas setelah lama berjalan. Hyeran diam memerhatikan Chanyoung yang sedang teruja apabila jari kecil miliknya itu melakar sesuatu yang tidak dapat dibaca oleh Hyeran pada 'kanvas' pasirnya. Tangan Chanyeol yang hinggap di bahu Hyeran membuatkan Hyeran mengalihkan pandangan dari si anak kepada si ayah. Chanyeol mengamati rambut Hyeran yang lembut menyentuh tangannya sebelum dia kembali memandang wajah isterinya.

"Bila rambut saya panjang tidak bergunting, saya ingat rambut awak turut panjang?" Chanyeol menyoal.

"Saya... potong seminggu selepas awak kemalangan."

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now