Bab 77

1K 68 25
                                    

Korang mesti dah boring dengan cerita ni, kan?

"Saya bencikan awak, Park Chanyeol."

Jantung Chanyeol bagaikan gugur dan jatuh berkecai. Dia pernah mendengar perkataan itu diucapkan oleh bibir yang sama tapi apa yang berbezanya, kali ini lebih menyakitkan. Saat dia mendengar perkataan itu buat pertama kali, dunia bagaikan bergegar lalu dia berazam untuk membahagiakan Hyeran buat selamanya asalkan dia tidak akan mendengarnya lagi. Namun, siapa sangka yang dia akan mendengarnya sekali lagi? Dia tidak pernah mahu membuat sesiapa membencikannya, terutama isterinya sendiri.

Dia yang sedang menangis di atas lantai tidak dipedulikan langsung oleh Hyeran yang terus meninggalkannya. Dia tahu dia kelihatan begitu menyedihkan kini malah ini kali pertama dia kelihatan menyedihkan di mata seseorang. Dia cuba memanggil nama Hyeran berulang kali namun panggilannya tidak bersahutan.

"Chanyeol!"

Lamunannya yang panjang terhenti apabila namanya disebut dengan kuat. Mukanya didongakkan untuk melihat rakan-rakannya yang lain yang sedang memandangnya dengan wajah yang prihatin. Di satu sudut, dia dapat mendengar suara D.O sedang mengeluh disebabkan dia. Mungkin dia sudah membuat D.O risau. Dia harap yang dia dapat meyakinkan semua orang yang dia benar-benar baik sahaja agar mereka berhenti merisaukannya. Chanyeol tidak suka membuat orang risau tentang keadaannya itu walaupun keadaannya ketika itu jelas-jelas membuatkan orang tidak boleh berhenti merisaukannya.

D.O yang sudah menyendukkan nasi ke dalam pinggan terus menutup penutup periuk nasinya dan berjalan menuju ke Chanyeol. "Meogeo. (Makanlah.)" Arahnya sejurus meletakkan pinggan itu di hadapan muka Chanyeol. Lauk yang sudah dimasakkannya juga sudah dihidangkan di atas meja.

Lama Chanyeol merenung makanan yang telah dihidangkan di hadapan matanya itu. Dia hanya perlu mengambil sudu dan menyuapkannya ke dalam mulutnya namun entah mengapa perkara itu terlalu sukar buat Chanyeol.

"Alah, Kau tahu aku tak ada selera, kan?" Chanyeol menyoal kepada D.O yang sedang menyendukkan nasi buat dirinya sendiri.

Pinggan di tangannya diletakkan sebentar sebelum melirikkan matanya kepada Chanyeol yang tak dengar kata. Itupun Chanyeol harus diheret ke meja makan tadi. Kalau tidak jangan haraplah dapat tengok muka yang sangat menyebalkannya itu. Bukan sebal sebab apa, D.O cuma tidak mahu polis datang ke dorm mereka disebabkan Chanyeol mati kelaparan di dalam biliknya.

Sudah tiga hari Chanyeol hilang selera makannya dan semalam D.O dengar yang Chanyeol tidak menyentuh makanannya langsung. Jadi, hari ini D.O harus membuat Chanyeol masak juga walau apapun.

"Kenapa pula? Aku dah masakkan makanan untuk kau, kau tahu?" D.O membuat muka sedihnya mana tahu dapat memujuk Chanyeol untuk makan. Namun Chanyeol bagaikan tiada perasaan sahaja duduk di tempatnya sambil merenung kosong entah ke mana. Mungkin juga Chanyeol sudah tiada perasaan lagi kerana sudah banyak perasaan yang melanda hatinya kebelakangan ini, fikir D.O. Sebenarnya D.O faham apa yang sedang dirasakan oleh Chanyeol ketika itu.

Chen terus menyentuh tangan Chanyeol yang sedang termenung jauh buat kali keberapa entah. Chanyeol yang sedar ada sesuatu yang menyentuhnya terus memandang Chen yang tidak lekang memandangnya dengan wajah yang khuatir. "Makanlah, Chanyeol. Kyungsoo dah makan banyak makanan sedap untuk kita malam ini." Pujuk Chen dengan suara yang lembut.

Sekali lagi Chanyeol memandang makanan di atas meja itu. Memanglah makanan itu kelihatan sangat menyelerakan tapi untuk mengangkat sudu yang ringan itu pun sangat payah.

"Aku cuma-tak bolehlah, Jongdae." Balas Chanyeol dengan kepala yang tunduk langsung tidak mahu memandang semua makanan itu.

"Makan sahajalah, Chanyeorie. Kalau tak nanti kau bertambah sakit." Ucap Xiumin kepada Chanyeol namun kata-kata itu bagaikan masuk telinga kiri keluar telinga kanan sahaja. Xiumin menjadi geram kerana nasihatnya sebagai yang paling tua di antara mereka hanya diendahkan.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now