Bab 63

908 55 2
                                    

Matanya tidak berkelip melihat kesemua komen yang tidak menyokong 'Baekhyun dan Hyeran' atau 'BaekRan'. Kebanyakannya ialah peminatnya sendiri. Dia tidak tahu mengapa semua orang terlalu menentang untuk dia dan Hyeran untuk bersama padahal mereka berdua bukannya melakukan perkara yang dilarang pun... Kan? Jarinya yang dari tadi meng'scroll' komen benci yang tidak ada habisnya berhenti. Memanglah ada juga orang yang menyokong tetapi jumlahnya sedikit. Orang yang membantah lebih banyak dan nampaknya ramai orang yang membencikan Hyeran. Baekhyun tahu dia dah membuat sesuatu yang salah apabila dia membuat ramai orang menjadi anti-fan Hyeran. Kenapa dia tidak dapat mengagak perkara ini akan berlaku.

"Tahniah, Byun Baekhyun. Hyeran akan bertambah bencikan kau selepas ini." Baekhyun menampar dahinya.

Xiumin di sebelah Baekhyun memandangnya dengan sebelah kening yang terangkat. "Apa dia?" Soal Xiumin yang tidak mendengar kata-kata Baekhyun disebabkan Baekhyun berbisik.

Kepala Baekhyun menggeleng. Dia tidak mahu memberitahu memberitahu Xiumin atau sesiapa. Dia mahu merahsiakan apa yang sedang dirasakannya iaitu kekecewaannya. Bagaikan satu dunia ini akan menentangnya jika dia mahukan Hyeran.

Apa yang dia harus lakukan kini? Dia sudah jatuh cinta pada Hyeran dan tiada jalan untuk patah balik kini.

Chanyeol yang sedang duduk tidak jauh darinya dipandangnya sekilas. Pasti Chanyeol juga akan menentangnya. Kawan baiknya sendiri. Bodoh juga kenapa dia harus jatuh cinta dengan orang yang sama kawan baik sendiri cintakan. Dia percaya kata-kata Chen tempoh hari yang Chanyeol ada hubungan dengan Hyeran. Namun disebabkan Chanyeol merahsiakan hubungannya itu terhadap mereka sekumpulan membuatkan Chen berasa dikhianati sebagai kawan. Idea Chen untuk membuat Chanyeol mengaku tentang hubungannya itu menjadi rancangan apabila Baekhyun dijodohkannya dengan Hyeran. Walau apapun yang Chanyeol sembunyikan, mereka semua sebagai kawan baik perlu tahu.

Baekhyun mula merasakan beban di dadanya yang membuatkan dadanya sesak. Dia bangun dari tempat duduknya dan tanpa memberitahu kawannya yang lain. Tombol pintu dipulasnya dan dia segera meloloskan dirinya dari ruang pintu yang dibukanya.

Dengan kepala menunduk ke lantai, Baekhyun melangkah perlahan menuju ke bilik air. Dia merasakan kepalanya terlalu berat untuk didongakkan. Dia sendiri tidak mampu untuk mengangkat wajahnya kini kerana rasa bersalahnya terhadap Hyeran. Kalau dia menundukkan wajahnya pun, dia masih dapat berjalan tanpa masalah melanggar sesiapa namun, kakinya terhenti tatkala dia melihat ada seseorang sedang berdiri di hadapannya dan seakannya orang itu tidak mahu berganjak dari tempatnya.

Wajah Baekhyun diangkat dengan terpaksa memandang orang itu dan dia mendapati dirinya kaku seketika.

Dia kira dia tidak akan berjumpa dengan Hyeran lagi.

Dia sangka Hyeran terlalu membencikannya sehingga tidak mahu berjumpa dengannya lagi.

Jadi kalau begitu dia juga tidak akan menunjukkan wajahnya di hadapan Hyeran lagi.

Jadi dia juga akan mampu mampu menghapus Hyeran dari hatinya.

Tetapi apabila Hyeran berdiri di hadapannya kini dia merasakan yang lututnya hampir sahaja membawanya ke bumi. Mereka berdua berpandangan buat seketika. Baekhyun tidak mahu menundukkan wajahnya lagi. Mungkin ini kali terakhir untuk dia memandang Hyeran sebagai seseorang yang dia cintai kerana tak akan ada peluang lagi. Perasaan yang bertandang di hatinya itu akan dibuangnya jauh-jauh.

"Saya tahu awak tak mahu tengok muka saya lagi, Hyeran." Baekhyun memecahkan kesunyian yang melanda mereka berdua. "Saya akan mengundur diri."

Baekhyun menyangka dia akan pergi dan tidak akan menoleh ke belakang lagi namun tangan yang memegang kemas lengannya membuatkan dia segera menoleh.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now