Bab 1

4.3K 171 7
                                    

Spring 2015

“Yoon Hyeran!”

Hyeran tersentak apabila namanya dipanggil. Dia mengangkat mukanya seraya melihat seorang perempuan lingkungan 20-an di hadapannya. Perempuan itu mengangkat keningnya kemudian menunjukkan sebuah bilik.

Sebuah anggukan dibalas Hyeran. Dia mengerti apa yang perlu dia lakukan. Dia bingkas bangun lalu pergi ke bilik yang telah ditunjukkan. Dia tenang. Dia tidak berasa gementar walau sedikit pun. Kalau orang lain pasti orang lain sudah berasa gementar yang teramat sangat.

Namun, sayangnya dia bukan orang lain itu. Bukan ini yang dia mahu. Bukan ini yang pernah diimpikannya. Bukan ini yang dicitanya selama ini. Dia tidak mahu menjadi terkenal. Dia tidak ingin dipuja ramai. Dia tidak ingin tampil di skrin televisyen. Dia tidak mahu berada di atas pentas. Dia tidak mahu semua ini. Tetapi dia harus lakukan juga demi appanya yang tercinta.

Duh! Fikirannya melayang lagi. Siapa yang mahu menerimanya kalau dia asyik termenung sahaja. Huh, tapi dia tidak kisah semua itu. Memang dia tidak mahu diterima pun tapi… dia harus diterima juga! Argh, sukarnya hidupnya! Kini dia membuka luas matanya. Ada tiga orang yang sedang memerhati langkah kakinya. Mereka adalah para singa oopss para juri yang bakal menilainya.

Dia kini sudah berdiri betul-betul di hadapan ketua juri. Sambil menarik nafas, satu-persatu wajah juri yang sedang duduk di meja panjang dihadapannya dilihat. Seorang juri yang duduk di tengah-tengah ialah Kim Chiwon. Beliau merupakan ketua juri dan CEO smALL Entertainment. Di sebelah kiri Kim Chiwon, duduk seorang juri wanita yang bernama Seo Haewon manakala di sebelah kanan beliau ialah Lim Kyunggu

“Tahniah awak adalah Top 10 dari peserta yang menyertai audition ini.” Ujar Seo Haewon. Dia ialah seorang perempuan lingkungan 30-an tetapi masih kelihatan muda. Botoks, mungkin? Ooops.

Hyeran menunduk hormat lalu mengukirkan senyuman palsu. “Ne. Kamsahamnida.” Ucap Hyeran pula. Huh, padahal dalam hatinya menyumpah seranah dirinya kerana berjaya menjadi peserta Top 10. Sebaliknya, appanya memuji-memujinya di telefon setelah mendengar khabar itu.

“Jadi, apa perasaan awak apabila dapat menjadi peserta Top 10?” Soal Lim Kyunggu.

Seperti apa yang disuruh oleh appa, dia mengukirkan senyuman palsu yang paling manis. Huh, palsu sepalsu-palsunya! Inilah modalnya. Kata appa dia harus sentiasa senyum dan bercakap dengan sopan agar dapat mengambil hati juri supaya memilihnya.

“Saya berasa sangat gembira.” Jawab Hyeran. Nada suaranya agak lari sedikit. Alamak. Takut orang perasan pula yang dia sedang menipu. Semua ini fake belaka. “Malah, saya sangat berharap agar dapat menjadi peserta Top 5.” Tambahnya.

“Adakah awak yakin awak dapat menjadi peserta Top 5?” Tanya Kim Chiwon.

Gulp. Hyeran menangis dalam hatinya. Dia benci betul orang yang banyak menyoalnya. Kenapalah dia setuju buat semua ni? Semua salah appa! Dia ingin keluar dari neraka ini sekarang juga! Lepas dia keluar nanti, tunggulah appa! Dia ingin menikam-nikam appanya. Dia tak kira.

“Saya sangat yakin saya dapat menjadi peserta Top 5.” Balas Hyeran dengan penuh yakin. Sebenarnya dia tidak tahu apa yang telah diucapkannya. Rasa macam nak tarik balik je kata-kata tu.

“Kenapa awak berfikir begitu?” Kening juri itu terangkat.

Senyum. Sekali lagi Hyeran menggunakan modalnya iaitu senyum.

‘Eh kau ni kan aku siap dance dan menyanyi dengan merdunya masa ujibakat mula-mula tadi. Aku ni talented bagai. Kau dah kenapa?’ Desis hati Hyeran sambil matanya merenung Kim Chiwon.

“Dengan bakat yang saya ada, saya rasa tak mustahil yang saya boleh pergi ke peringkat yang seterusnya dan menjadi trainee di syarikat ini.” Jika dia benar-benar menjadi peserta Top 5, maka secara rasminya dia akan menjadi trainee smALL. Dia tidak mahu menjadi Top 5 tetapi appa…

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now