Bab 26

1.8K 112 5
                                    

Tangan Chanyeol yang melingkari pinggangnya diangkat perlahan-lahan dan diletakkan jauh-jauh dari badannya namun, Chanyeol terus menggenggam erat tangannya. Hyeran menggigit bibir bawahnya akan kelakuan Chanyeol itu. Dia ingin turun dari katil tetapi Chanyeol yang masih tidur nyenyak sedang memegang erat tangannya dan tidak ingin melepaskannya. Dengan perlahan-lahan juga Hyeran menarik tangannya agar Chanyeol tidak bangun dari tidurnya. Chanyeol kelihatan sangat penat mungkin kerana sibuk dengan pelbagai perkara yang dilakukannya semalam jadi, Hyeran tidak ingin membangunkannya. Tangan Chanyeol diletaknya di atas bantal peluk.

Telefon bimbitnya yang terletak di atas meja tepi diambilnya. Peliknya. Macam mana telefon bimbitnya boleh ada di sini pula kerana seingatnya telefonnya ada di biliknya. Tak Kisahlah. Asalkan telefon kesayangannya itu tidak hilang. Dia menekan butang 'lock' pada telefon bimbitnya dan matanya tertancap pada digit jam yang tertera. Lagi lapan minit ke pukul tujuh pagi. Dia turun dari katil dan menuju ke bilik air yang terletak di dalam bilik Chanyeol.

Tombol pintu dicapainya dan Chanyeol yang sedang tidur di atas katil dipandangnya di celah pintu sebelum ditutup. Dia mencari nama 'Hyunae' di contacts telefon bimbitnya dan mendailnya. Dia tahu yang hari masih pagi tetapi dia harap yang Hyunae bangun dari tidurnya dan mengangkat panggilannya. Panggilan pertamanya tidak diangkat namun, panggilan keduanya. Suara Hyunae yang masih mamai menyapanya. Hyeran tersenyum. Hyunae tidak akan menghampakannya. Dia tahu yang Hyunae akan mengangkat panggilannya walau gempa sekalipun sedang berlaku.

"Yeoboseyo?" Ucap Hyunae di hujung talian.

"Hyunae, aku tak tahu nak bagitahu sesiapa tentang benda ni sebab benda ni sepatutnya rahsia tetapi aku rasa aku akan jadi gila kalau aku tak luahkannya dan aku harap kau boleh buka telinga kau ni sebab aku tak akan ulang lagi. Ia tiba-tiba terjadi kat dalam hidup aku dengan pantas sehinggakan aku tak tahu macam mana nak beri reaksi apa. Dan aku kena juga beritahu sebab kau ni kawan baik aku tapi aku pun sebenarnya tak tahu macam mana nak beritahu dan macam mana nak mulakan." Laju sahaja Hyeran menuturkan kata-katanya. Dengar macam rap pun ada.

"Hyeran-ah, Kau ni memang sengaja ke rap kat telinga aku pagi-pagi buta ni?" Soal Hyunae sambil menguap.

Hyeran menampar dahinya apabila mendengar balasan Hyunae. "Hyunae-yah, kau faham tak apa yang aku cakap ni?""Faham." Jawab Hyunae membuatkan Hyeran berasa lagi kerana tak perlulah dia mengulang rapnya lagi. "Okey. Cepatlah cakap apa yang kau tak sepatutnya cakap tapi kau kena cakap juga tu."

"Sebenarnya aku ni isteri Chanyeol." Ucap Hyeran dan melepaskan bebanan di hatinya.

"APA?!" Jerit Hyunae di corong telefon dengan sangat nyaring sehinggakan Hyeran fikir yang gegendang telinganya akan pecah.

Namun, tidak sampai seminit kemudian, Hyunae ketawa terbahak-bahak pula di corong telefon membuatkan Hyeran menyampah. Hyunae fikir Hyeran main-main dan mahu mengenakannya. Tak mungkinlah Hyeran isteri Chanyeol, kan? Kalau beritahu semua orang pun orang tak akan percayalah. Sejak bila pula mereka berkahwin dan kalau betul-betul Hyeran sudah berkahwin dengan Chanyeol, kenapa dia tidak dijemput? Dan kenapa perkara ini tidak bocor kepada pihak media?

"Kau buat lawak apa ni, Hyeran? Kau ingat aku nak percaya? Aku tak percaya punya. Kalau kau isteri Chanyeol, aku isteri Luhanlah. Hahaha." Kata Hyunae dengan ketawanya yang masih bersisa.

"Aku tak buat lawaklah, Hyunae. Aku serius ni. Percayalah." Balas Hyeran dengan bersungguh-sungguh.

"Okey. Kalau macam tu, mana buktinya? Beri aku bukti dan aku akan percaya." Pinta Hyunae dengan serius tanpa ketawa lagi.

Hyeran menarik rambutnya yang berjuntai di dahinya ke belakang. Bukti? Bukti apa yang boleh dia beri? Sekejap, mungkin dia boleh ambil gambar Chanyeol yang sedang tidur kini. Tombol pintu dipulasnya dan melihat Chanyeol yang masih lagi tidur nyenyak di katil.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now