Bab 16

2.1K 109 4
                                    

Satu keluhan panjang dilepaskan oleh Chanyeol. Jarum pendek jam Rilakkuma di dinding sudah bergerak ke angka ke tiga. Peliknya. Dia berasa sangat penat dan ngantuk pada malam itu tetapi kenapa dia masih tidak dapat melelapkan matanya. Dengan geram Chanyeol menghempaskan kepalanya ke bantal berulang kali. Sudah puas juga dia bertukar posisi tidur tetapi matanya tetap degil untuk tertutup. Jika tertutup pun, tidak sampai seminit akan terbuka kembali. Kenapa dan kenapa? Kenapa susah sangat untuk tertidur padahal tilam dan selimutnya terasa sangat selesa.

Sebenarnya Chanyeol tidak dapat tidur kerana dia masih teringat kata-kata ibunya. Mindanya tidak boleh berhenti berfikir sehingga tidak membolehkan dirinya tidur. Dia cuba melupakan perkara itu tetapi dia tetap tidak boleh. Dia berasa takut. Dia benar-benar tidak mahu berkahwin lagi apalagi dengan gadis pilihan ibunya. Gila! Mana boleh dia kahwin dengan gadis yang langsung tidak dicintainya? Mana boleh! Kalau boleh dia mahu menjadi seperti orang lain yang menemui soulmate mereka sendiri. Tetapi dia? Terjerumus pula di dalam takdir di mana ibunya yang memilih bakal isterinya. Perkahwinan yang dirancang oleh ibu bapa pula? Huh! Not my style!

Dia benar-benar tidak mahu berkahwin! Dia tak nak!!! Bukannya dia tidak mahu berkahwin seumur hidupnya, tetapi dia rasa masa sekarang sangat tidak sesuai untuk mengadakan perkahwinannya. Dia kan sudah bergelar artis. Macam mana nanti kehidupannya nanti selepas bergelar suami orang? Tak ke kacau bilau nanti? Nak jaga isteri. Nak jadi penyanyi lagi. Jadi penyanyi bukannya senang kot. Nak kena practice choreography sudah mengambil masa hampir sehari. Live show, Konsert, Fanmeeeting, Fansigning lagi dan bermacam-macam aktiviti lagi… Nak buat macam mana? Dia sibuk memanjang. Ummanya tak berfikir dulu ke sebelum merancang semua ini? Hampeh! Peminatnya pula? Macam mana penerimaan peminatnya atas perkahwinan mendadaknya nanti? Kalau mereka semua lari dan meminati kumpulan lain nanti mati dia! Bertambahlah haters dan berkuranglah orang yang akan menyokong EXO nanti.

Chanyeol tak boleh terima. Dia harus berfikir cara untuk tidak berkahwin! Dia harus! Tetapi… bagaimana? Chanyeol mengeluh lagi.

Apabila jam menunjukkan pukul empat pagi, Chanyeol tertidur juga. Akhirnya. Dan apabila dia membuka matanya pada keesekonnya dia terkejut saat mendapati hari sudah terlalu cerah. Rupa-rupanya dia baru bangun pada pukul dua belas jam tengah hari. Dia segera melompat turun dari katilnya dan pergi ke bilik mandi.

Setelah siap mandi dan berpakaian, Chanyeol tiba-tiba terfikir sesuatu. Dia akhirnya mendapat idea untuk tidak berkahwin dengan… err… Ah! Dengan siapa-siapa jelah orang tu! Siapa perempuan itupun dia pun tidak kenal! Apa yang ada di otaknya sekarang ialah dia harus cepat-cepat lari dari rumahnya sendiri. Dalam waktu sekarang ini, tiada sesiapa di rumahnya kerana ibu bapanya sudah berangkat ke tempat kerja mereka. Kalau dia tiba-tiba menghilangkan diri pasti perkahwinan itu pun tidak akan berlansung, bukan? Dia bertekad! Dia ingin pulang ke dormitorinya dan akan merancang perkara seterusnya yang dia akan lakukan. Sama ada ikut Tao balik ke kampungnya di Qingdao atau pergi bercuti bersama mana-mana membernya.

Chanyeol menuruni tangga ke tingkat bawah lalu menuju ke pintu utama. Apabila tangannya mencapai tombol pintu, dia terdengar satu suaran menyapanya.

“Hah bangun pun budak ni!” Tegur ummanya manakala Chanyeol hanya kaku di tempatnya menunggu ummanya mendekatinya.

“Kamu nak ke Vivapolo ke?” Soal Ummanya kepada Chanyeol yang hanya tersengih melihatnya.

“Err… Umma… bukan sepatutnya di sana ke sekarang?” Chanyeol membalas soalan ummanya dengan soalan. Erk.

Ummanya lantas menayangkan telefon bimbitnya di hadapan muka Chanyeol. “Umma tertinggal telefon bimbit sebab tu Umma balik lagi.”

“Oh…” Chanyeol mengangguk.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now