Bab 36

1.1K 78 0
                                    

Waktu makan tengah hari telah pun tiba namun, Hyeran langsung tidak berganjak dari tempatnya. Dia sedang duduk di atas lantai sambil memeluk lututnya. Perut yang sedang berkeroncong tidak dihiraukannya. Dia tahu yang waktu makan tengah hari ialah waktu di mana semua trainee, junior dan mahupun senior smALL berkumpul di kafe untuk mengisi perut yang kosong. Dia tidak mahu untuk berjumpa dengan sesiapapun pada waktu itu, jadi disebabkan tiada orang di bilik muzik, dia menyembunyikan diri di dalamnya.

Namun, Hyeran terpaksa mengalah jua kerana perutnya asyik minta diisi tidak berhenti dari tadi. Mujurlah dia membawa sedikit biskut oat dari rumah untuk persediaan kalau-kalau dia sangat lapar. Dia terus mengambil beg galas MCM miliknya dan mencari sebungkus biskut oat di dalamnya. Tanpa menunggu lebih lama lagi, dia terus menjamah biskut. Kalau dah lapar tu makan apa-apa pun jadilah.

Selepas menjamah sedikit biskut dan meminum sebotol air mineral, Hyeran terus menyumbat earphone ke telinganya dan memasangkan lagu sekuat yang mungkin. Dia ingin menenangkan hatinya. Entah mengapa tiba-tiba dia rasa lain macam. Dia cuba menutup matanya dan menumpukan tumpuannya kepada bait-bait lirik lagu yang didengarinya itu tetapi fikirannya tetap lari. Dia berasa gementar akan sesuatu tetapi dia tidak tahu apakah sesuatu itu.

Akalnya tiba-tiba mendapat satu idea. Dia terus bangun sambil menggalas begnya. Dia bertekad untuk mencari sebuah pondok telefon yang berdekatan bangunan smALL. Dia tetap mahu menelefon ayahnya untuk bertanyakan khabar. Dia tidak akan tenang selagi tidak mendengar suara ayahnya itu.

Sejurus sahaja daun pintu dibuka, Hyeran terus keluar namun, sesuatu telah menghalangnya. Tanpa dia sedari, ada seseorang telah memeluk tubuhnya. Dia terus mendongakkan kepalanya dan melihat wajah orang yang telah dilanggarnya itu. Kerana orang itu sangat tinggi, dia terpaksa mendongakkan lagi kepalanya untuk melihat wajahnya.

Dan siapakah orang itu?

"Yah, Kwaenchanayo?" Soal satu suara garau membuatkan Hyeran terus mengambil satu langkah ke belakang kerana dia tahu dia tak sepatutnya membiarkan dirinya dipeluk oleh orang itu walaupun pelukan itu tidaklah begitu rapat. Dia mendongakkan lagi kepalanya melihat lelaki itu dengan terkejut manakala lelaki itu juga sangat terkejut melihatnya.

Kening Kris terangkat sedikit sambil riak mukanya melihat Hyeran dengan pandangan risau dan hairan.

"Kwaenchanayo?" Ulang Kris lagi.

Hanya anggukan yang dibalas oleh Hyeran. Namun, dengan tiba-tiba dia terpandang sesusuk tubuh yang menarik perhatian matanya.

Chanyeol...

Dan reaksi muka Chanyeol tidak begitu menyenangkan. Hyeran sudah mula mengagak yang Chanyeol tidak suka melihat dia dipeluk oleh lelaki lain. Hyeran terus melemparkan senyuman yang manis kepada Kris yang lantas membuatkan lelaki itu berasa agak lega.

"Saya tak apa-apa, Kris-nim." Jawab Hyeran sambil senyumannya masih lagi terukir di wajahnya.

Lay terus melangkah ke hadapan dan menyapa Hyeran dengan lesung pipit yang dalam di pipinya itu. "Inilah trainee baru yang Hyung cakap dulu tu, Chanyeol. Kamu pun kenal dia kan, Chanyeol? Mustahillah yang kamu dah lupa tentang Hyeran." Kata Lay kepada Chanyeol yang riak wajahnya sangat sukar untuk diteka.

Chanyeol mengukir senyuman sinis. 'Seperti apa yang aku agak.' Dia bermonolog sendiri sambil matanya masih tidak lekang memandang Hyeran membuatkan Hyeran berasa tidak selesa dengan pandangan itu.

"Oh patutlah saya macam pernah nampak awak sebelum ni! Awak... awak..." Kris mendengus apabila otaknya tidak boleh mengingati nama Hyeran. Hyeran hanya memaksa dirinya untuk tertawa kecil melihat gelagat Kris.

"Saya tak sangka yang saya akan jumpa awak lagi, Cik Hyeran." Kata Chen dengan senyumannya yang menaikkan kedua pipinya itu.

Satu anggukan dari Chanyeol menandakan yang dia memang tidak lupa dengan perempuan itu. Mana mungkin... Sangat mustahil untuk dia melupakan perempuan yang sangat dicintainya itu. "Ya. Chanyeol tak lupa. Hyeran. Puan Yoon Hyeran." Chanyeol sengaja menekankan perkataan 'Puan' itu yang lantas membuatkan semua orang memandangnya dengan pandangan yang pelik. Hyeran pula merenung Chanyeol dengan perasaan yang tidak puas hati.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now