Bab 100

591 49 3
                                    

Dua perkara,
klau awk x jumpa bab 98, sila refresh. Awak tak akan dpt notification utk bab 98
sebenarnya sy xberniat nak buat cerita ni panjang lebar sbnrnya. Sy hanya nak buat mini novel with 50 chapters tp bila sy dah menulis, sy rasa sy xboleh habiskan cerita ini dgn terburu. Sy tahu cerita ni mengambil masa yg lama utk disiapkan. Dah hampir 2 tahun sejak sy publish prologue. Cerita ni xkan habis dgn 100 chapters juga. Awak kena sabar menunggu sehingga tamat 😂😂😂 sorry for the inconvenience.

Bab 100


Chanyeol mula duduk di atas sofa sambil matanya tidak lepas dari memandang Kyungsoo yang sedang berbual dengan Hyeran di telefon. Dia lalu menghulurkan tangannya namun Kyungsoo seperti terburu-buru bercakap sebelum mematikan panggilan tersebut.

"Beri telefon tu." Pinta Chanyeol sambil mengesat air mata di pipinya. Dia perlu mendengar suara Hyeran, agar dapat menenangkan hatinya sedikit.

"Maaf, Hyeran dah letak telefon." Jawab Kyungsoo dengan selamba sambil memulangkan telefon milik Baekhyun itu kepada tuannya.

"Ah, kau memang sengaja matikan panggilan, kan? Aku cuma nak cakap dengan Hyeran sekejap sahajalah." Rungut Chanyeol.

Kyungsoo memberikan renungannya yang tajam kepada Chanyeol bagaikan seekor pemangsa buas yang sedang menunggu masa untuk menerkam mangsanya bila-bila masa sahaja. "Hyeran cakap dia akan datang ke sini, kau boleh cakap dengan sepuas hati kau." Beritahu Kyungsoo.

Dalam sekelip mata, Kyungsoo yang sedang berdiri di sebelah sofa berhadapan dengan Chanyeol sudah duduk di sebelah Chanyeol. "Jadi sekarang beritahu aku..." Kyungsoo berkata membuatkan Chanyeol merasa tegang. "Kenapa kau tak nak kami tahu tentang Hyeran mengandung? Hyeran cakap kau yang tak nak beritahu kami semua. Kau sedar tak sekarang ni, Park Chanyeol? Kau kahwin pun senyap-senyap, tahu? Kalau kami sampai ke hari ini tak tahu yang kau dah berkahwin, kami mesti fikir kau perkosa Hyeran ke apa ke... Aish Jinjja!" Kyungsoo mengetap giginya melihat Chanyeol yang sedang menundukkan kepalanya.

"Apa lagi yang kau nak rahsiakan selepas ini?" Soal Kyungsoo dengan muka ketatnya.

"Aku memang nak beritahu tapi..."

"Ada sahaja alasan dia." Potong Chen sambil mengklikkan lidahnya berkali-kali.

"Aku takut..." Chanyeol memandang Suho yang sedang bercekak pinggang di sebelah sofanya. "Nanti Suho Hyung marah kalau dia tahu Hyeran mengandung. Nanti dia cakap aku tak nak fokus dengan EXO."

Suho mengangkat tangannya, kelihatan seperti ingin memukul Chanyeol namun tangannya berhenti di udara. "Salahkan aku pula!"

"Apa kena mengena, pabo-yah!"

Tangan Chanyeol menekup telinganya apabila di sebelah kirinya Kyungsoo sedang menjerit di telinganya manakala di sebelah kanannya Suho sedang memarahinya.

Suho menghela nafasnya dengan perlahan sambil memegang dahinya, berlagak bagai dirinya ialah seorang ibu tunggal kematian suami yang mempunyai bebanan 10 orang anak yang tidak habis-habis membuat masalah.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now