Bab 105

642 84 4
                                    

I told you 'Happy Ending' isnt my style cause I aint Disney writer, darling. But I guess I'll let this one slide since I already make a few of you cried by Chanyeol's death. Hehe.

Thank you for granting my 50 votes wishes. Boleh x sy nak at least 60 vote pula sebelum epilogue?

So... Are you ready for the next part? I mean the epilogue of our Chan❤Ran love story?

Leggo babeh!

Bab 105

PARK CHANYOUNG sudah cuba dicarinya di mana-mana tetapi masih juga dia tidak menjumpai anaknya itu, satu-satunya anugerah paling terindah oleh Tuhan buat dirinya dan satu-satunya yang dapat meneruskan 'kehidupan' Park Chanyeol. Baru sahaja dia mahu mencipta detik-detik terindah pada hari jadi Chanyoung namun dia menangis juga sama seperti keadaannya tahun lepas apabila dia mendapat khabar Chanyeol telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Tak mampu menerima kenyataan, dia hanya menangis sama seperti hari ini, dia menangis kerana tidak mampu mencari Chanyoung.

Hari yang sama. Keadaan yang sama. Sebab yang sama. Cuma untuk orang yang berbeza.

Tidak, Chanyoung tidak boleh tinggalkan ibu juga seperti ayah! Hati Hyeran menjerit.

"Park Chan! Park Chan!" Hyeran memanggil nama tersebut, dijeritnya sekuat hati. Berharap ada suara kecil itu menyahutnya.

"Awak cari Park Chanyoung? Atau ayahnya?"

Suara itu...

Jantungnya berdegup dahsyat ketika dia mengecam suara garau itu. Kali terakhir jantungnya berdegup selaju ini ialah pada tahun lepas, saat dia mendengar suara yang sama menyebut namanya. Hyeran cuba mengangkat kepalanya dengan perlahan tetapi dia lantas berhenti pada lutut lelaki tersebut. Dia takut. Dia takut kalau didongakkan kepalanya, orang yang ingin dia lihat tidak muncul di hadapan matanya. Sepasang kaki di hadapannya itu diamati olehnya. Tidak mungkin dia tidak mengenali setiap inci seseorang yang bertakhta di hatinya itu walaupun sepasang kaki tersebut.

Esakan kecil dikeluarkan oleh Hyeran namun apabila dia menyedari tangisannya begitu kuat dan tidak dapat dikawal, dia menekup mulutnya dengan belakang tangannya.

Bagaimana ini semua benar?

Air matanya mengalir apabila akhirnya kepalanya mendongak, bukan ke arah langit, namun pada wajah yang sedang memerhatikannya dengan sayu, seakan memahami perasaannya atau mungkin juga merasakan perasaan yang sama ketika itu. Hyeran tidak tahu bila ianya terjadi, mungkin saat mata mereka bertembung, esakannya sudah berhenti, air matanya sudah tidak mengalir lagi.

Mata Hyeran berkedip sambil dia memerhatikan semut yang sedang berjalan di atas jalan itu yang tidak jauh dari tempatnya terduduk. Ketika itu, otaknya sedang memproses apa yang sedang didengari olehnya sebentar tadi sebelum fikirannya jauh menerawang.

"Bagaimana kalau saya cari Chanyoung?"

Soalan itu diajukan oleh Hyeran dengan matanya membalas renungan lelaki di hadapannya itu. Matanya lantas beralih pada Chanyoung yang sedang berada dalam dukungan lelaki tersebut. Buat seketika dia lupa Chanyoung berada di situ. Anaknya sudah selamat kini. Dia menghela nafas leganya. Air matanya dikesat kemudian dia bangun dari duduknya itu.

"Em... Awak t-tak nak tengok mu-muka saya? Awak bencikan saya?"

Bahu Hyeran diangkat dengan selamba membalas kata-kata yang kedengaran terketar-ketar di telinganya itu. Dia lantas memberikan senyumannya kepada Chanyoung namun Chanyoung enggan untuk melepaskan kedua tangan kecil itu daripada leher lelaki itu, sesuatu yang mengejutkan Hyeran kerana Chanyoung tidak pernah menolak untuk didukungnya sebelum ini. Seketika kemudian, Hyeran pulih dari terkejutnya lalu memberikan Chanyoung renungan yang sama apabila Chanyoung menyepahkan mainan-mainannya. Mata Hyeran yang berkelip tanpa kawalan terus bertukar menjadi tajam dalam sekelip mata.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Место, где живут истории. Откройте их для себя