Bab 39

1.2K 78 0
                                    

Sebaik sahaja masuk ke dalam bangunan smALL, telinga Chanyeol menangkap suatu bunyi yang menarik perhatiannya. Dia yang masuk menonong sambil menundukkan wajahnya terus mengangkat mukanya dan mendapati ada sekumpulan orang ramai yang sedang mengerumuni sesuatu. Mereka semuanya terdiri daripada trainee, hoobae dan juga senior smALL. Pada waktu itu, lagu mamacita sedang dimainkan dan beberapa orang ahli Super Junior sedang menari di tengah-tengah lautan manusia dan nampaknya ahli kumpulan Super Junior yang lainnya sedag mentertawakan rakan-rakan mereka yang sedang menari apabila menari mereka salah.

Tidak beberapa lama selepas itu, lagu Mamacita sudah habis dimainkan lalu lagu Growl pula menyusul dan berkumandang di setiap sudut bangunan smALL. Chanyeol mula faham. Nampaknya smALL sudah meletakkan beberapa buah speaker dan lagu itu akan memainkan apa-apa sahaja lagu smALL yang berada di dalam track lagu. Super Junior pula apa lagi, apabila mendengar lagu mereka mestilah mereka akan terus sahaja menari dan kini EXO mahu mengikuti perbuatan Sunbae mereka.

"Lay Hyung, kali ini giliran kita pula!" Ujar Kai yang gembira dengan wajah yang bercahaya. Dia kelihatan tidak sabar untuk menari.

Lay yang secara automatik menari apabila terdengar lagu Growl dimainkan terus sahaja mengangguk dengan laju dan terus mengikuti Kai di tengah kerumunan orang ramai untuk menari. Chanyeol hanya tersenyum melihat kedua-dua ahli kumpulannya itu. Tidak lama kemudian, satu-persatu ahli kumpulan EXO yang pada mulanya hanya bersorak terus menyertai Kai dan Lay untuk menari. Kini hanya tinggal Chanyeol sahaja yang kurang di dalam koreografi mereka.

"Jomlah, Hyung!" Jerit Sehun sambil membuat isyarat tangan menyuruh Chanyeol menyertai koreografi mereka.

Mahu tidak mahu, Chanyeol juga terpaksalah menyertai koreografi itu. Dia tidak mahu Growl kehilangan karisma tanpa rapnya. Ceh, poyolah Chanyeol!

E X O
Yeah tto dareun neukdaedaeuri bolsera
Neomuna wanbyeokhan nae yeojara
Pumsogen budeureopge neoreul ango
Neomaneul wihaeseo naneun nanpokhaejigo

Bagaikan sudah tahu ada seseorang baru sahaja hadir di kerumunan itu, Chanyeol terus menghalakan matanya ke arah insan yang amat istimewa di hatinya itu. Tetapi wajahnya seakan semakin kelam apabila matanya bertembung dengan mata Hyeran membuatkan dia hampir terlepas koreografi Growl.

'Kisah kita bagaikan lagu Growl, Hyeran. Saya bagaikan wolf, dan awaklah beauty nya. Saya jatuh cinta dengan awak walaupun saya tak dilarang keras untuk jatuh cinta. Cinta kita akan mendapat tentangan. Walaupun begitu, selagi saya masih hidup, saya akan tetap melindungi awak dan tidak membenarkan orang lain untuk menyentuh awak, Hyeran. Tetapi persoalan sebenarnya, adakah cinta saya kepada awak boleh bertahan walaupun hakikatnya, inilah larangannya?' Chanyeol mengangkat bahu. 'Saya tak kisah dan saya tak akan ambil kisah. Saya cintakan awak dan tiada apa yang akan dapat mengubahnya.'

Peluh menitik membasahi dahi Chanyeol. Walaupun Chanyeol baru sahaja menyertai koreografi itu, tetapi dia tetap dapat merasai kehangatan koreografi Growl. Chanyeol yang berdiri kaku di tengah-tengah lautan manusia hanya menundukkan wajahnya kerana dia tahu kalau dia mendongakkan kepalanya, dia mesti akan dapat melihat wajah Hyeran. Lagu Growl sudah habis dimainkan, kerana tahu ada lagu lain yang akan diputarkan, Chen terus menarik Chanyeol kaku keluar dari tengah-tengah itu agar penyanyi lagu seterusnya dapat mempersembahkan lagunya.

Sebuah lagu berkumandang membuatkan beberapa orang ahli kumpulan Girls' Generation bersorak dengan gembira. Mungkin mereka tahu lagu apa yang sedang dimainkan itu. Mungkin ia adalah lagu mereka. Yang peliknya, Chanyeol tahu hampir kesemua lagu Girl's Generation tetapi dia rasa dia tidak pernah mendengar lagu yang sedang diputarkan itu.

"Taeyeon Unnie! Taeyeon Unnie!" Sorak Seohyun manakala ahli kumpulan Girls' Generation yang lain sibuk memaksa Taeyeon untuk tampil di tengah-tengah kerumunan itu.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now