Bab 78

834 59 1
                                    

Hyeran dapat mendengar bunyi tapak kaki yang sedang mengejarnya dari belakang dan ia tidak lain tidak bukan ialah Baekhyun. Dia dapat mengagak siapa orangnya walaupun tidak menoleh sekalipun kerana Baekhyun ialah orang yang sangat mengambil berat dengannya sekarang. Tak mungkin Orang itu masih lagi mengambil berat tentangnya setelah apa yang dia lakukan kepadanya. Malah, Hyeran juga tidak tahu mengapa dia harus lari, mungkin dia berasa sedikit hampa kerana si dia..

'Hentikan, Hyeran. Kenapa kau mesti berasa hampa disebabkan dia?' Hyeran bermonolog sendiri sebelum langkahnya terhenti kerana lengannya ditarik.

"Lajunya awak jalan. Saya kena lari untuk kejar awak." Baekhyun yang sedang tercungap-cungap berkata.

Walaupun Baekhyun sedang menarik tangannya memberi erti yang dia harus berhenti, Hyeran tetap meneruskan perjalanannya. Sementara itu, Baekhyun yang tiada pilihan lain hanya berjalan beriringan dengan Hyeran sambil masih lagi menuntun tangan Hyeran di sepanjang koridor itu sehinggakan Hyeran tidak tahu sampai bila Baekhyun mahu memegang tangannya. Dia tidak mahu mengguris hati Baekhyun dengan menarik tangannya kembali.

"Ada apa-apa sebab kenapa awak pergi dengan tiba-tiba tadi?" Baekhyun menyoal kepada Hyeran yang masih lagi mendiamkan diri.

Sebenarnya Hyeran cuma tiada mood untuk berbual dengan Baekhyun. "Saya bukannya pergi dengan tiba-tiba, Baekhyun. Saya pergi sebab saya dah kenyang." Jawab Hyeran dengan nada yang perlahan hampir kedengaran seperti Hyeran malas untuk berkata apa-apa.

"Ada sesuatu, kan? Ada seseorang yang buat awak berasa tak selesa?" Teka Baekhyun walaupun hakikatnya Hyeran berkata tidak. Baekhyun masih tidak percaya dengan kata-kata yang baru sahaja keluar dari bibir Hyeran itu.

"Saya rasa awak terlalu berfikir, Baekhyun. Saya dah beritahu awak yang-"

"Yoon Hyeran."

Hyeran dapat mendengar bunyi degupan jantungnya sendiri yang tiba-tiba laju apabila namanya dipanggil dengan suara itu. Langkahnya yang terhenti membuatkan dia hampir-hampir sahaja menoleh kepalanya. Namun dia cepat-cepat meneruskan langkah kakinya dan menahan dirinya dari memusingkan kepalanya memandang ke arah pemilik suara itu.

Peluh dinginnya menitik ke dahi apabila dia mendengar bunyi tapak kaki itu semakin menuju ke arahnya. Otak Hyeran menjerit mengatakan yang dia perlu lari namun entah mengapa langkah kakinya semakin lama semakin berat sehinggakan Hyeran tidak sedar lengannya sudah ditarik. Dia menarik nafas terkejut apabila dia kini sudah berhadapan dengan Chanyeol dan jarak mereka sangat rapat sehinggakan orang boleh salah faham dengan mengatakan mereka sedang berpelukan.

"Yah!" Hyeran meronta-ronta agar tangannya dilepaskan tapi Chanyeol mengeratkan lagi genggamannya. Hyeran menangkap tangan Chanyeol yang masih lagi berbalut membuatkan dia terdiam sejenak. Pada mulanya dia berasa risau kerana tangan Chanyeol yang tercedera itu ialah disebabkan dirinya sendiri namun Hyeran terus mengusir fikirannya itu. Bukannya baru semalam tangan Chanyeol tercedera, sudah lama ia terjadi. Takkanlah Chanyeol masih perlu membalut tangannya. Mungkin sahaja Chanyeol mahu menagih simpati daripadanya.

Mata Chanyeol tidak lekang dari memandang Hyeran namun Hyeran sengaja menundukkan wajahnya untuk mengelak dari bertentangan mata. Baekhyun yang masih tercengang disebelah Hyeran itu dipandangnya sekilas sebelum berkata, "Baekhyun, aku nak cakap dengan Hyeran sekejap. Boleh tak kau pergi dari sini sebentar?"

Sebenarnya kata-katanya itu ialah satu amaran kepada Baekhyun agar terus pergi dari tempat itu tetapi Baekhyun kelihatan ragu-ragu akannya. Mungkin setelah berfikir dengan panjang, Baekhyun memutuskan yang dia tidak diperlukan di tempat itu. Namun, Hyeran yang terus memegang kemas pada lengannya membuatkan Baekhyun tidak boleh pergi ke mana-mana lagi.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now