Bab 88

1K 69 3
                                    

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua! Maaf zahir dan batin.

Surprise, Bab 88!

Gila. Mereka semua memang gila. Itulah yang dikatakan oleh Chanyeol berulang kali di dalam kepalanya. Chanyeol tahu dia sudah terjebak di dalam perangkap kawan-kawannya yang sengaja mahu mengenakannya. Siapa sangka EXO sebenarnya pandai berlakon? Kalau ditonton daripada EXO Next Door, mungkin peminat akan mengatakan yang lakonan EXO kayu dan tidak berapa mengagumkan. Tetapi apa yang Chanyeol saksikan di hadapan matanya ini, ialah lebih daripada mengagumkan. Chanyeol seperti mahu memberikan anugerah pelakon terbaik kepada semua kawan-kawannya itu tetapi dia mahu mencampakkannya pada satu-persatu kepala di situ biar benjol. Secara keseluruhannya, itulah yang Chanyeol rasakan sekarang ini.

"Pergilah!" Halau Chanyeol kepada mereka semua yang perlahan-lahan mahu mendekatinya sambil menyanyikan lagu 'chukkahamnida' tidak henti-henti. Dengan tiba-tiba dia hanya mahu duduk di atas lantai sambil menyembunyikan mukanya yang malu.

"Tengok, Chanyeorie hyung menangis." Kai ketawa mengejek sambil mengarahkan jari telunjuknya pada Chanyeol yang sedang mengesat air matanya di pipi.

"Mianhae, chingu-yah. Aku terpaksa bersetuju untuk buat semua ini." Baekhyun, dengan senyuman lebarnya menepuk belakang Chanyeol dengan perlahan. Itulah sebabnya mengapa dia mesej Chanyeol tadi, untuk bertanya berapa lama masa yang diambil oleh Chanyeol untuk berbincang dengan Kim Chiwon. "Walaupun sebenarnya, seronok juga kenakan kau, kan?" Baekhyun berkata lagi sebelum mengelakkan dirinya daripada dipukul oleh Chanyeol.

Chanyeol mencuba sekali lagi untuk membelasah Baekhyun. Kali ini Chanyeol menetapkan sasarannya pada telinga Baekhyun untuk dipiatnya namun pantas sahaja Baekhyun melarikan dirinya. Tanpa Chanyeol sedari, ada seseorang di sebelahnya sedang sibuk menghalakan I-Phone ke mukanya.

"Kau buat apa ni, Sehun?" Soal Chanyeol kepada Sehun yang sudah tersenyum dengan nakal apabila dia dapat menangkap apa yang dia mahu.

"Assa!" Sehun menumbuk tangannya ke udara dengan girang setelah mengerling pada gambar yang telah dia tangkap. Dia sangat berpuas hati dengan hasilnya. "Saya dah tangkap banyak gambar Hyung. Saya ada tangkap muka Hyung nangis juga. Tak sabar nak muat naik di instagram." Jelas Sehun lagi.

"Tak guna punya Sehun!"

Suara Chanyeol terus bergema di setiap sudut bilik itu, memberi amaran kepada Sehun yang terus melarikan dirinya. Suho yang masih lagi menatang kek dari tadi juga masih lagi tersenyum dengan pipi licinnya yang timbul dan matanya yang mengecil.

"Hyung, janganlah pukul saya! Penat saya belikan kek untuk hyung tahu tak? Tak reti cakap terima kasih ke?" Sekali Sehun membebel memang tak akan berhenti. Tambah-tambah lagi dengan muncung sedepanya yang memang minta kaki. "Hyung tak tahu ke berapa ramai orang kat luar tu disebabkan gosip hyung? Wartawan-wartawan tu buta agaknya. Tak patut mereka soal saya tentang skandal hyung tu. Saya OSH. Oh, hensemnya Sehun. Bukan PCY, Car Park Chanyeol. Tanyalah Hyung. Saya mana tahu apa-apa."

Suho yang sudah tak tahan mendengar Sehun merengek di telinganya sambil menggenggam bajunya untuk perlindungan terus berkata, "Sudah-sudahlah tu, Sehun." Suho mengerling Sehun yang terus menutup mulut murainya.

Chen yang bersetuju dengan kata-kata Suho itu terus mengangguk-agguk. "Ya, sudah-sudahlah tu. Cepat potong kek. Aku nak makan." Beritahu Chen dengan tak tahu malunya macam kek itu untuknya pula. Dia terus menghulurkan tangannya pada Kai yang dari tadi menggenggam pisau plastik pemotong kek di tangannya. "Kai." Chen memberi isyaratnya.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now