Bab 28

1.4K 90 9
                                    

Sedari tadi telefon bimbit milik Chanyeol berbunyi bagai tiada penghujungnya. Chanyeol yang sedang lena di katilnya kelihatannya langsung tidak terganggu dengan nada dering telefonnya yang sudah berjuta-juta kali berbunyi itu. Sekali dering, Chanyeol masih tenang dibuai mimpi. Dua kali, Chanyeol mula terdengar deringan telefon bimbitnya itu. Tiga kali, Chanyeol cuba mencelikkan matanya. Empat kali, Chanyeol menggapai-gapai tangannya mencuba untuk mengambil telefon bimbitnya yang terletak di atas meja tepi namun gagal. Kali kelima berdering pula, Chanyeol dengan malasnya bangun dari katilnya dan mengambil telefonnya lagi tetapi panggilan itu mati sebelum dia sempat mengangkatnya.

Kerana masih lagi ngantuk, Chanyeol menguap panjang. Dalam keadaan yang separuh sedar separuh jaga, Chanyeol memandang tempat Hyeran tidur di sebelahnya namun kosong. Keningnya terangkat. Dia memandang sekeliling bilik itu.Hyeran tiada. Di mana isterinya itu? Di bilik air? Tapi tiada dengar bunyi air yang mencurah pun.

"Hyeran!" Chanyeol memanggil nama isterinya itu namun,tiada sahutan bersambut untuknya. "Hyeran-ah!" Masih lagi sunyi tiadajawapan.

Hatinya melonjak-lonjak ingin mencari isterinya. Dia bangun dari birai katil dan menuju ke muka pintu. Rumah itu kedengaran sangat sunyi kerana Umma dan Appanya, Noona Yoora serta Appa Hyeran sudah berpindah ke rumah lain demi memberi privasi kepada pengantin baru itu. Tetapi, niatnya yang ingin mencari isterinya tertunda apabila terdengar telefonnya berdering ketika di tangga. Chanyeol mendengus. Kacau betul! Dia melihat skrin telefon bimbitnya. Nama 'Suho Hyung' serta gambar leadernya itu terpampang di skrin telefon. Mahu tak mahu, dia harus juga mengangkat panggilan itu.

"Yeoboseyo, Hyung." Ucapnya disusuli dengan menguap.

"Chanyeol-ah." Panggil Suho sepatah.

"Em," Jawab Chanyeol, juga sepatah dengan malas.

"Mianhae." Ucap Suho lagi. Seakan takut untuk memberitahu hal sebenar kepada Chanyeol.

Maaf? Maaf untuk apa? Apa yang terjadi? Apa sebenarnya tujuan maaf itu?

"W-Waeyo, Hyung?" Suara Chanyeol bergetar seakan tahu akan ada sesuatu buruk yang datang.

Kenapa Suho Hyung macam ni? Suho Hyung kedengarannya serius tetapi ragu-ragu untuk berkata. Tak mungkin Chanyeol akan mendengar berita baik daripada Suho.

"Mianhae, Chanyeol-ah. Kau ada buka internet tak semalam? Ada berita gempar di internet semalam."

Chanyeol rasakan yang jantungnya mula berhenti untuk berdetak. Be-berita apa?

"Berita tentang... tentang ada peminat Nampak kau di Pulau Jeju." Jelas Suho.

"Apa?" Chanyeol terjerit kecil. "Ke-kenapa? Macam mana? Macam mana benda ni boleh berlaku. Apa lagi yang peminat tu beritahu? Dia Nampak saya kat mana? Dengan siapa? Macam mana ni?" Chanyeol panik. Satu-persatu  kerisauannya menerjah minda. Dia takut. Dia risau. Dia buntu.

"Tenang, Chanyeol." Lembut suara Suho memujuk.

"Hyung, macam mana saya nak tenang? Hyung cuba beritahu saya. Dia Nampak saya dengan siapa, Hyung?" Soal Chanyeol lagi.

Suho Hyung mengeluh. "Macam ni lah, Chanyeol. Chanyeol ada pergi ke Pulau Jeju dengan siapa-siapa ke?"

Chanyeol terkedu akan soalan Suho. Lidahnya kelu. Otaknya ligat berfikir untuk berkata jujur atau tidak dengan Hyungnya. Tapi, otaknya menjadi berserabut kini.

"Chanyeol pergi dengan Umma dan Appa Chanyeol je, kan? Tak payahlah nak risau sangat sampai macam ni sekali." Balas Suho apabila Chanyeol tidak menjawab.

Telefon bimbitnya dijauhkan dari bibirnya sementara Chanyeol menghembus nafasnya dengan lega. Tangannya pula mengurut dadanya yang kini sudah berdetak dengan kadar stabil.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now