Bab 44

1.1K 86 3
                                    


"Ya, nak cari sia... pa?" Soal gadis itu yang matanya sedang merenung tajam wajah Hyeran.

"Minhee?" Panggil Hyeran dengan wajahnya yang hairan.

Sungguh, Hyeran tidak faham apa yang sedang berlaku pada pagi itu. Ada dua orang lelaki datang ke rumahnya dan mengatakan yang kontraknya sudah tamat dan lelaki itu akan menghantarnya. Lalu, dengan tidak dia duga, lelaki-lelaki tersebut menghantarnya ke sebuah apartment di mana Chanyeol muncul dengan misteri dan memukul mereka. Lalu, dia kembali dihantar ke sebuah rumah yang ternyata dihuni oleh Minhee.

"Nak apa kau datang ke rumah aku?" Sergah Minhee dengan kasar.

Kata-kata itu lantas menggores hati Hyeran. Sebenarnya apa salahnya terhadap Minhee sehingga dia diperlakukan seperti itu? Mengapakah takdir selalu tidak bersikap adil terhadapnya?

"Minhee, Unnie..." Hyeran ingin menjelaskan bahwa dia tidak tahu-menahu kenapa dia bawa ke rumah itu namun, apa yang Hyeran perolehi hanyalah herdikan dan herdikan.

"Sebelum aku termuntah di muka kau, baik kau berambus dari rumah aku! Sekarang!" Seperti singa lapar, Minhee menjerit tanpa mengira ada yang memerhatikannya.

*~*~*~*~*~*

Chanyeol menggigit pipinya dari dalam apabila telinganya disapa oleh suara herdikan Minhee. Dia juga tidak sangka bagaimana dua-dua orang lelaki tak guna itu boleh membawa Hyeran ke rumah Minhee yang dia tidak pernah tahu Minhee tinggal di situ. Mujurlah, dia cepat-cepat menyembunyikan dirinya di tangga apabila ternampak wajah Minhee di muka pintu. Dia cukup tahu yang Minhee amat meminatinya sebagai seorang idola.

Tetapi, apa yang tidak disangkanya bagaimana Minhee yang selalu berperangai kebudak-budakan datang menghampirinya lalu entah bagaimana boleh mengherdik seseorang dengan tiba-tiba seperti seekor singa yang kelaparan. Dia terkilan mengapa sanggup Minhee melayan Hyeran seperti itu.

Sambil memastikan yang tiada sesiapa perasan akan kelibatnya, Chanyeol mengintai dari jauh.

"Kau tahu tak kau tak boleh sesuka hati nak halau Hyeran macam kucing kurap macam ni." Kata salah seorang lelaki yang bertugas membawa Hyeran ke tempat itu.

"Kau ni pula siapa? Apa masalah kau sebenarnya?" Kali ini Minhee mengherdik lelaki itu pula.

"Minhee-yah, siapa yang datang tu?" Soal satu suara dari dalam apartment itu.

Kelihatan Minhee tersenyum sinis. "Unnie perlu datang sini untuk tahu." Katanya.

Tidak sampai seminit, seseorang terus menerpa ke arah pintu utama apartment itu yang Chanyeol kenali sebagai Dahyun, ahli kumpulan LUV yang paling tua.

"Ah, Hyeran-ssi. Apa tujuan awak datang ke sini?" Soal Dahyun dengan suara yang lembut dan perlahan berbeza dengan sapaan dari Minhee tadi.

Minhee mengerutkan dahinya melihat Dahyun Unnienya yang berbudi bahasa terhadap Hyeran sebelum tertawa sinis. "Unnie tak usahlah bersopan santun dengan betina ni." Ujar Minhee yang tidak berpuas hati.

"Minhee!"

*~*~*~*~*~*

"Minhee!" Laung Dahyun yang tidak percaya Minhee sanggup melabelkan seseorang perempuan sebagai 'betina'. "Kenapa Minhee biadap sangat ni? Minhee tak sepatutnya bersikap kurang ajar dengan Hyeran." Dahyun mula memberi nasihat kepada Minhee namun, ia hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan bagi Minhee.

"Tak apalah, Dahyun-ssi. Saya akan pergi kalau Minhee benar-benar tidak mahu melihat muka saya." Ujae Hyeran seraya melemparkan senyuman tawarnya.

Apabila Hyeran ingin beredar dari tempat itu, lelaki tadi terus menghalangnya. Dengan menggeleng, lelaki itu berkata, "Tetapi, Hyeran. Tuan Kim Chiwon kata awak kena tinggal di rumah ni. Inilah tugas saya. Saya nak kena hantar awak ke sini dan beritahu mereka yang awak akan..."

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now