Bab 35

1.1K 75 0
                                    

Hyeran-ah, maaflah sebab kereta sedang terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Unnie tak tahu bila Unnie boleh sampai di smALL.

Hyeran membaca semula mesej yang sudah lama dihantarkan ke telefon bimbitnya oleh Jiyoon Unnie. Kira-kira mesej itu sampai 10 minit lepas, tak mungkin sampai sekarang mereka tak sampai juga? Hyeran mengeluh setelah lama merenung mesej itu. Sebenarnya, dia mengharap agar ada mesej baru yang masuk tetapi tidak. Nampaknya, terpaksalah dia berjanggut di sini menunggu ketibaan keretanya.

Namun, Hyeran yang sedang dalam perjalanan keluar dari bangunan smALL terhenti apabila dia tiba di hadapan bilik muzik. Tiada kedengaran piano dimainkan pun. Mungkin semua orang telah pulang ke rumah memandangkan jam sudah menunjukkan pukul enam petang. Hyeran terus sahaja masuk ke dalam bilik muzik itu tanpa berfikir panjang. Tiada orang pun. Hyeran tersenyum lega.

Dia sangat sukakan piano. Jika dia sedih, dia mahu bermain piano tetapi, ayahnya tidak pernah mampu membelikannya sebuah piano walaupun ayahnya menghantarkannya ke kelas piano. Baginya, piano sangat istimewa tidak seperti alat muzik yang lain. Apabila piano dimainkan, entah mengapa segala kegusaran dan kerisauannya akan hilang.

Punggungnya terus dilabuhkan di atas kerusi namun, apabila tangannya ingin menekan kunci piano, ia tiba-tiba terhenti di udara. Hyeran sebenarnya tidak tahu sama ada dia boleh memainkan piano lagi atau tidak kerana sudah bertahun-tahun dia tidak memainkannya. Tetapi, dia amat berharap yang ilmunya itu tidak berhabuk dan masih lagi boleh diasah.

Dan lagi satu... Hyeran tidak tahu hendak memainkan lagu apa.

'Lagu apa? Lagu apa?'

"Lagu apa yang patut saya mainkan?" Soal Chanyeol kepada jurukamera yang sedang bersiap sedia dengan kameranya itu. Dia hanya memetik dengan rawak gitar yang telah diberikan kepadanya itu.

"Lagu apa-apa je yang kamu suka. Walaupun lagu tu tak boleh didengari dalam gambar, tetapi saya nak nampak realistik jadi, kamu mestilah memetik gitar sambil menyanyi." Jawab jurugambar itu, bersikap perfectionist.

"Tapi, Chanyeol seorang rapper." Beritahu Hyeran kepada jurukamera itu saat melabuhkan punggungnya di atas bangku.

"Tak apa. Saya boleh lakukan ni cuma jangan beritahu member EXO yang lain sebab saya akan nyanyi live dulu lagu ni sebelum mereka." Ucap Chanyeol sambil duduk rapat di sebelah Hyeran. Tangannya pula sibuk membetulkan tune gitar berwarna merah yang telah diberikan oleh salah seorang krew kepadanya. "Siap! Tapi, saya takut saya tersalah lirik sebab saya tak pernah nyanyikan bahagian member lain." Chanyeol tertawa sendiri kerana berasa agak 'pabo'.

"Awak boleh buat?" Bisik Hyeran mendekatkan wajahnya dengan wajah Chanyeol di sebelahnya. Dia tidak pernah mendengar Chanyeol sebelum ini jadi, baginya sangat mustahil untuk seorang rapper menyanyi. Chanyeol hanya tersenyum seperti kerja itu amat senang buatnya. Dia rapper bukan sebarang rapper, dia Park Chanyeol. Park Chanyeol boleh lakukan apa sahaja lagipun, siapa cakap yang rapper tak boleh nyanyi.

Tekaknya dibersihkan sambil jari jemarinya sedia di untuk memetik tali gitar. "Baiklah... Beautiful versi akustik." Ucap Chanyeol sebelum mendekatkan mulutnya ke telinga Hyeran.

"Bersiap sedialah tapi, jangan jatuh cinta dekat saya pulak." Bisik Chanyeol dengan nakal sebelum jarinya memetik gitar itu.

Hyeran berasa bodoh apabila memikirkan peristiwa itu semula. Dia tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta dengan Chanyeol pada mulanya dan baginya, apa yang Chanyeol cakapkan pada hari itu hanyalah kata-kata yang tidak masuk akal langsung! Tetapi, kini... situasinya berubah.

Hatinya mengatakan yang dia sudah jatuh cinta dengan insan yang bernama Park Chanyeol.

Tapi adakah betul dia sudah jatuh cinta?

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now