Bab 61

1.2K 69 9
                                    

Harapan Hyeran agar pagi itu akan dilaluinya dengan lancar tanpa sebarang masalah menjadi musnah apabila Minhee memandangnya dengan pandangan yang keji buat kesekian kali. Sengaja Minhee mahu menutup pintu kereta mereka sebelum Hyeran sempat masuk ke dalamnya.

"Eh, kau masih ahli kumpulan ini ke? Aku ingat kau dah ambil keputusan untuk keluar." Minhee berkata dengan sinis sebelum dia membuka pintu kereta untuk Hyeran.

Tanpa sebarang bicara, Hyeran masuk ke dalam perut kereta. Dia duduk bersebelahan dengan tingkap. Dia fikir jika dia senyap, Minhee turut mendiamkan mulutnya dari mengatakan kata-kata yang selalu menyakitkan hatinya tetapi dia salah.

"Aku nak tahu macam mana kau boleh goda Baekhyun sampai dia suka kat kau."

Ketenangan yang diinginkan oleh Hyeran terus berkecai menjadi kepingan apabila dia mendengar suara itu lagi. Dia menghalakan pandangan tajam kepada Minhee yang sedang memeluknya. Keningnya terangkat saat mendengar perkataan 'goda' dan 'Baekhyun' yang baru sahaja keluar dari bibir Minhee.

"Boleh tak aku nak tahu, agar aku boleh goda Chanyeol?" Soal Minhee masih lagi dengan kesinisannya yang tak pernah habis kalau ditujukan untuk Hyeran. "Ah, aku lupa kau pun pernah goda Chanyeol sampai dia selalu rapat dengan kau, kan? EXO pun boleh rapat dengan kau. Apa yang kau buat? Kau baca mantera eh?"

Hati Hyeran membara mendengar setiap kata-kata yang dilemparkan oleh Minhee itu. Setiap tuduhan yang ditujukan kepadanya dari bibir Minhee tidak mungkin dapat dilupakannya. Sejujurnya, dia tidak pernah jumpa orang seperti Minhee seumur hidupnya. Dia tahu pasti Minhee dihantar oleh tuhan untuk menduganya oleh itu dia harus bersabar. Tetapi kalau dia sudah dilemparkan tohmahan sebegini, bagaimana dia harus bersabar lagi?

"Apa maksud kau?" Akhirnya soalan itu terpacul dari mulut Hyeran walaupun Hyeran sebenarnya mahu menjerit ke muka Minhee yang dia tidak pernah menggoda sesiapa.

"Ah, kau mungkin nak menafikan yang kau tak pernah goda Baekhyun?"

Kini Hyeran benar-benar meluat. Lain ditanya lain yang dijawab. Dengan bahasa apa lagi dia harus berkomunikasi dengan si Choi Minhee? Mungkin bahasa Malayalam agaknya.

"Apa maksud kau dengan Baekhyun suka kat aku?" Ulang Hyeran tetapi dia ternyata dia hampa apabila Minhee memenuhi kereta itu dengan ketawa sumbang yang dibuat-buatnya.

Kalau diikutkan hatinya, sudah lama ditampar pipi itu. "Selagi aku cakap baik-baik Choi Minhee, beritahu aku kenapa kau cakap Baekhyun boleh suka kat aku? Kenapa kau cakap aku goda dia? Apa bukti kau?" Nada suara Hyeran kini lebih lantang dan Minhee kelihatan takut mendengarnya kerana ketawa palsu Minhee itu terus terhenti.

Namun, Minhee berlagak seperti dia tidak takut akan Hyeran. Macam biasa, dia tidak menghormati Hyeran walaupun umur mereka beza tiga tahun. TIGA TAHUN!

"Pabonya? (Kau ni bodoh ke?)" Minhee menyoal walaupun dah terang lagi bersuluh dia yang kurang pandai di sini. "Kau tak dengar radio ke? Byun Baekhyun mengaku kat radio, kat satu dunia yang dia sukakan kau!" Beritahu Minhee sambil memandang Hyeran atas hingga bawah dengan pandangan kejinya lagi.

Hyeran mendapati dirinya terkedu mendengar kenyataan Minhee. Apa? Bila? Kenapa? Sungguh soalan yang dijeritkan di mindanya hanya bersambut tanpa jawapan. Apa yang terjadi sebenarnya. Adakah Minhee cuba memperdayakannya?

"Apa kau mengarut ni?" Soal Hyeran separuh menjerit.

"Jadi kau betul-betul tak tahu lah ni? Aku ingat kau saja buat-buat bodoh." Balas Minhee sengaja mahu menyakitkan hatinya lagi dan lagi. "Hebat betul kau, Yoon Hyeran. Lepas ni siapa lagi yang kau nak goda? Kai? Xiumin? Suho yang kaya tu? Mungkin Suho tu boleh bagi kau faedah sikit sebab dia kaya, kan?"

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now