Bab 87 [Sebenarnya Saya Isteri Chanyeol]

1K 66 23
                                    

I am so sorry for everything... 😢😢😢 I hope I could continue writing this story until it finish.

Bab 87

Chukkahamnida chukkahamnida
Tahniah di atas perkahwinan awak berdua

Dua rangkap itu diulang-ulang sejurus sahaja Suho dan Kai masuk bersama kek yang baru sahaja dibeli oleh mereka tadi. Semasa Chanyeol pergi berjumpa dengan Kim Chiwon, Sehun dan Luhan juga pergi, keluar daripada smALL untuk ke kedai kek dan pastri berdekaran. Sebenarnya mereka memang sudah lama merancang sesuatu yang mana Chen dan Suho merupakan tok dalangnya. Tak salah lagi, inilah masa yang paling tepat untuk melaksanakan rancangan mereka itu, rancangan untuk mengenakan Chanyeol.

Suara mereka bergabung menjadi satu dan bergema di setiap sudut bilik tarian itu. Mereka semua bernyanyi dengan girang sambil melakukan gaya masing-masing. Sambil tertawa, Suho datang membawa kek bersama dengan Kai di sebelahnya yang sedang menjaga lilin yang sudah menyala agar apinya tidak padam. Sementara itu, suara Chen yang kedengaran lebih kuat berbanding yang lainnya kerana terlalu teruja. Betapa gembiranya apabila dia melihat Chanyeol telah terkena dengan lakonan mereka.

Chanyeol's Hidden Camera is a big success!

Chen gembira apabila keadaan baik-baik sahaja.

Semuanya bermula apabila Sehun memberitahu yang dia ternampak Chanyeol mempunyai seutas rantai yang berloketkan sebentuk cincin. Cincin yang diceritakan oleh Sehun itu nampaknya kedengarannya bukan cincin biasa. Chanyeol memang sudah biasa memakai cincin, tetapi cincin itu biasanya harus mempunyai corak yang menarik minatnya. Apa yang diceritakan Sehun ialah sebaliknya, Sebuah cincin platinum tanpa corak yang ringkas kedengaran sangat sesuai untuk dijadikan sebuah cincin perkahwinan. Tambahan pula, lelaki biasanya jarang memakai cincin kecuali mereka berkahwin, itulah yang Chen tahu selama ini tetapi bagi Chanyeol pula, dia tidak pasti. Dia tidak tahu sama ada Chanyeol benar-benar berkahwin seperti yang dia duga atau tidak. Tak mungkin bukan? Kalau betul, Chanyeol berkahwin sekalipun, mengapa dia tidak mengetahuinya?

*~*~*~*~*~*

"Jangan mengarutlah, Hoon-ah..." Chen menolak bahu Sehun dengan perlahan, tanpa berniat untuk menyakiti maknaenya itu.

Muka kecewa yang ditayangkan oleh Sehun membuatkan Chen berasa bersalah. Chen tahu, mesti Sehun berfikir yang dia sudah membuat Sehun kecewa kerana dialah orang pertama yang Sehun pilih untuk menceritakan apa yang dia baru nampak pagi tadi.

"Tapi saya tak tipu hyung pun..." Seperti biasa, Sehun memuncungkan bibirnya yang lagaknya bagaikan itik serati yang mana selalu berjaya membuat Chen tertawa melihatnya.

"Hyung tak cakap Sehun tipu pun." Pantas Chen membalas, sambil melambai-lambai tangannya di udara. Chen lalu meletakkan tangannya di bahu Sehun sambil mencuba untuk menjelaskan kepada Sehun. "Hyung cuma cakap yang Sehun mungkin salah nampak."

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now