Bab 86

1.2K 83 12
                                    

Susah jugak nak fikir pasal kontrak Chanyeol dan Hyeran walaupun sy dah rancang apa nak buat. Sy minta maaf klw x memuaskan. Chapter ni pjg sgt. :'( ada kemungkinan ini yang terakhir sebab 21 sy balik kolej..

klw jumpa typo sila komen tepi :) Awak akan membantu pengeditan semula. sy buat kelam kabut ni sebab dah pukul 4:40 pagi, waktu sahur di Johor Bahru. selamat menjalani ibadah puasa korang! 😙

Bab 86

Hyeran dapat merasakan udara di sekeliling mereka bertukar menjadi tidak menyelesakan apabila dengan tiba-tiba soalan Kim Chiwon itu seakan menyindir mereka berdua. Hyeran sudah dapat mengagak perkara ini sebelum dia masuk ke dalam bilik ini lagi. Kim Chiwon, mungkin sama seperti CEO yang lain yang ditonton di kaca televisyen yang mana seseorang yang sangat angkuh dan penuh dengan sindiran. Ini membuatkan Hyeran hairan bagaimana Chanyeol boleh bertahan bekerja untuk lelaki itu sementara Hyeran sendiri pula, dia yakin yang hidupnya bukan tertakdirkan terperangkap di tempat itu buat selamanya. Suatu hari nanti, dia pasti akan bebas dan bahagia menjalani hidupnya sendiri manakala Chanyeol pula, dia tidak kisah kalau Chanyeol mahu meneruskan hidupnya seperti biasa. Dia cukup tahu yang menjadi artis ialah impian Chanyeol selama ini, dan dia akan menyokong Chanyeol di sisi.

Tiba-tiba Hyeran merasakan yang pegangan tangan mereka berdua menjadi erat. Hyeran menarik nafas terkejut apabila kuku Chanyeol hampir sahaja mencakar kulitnya. Hyeran tahu Chanyeol pasti merasakan sama seperti yang dia rasakan kini. Mahu sahaja dia mengusap belakang Chanyeol untuk menenangkannya namun kerana mereka berdua sedang berhadapan dengan Kim Chiwon kini, Hyeran hanya mampu membalas pegangan tangan Chanyeol.

"Bukan, Tuan." Telinga Hyeran dapat menangkap suara Chanyeol setelah beberapa ketika mereka hanya senyap. Dia juga dapat menangkap getaran pada suara Chanyeol itu yang membuatkan dia terus memusingkan kepalanya untuk menatap Chanyeol.

Terukir senyuman di wajah Chanyeol yang tadinya tegang itu apabila mata mereka bertembung. Dengan serta-merta Hyeran juga tersenyum kerana terjangkit dengan senyuman yang menawan itu. "Hyeran ialah isteri saya. Isteri saya yang sah." Chanyeol menjelaskan sambil matanya masih lagi menatap wajah Hyeran.

Isteri. Dua kali Chanyeol telah menyebut perkataan itu di hadapan Kim Chiwon, CEO smALL Entertainment. Hyeran tahu yang ini ialah mimpi menjadi kenyataannya. Dia sangat bahagia apabila Chanyeol berani memberitahu orang yang paling mereka berdua gentarkan tentang status mereka berdua dan Hyeran tahu Chanyeol berasa bangga dengannya.

Mata Chanyeol terus beralih dan memandang Kim Chiwon yang sedang melopong. Chanyeol sudah berasa sedikit tenang kini apabila dia sudah memberitahu perkara yang sebenarnya walaupun dia masih perlu menjelaskan dengan lebih lanjut.

"Dan saya harap tuan dapat beritahu tentang kami berdua pada sidang akhbar." Pinta Chanyeol dengan penuh beradab dan suara formalnya yang sangat stabil.

Kim Chiwon yang menggelengkan kepalanya agak mengejutkan Chanyeol dan Hyeran sebenarnya. "Macam mana? Tak mungkin. Macam mana kamu berdua boleh berkahwin tanpa tiada siapa orang yang tahu?"

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now