Bab 53

770 58 3
                                    

Hyeran menahan ketawanya saat melihat reaksi Chanyeol itu. Dia lantas memandang satu persatu wajah ahli kumpulan EXO di hadapannya.

"Saya dengar semalam ialah persembahan terakhir Call Me Baby?" Soal Hyeran cuba untuk berbual dengan mereka secara kasual. Kekok yang Hyeran rasakan apabila bersama mereka sudah lama hilang kerana hubungan mereka yang akrab.

"Ya, awak tengok siaran langsungnya?" Soal Kai dengan memandang wajah Hyeran.

Laju Hyeran mengangguk. "Saya tengok di telefon bimbit. Heol, Kai Sunbaenim neomu meotchisseoyo. Intro kali ini lebih memukau dari yang sebelumnya dengan suara dan tarian yang seksi." Hyeran memuji Kai yang lalu tersenyum malu.

Tatkala Hyeran mendengar telefonnya berbunyi, dia tahu siapa penghantar mesej tersebut. Dia lalu menundukkan wajahnya melihat telefon bimbit di ribanya.

Wah wah wah suka sangat dengan Kai nampak. –Chanyeol.

Tetapi Hyeran tidak pernah membalas mesej itu malah dia meneruskan perbualannya dengan EXO lagi.

"Tapi Baekhyun Sunbaenim pun dah buat hati saya terpaut dengan suaranya. Kyungsoo sunbaenim pun, tak pernah tak membuat hati orang cair dengan bahagian baby girl~ . Chen Sunbaenim, high note dengan Kyungsoo sangat wow! Tarian Sunbaenim pun dah lebih baik dari semasa ke semasa nampaknya, sunbaenim boleh sertai Kai Sunbaenim dan Lay sunbaenim lepas ni."

Tengok tu tengok tu... Dia buat lagi! –Chanyeol.

Sekali lagi Hyeran mengendahkan mesej Chanyeol kepadanya itu. Dia malah menyambung pujiannya kepada semua orang dengan bersemangat sekali. Hyeran pun tidak tahu sejak bila dia dah suka pada EXO sedangkan dahulu dia tidak pernah nak ambil tahu tentang EXO pun, yang Hyeran tahu hanya lagu 'Moonlight' yang menjadi kegemarannya.

Sebenarnya Hyeran amat berterima kaih kepada rakan baiknya, Hyunae. Kalau tak disebabkan Hyunae pasti Hyeran tidak akan dapat mengenal dua belas orang lelaki yang sangat baik itu. Kalau tak disebabkan pergi ke fanmeeting EXO, dengan paksaan Hyunae, Hyeran pasti tidak akan mengetahui yang dua belas orang itu sangat baik tidak seperti segelintir artis yang sombong ketika sedang popular. EXO tidak, EXO masih menghargai peminat mereka oleh kerana itu, EXO melayan peminat mereka dengan baik.

Mungkin Hyeran sudah menerima kenyataan yang dia sudah suka dengan EXO? Atau dia patut memanggil dirinya sebagai peminat EXO?

Seperti mahu mengehentakkan kepalanya ke atas meja, Chanyeol hanya mampu mengetap giginya. Dia tidak tahu apa yang tak kena dengan Hyeran ketika itu. Hyeran kelihatan sangat teruja saat memuji setiap ahli kumpulan EXO, kecuali dirinya. Satu persatu orang dipujinya tak henti-henti.

"Ah, Lay Sunbaenim sangat kacak. Saya rindukan sunbaenim!"

"Suho sunbaenim nampak lebih hensem dalam comeback ni. Apa yang sunbae makan?"

"Sehun Sunbaenim... rap sunbae lebih baik daripada Chanyeol kenapa bukan Sunbae je yang jadi main rapper?"

"Tao sunbaenim, Sunbae tak boleh tenung kamera dengan mata macam tu, peminat boleh pengsan!"

"Xiumin sunbaenim, ah... Yeokshi. Tak perlu puji lebih-lebih sebab semua orang tahu yang sunbae memang seksi. Saya rindukan sunbae yang dulu, yang comel!"

Argh! Dia macam mahu menyumbat sesuatu ke dalam mulut Hyeran agar senyap tapi kelihatannya semua orang termakan dengan pujian Hyeran itu. Semua orang tersenyum-senyum malu apabila dipuji sedemikian.

"Awak tak puji tentang Chanyeol pun?" Soal Kyungsoo yang perasan hanya Chanyeol sahaja yang tinggal.

Kening Hyeran diangkat. Dia saja pura-pura tak perasan kewujudan Chanyeol sebelahnya. Dia berpura-pura melihat Chanyeol dengan reaksi yang terkejut seolah tidak perasan Chanyeol selama ini di sebelahnya.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now