Bab 25

2K 106 0
                                    

Sebenarnya saya tak tahu macam mana nak buat ni TT.TT Maaf ^^; Ini baru permulaannya :) Ijen shijakiya ^^v

Selamat membaca...

Bunyi ombak yang menghempas pantai boleh kedengaran sayup-sayup dari situ. Sangat menenangkan. Sesiapa yang melihat majlis itu, pasti akan menyukainya. Kaum kerabat Chanyeol yang sedikit demi sedikit datang terpegun akan keindahan majlis pernikahan Chanyeol dan Hyeran. Walaupun warna kegemaran Chanyeol adalah hitam. Tetapi, bagi Chanyeol, majlis pernikahannya kelihatan sebuah syurga kecil yang indah dan dia sangat berpuas hati. Semuanya seperti apa yang dia impikan. Sempurna. Meja, kerusi, bangku, pentas, semuanya berwarna putih belaka dan dihiasi dengan bunga-bunga mawar putih.

Dibawah langit biru, berbumbungkan rangka besi yang melengkung dan disaluti dengan dahan dan bunga mawar putih palsu, berdirinya Chanyeol yang dengan sabarnya menunggu majlis untuk dimulakan. Tak. Sebenarnya menunggu bakal isterinya.

Majlis pun dimulakan setelah kaum kerabat terdekat Chanyeol yang jumlahnya lebih kurang 20 orang sudah hadir. Chanyeol lantas berdiri diatas karpet panjang berwarna merah yang ditaburi dengan bunga mawar putih dan dihujungnya, berdiri Yoon Hyeran bersama appanya. Chanyeol yang terpandang Hyeran sekilas, terus memandangnya lagi. Dia tidak dapat menyembunyikan senyumannya saat mata mereka bertembung. Dari atas hingga bawah, Chanyeol meneliti bakal isterinya itu. Hyeran memakai gaun pengantin yang telah dicubanya buat pertama kali. Gaun labuh mencecah lantai itu telah menawan hati Hyeran sejak pertama kali Hyeran melihatnya. Chanyeol pula, hatinya telah ditawan oleh si pemakai gaun itu pula, Bidadarinya.

Orang ramai mula melihat ke arah Hyeran apabila melihatkan Chanyeol yang tidak lekang memandangnya. Ada yang hanya tersenyum dan ada juga yang berbisikkan pujian kepada Hyeran. Dari kejauhan, Chanyeol hanya memandang Hyeran memegang lengan ayahnya dengan erat. Hyeran kelihatan agak tinggi dari biasa ketika itu. Chanyeol tertawa kecil. Kasihan pula Hyeran. Disebabkan dirinya yang macam tiang elektrik, Hyeran dipaksa memakai kasut wedges 3 inci.

'Awak boleh buat Hyeran! Fighting!" Chanyeol berbisik sambil tersenyum.

Perlahan-lahan, Hyeran melangkahkan kakinya di atas laluan berbunga itu ditemani ayahnya disisi. Hanya satu destinasinya iaitu, Chanyeol. Menuju Chanyeol yang tidak lekang tersenyum kepadanya sehinggakan membuat dia membalas senyuman itu tanpa sedar.

Chanyeol menghulurkan tangannya apabila Hyeran tiba di hadapannya dan tanpa ragu-ragu lagi, Hyeran bertukar posisi tangannya dari lengan ayahnya ke dalam genggaman Chanyeol. Chanyeol menolong Hyeran naik ke atas pentas dengan menggenggam erat tangan Hyeran dengan erat. Terlalu erat sehinggakan Hyeran berfikir yang Chanyeol tidak akan sesekali melepaskannya.

Mereka membaca ikrar perkahwinan dan berjanji kepada sesama mereka yang mereka akan menjaga perkahwinan itu dan sebagainya. Mereka diisytiharkan telah berkahwin dan setelah itu...

"Pengantin lelaki silakan cium pengantin perempuan."

Hyeran berasa yang jantungnya berhenti berdetak apabila mendengar kata-kata itu. Dia tahu yang waktu itu akan tiba juga kerana perkara itu memang biasanya dilakukan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuannya jadi, Hyeran tidak fikir yang dia boleh lari dari situasi ini. Kalau dia lari nanti apa pula kata keluarga Chanyeol nanti? Dia juga yang mendapat malu. Namun, apabila Chanyeol mendekatkan wajahnya kepadanya, kaki kirinya berundur setapak. Dia tidak tahu bagaimana mahu mengungkapkan perasaannya ketika itu. Takut? Gementar?

"Jangan risau, Hyeran-ah." Ucap Chanyeol sambil melihat ke dalam anak matanya. Genggaman tangan Hyeran dieratkannya lagi. "Tutup mata awak." Arahnya.

Hyeran hanya menurut kata-kata Chanyeol dan menutup matanya. Dia dapat merasakan wajah Chanyeol yang semakin dekat dengannya kerana nafas Chanyeol yang hangat semakin terasa dipipinya. Wajah mereka hanya berjauhan seinci sahaja kini. Orang ramai mula bertepuk tangan apabila melihat ciuman pertama Hyeran oleh Chanyeol. Tangan Chanyeol menyeka rambut Hyeran yang berjatuhan di dahinya ke belakang telinga sementara Hyeran masih kaku di tempatnya. Satu kucupan di dahi Hyeran dihadiahkan oleh Chanyeol sebelum menarik Hyeran ke dalam pelukannya. Kini Hyeran sudah sah menjadi miliknya. Dia tidak boleh berbuat apa-apa kecuali tersenyum lebar.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now