Bab 2

3K 174 0
                                    

“APA?!”

Hyeran merenung tajam wajah para juri. Hari ini Hari April Fool ke? April Fool padabulan September? Tolonglah cakap ini semua troll belaka. Dia betul-betul tidak percaya apa yang dia telah dengar. Dia tidak layak menjadi trainee? Biar betul? Dia? Tidak layak? Buruk sangat ke tariannya? Sumbang sangat ke suaranya?

Dia mengetap giginya. Geram betul. Dia dengan terpaksanya datang ke sini dan menyanyi di depan orang iaitu perkara yang terakhir akan dia lakukan sebelum dia mati. Dia sudah menari bagaikan orang… orang yang bodoh! Sudah bermain piano dengan bersungguh-sungguh tetapi… ini jawapan yang dia dengari?

Tidak! Bukan ini yang dia patut dengar. Walau bagaimana tak mahu pun dia menjadi artis di syarikat ini tetapi dia harus juga! Dia ingin lakukan apa sahaja untuk appa yang dia sayangi. Walaupun harus menjadi artis smALL iaitu perkara yang tidak akan dia lakukan walau mati hidup semula.

Hyeran mendengus. “Kenapa?” Soalnya memandang tepat ke mata ketua juri. “Kenapa saya tak layak?”

‘Kenapa! Ada jawapan yang munasabah ke untuk ini?’ Jerit hati Hyeran.

“Awak rasa tak puas hati, ke?” Soal Kim Chiwon.

Hyeran sempat menjeling Kim Chiwon sebelum menjawab, “Ya! Memang saya tak puas hati! Kenapa? Bagi tahu saya kenapa?!”

“Awak tanya kami kenapa?” Juri wanita itu tersenyum. “Awak sangatlah amatur dalam bab tarian. Nyanyian awak sumbang. Lupa lirik, pitching lari, ton suara jahanam. Lagu Kiss the Rain yang  awak mainkan tadi tu pun ada kesalahan. Dan awak tanya kenapa?”

Sekali lagi Haewon tersenyum namun, senyumannya itu amat sinis sekali. Haewon seperti sedang memerli Hyeran. Namun, Hyeran membalas senyuman sinis Haewon dengan ketawa. Semua juri kelihatan terkejut apabila mendengar ketawa Hyeran. Masing-masing mengerut dahi mereka.

“Baguslah.” Sepatah perkataan yang keluar dari mulut Hyeran membuatkan para juri bertambah terkejut.

Kim Chiwon tersenyum. Baginya peserta dihadapannya cukup menarik. Dia yang bersandar pada kerusi mendekatkan dirinya dengan meja. “Kenapa bagus?” Tanyanya.

Hyeran ketawa lagi. “Tak ada apa-apa. Terima kasih kerana sudi mendengar nyanyian saya yang sumbang tadi.” Ucap Hyeran berkira-kira untuk melangkah pergi.

Dengan geram, Hyeran berjalan ke arah pintu namun belum sempat dia menolak pintu dihadapannya, satu suara menyergah.

“Saya tak sangka yang ujibakat ini tidaklah begitu penting buat awak. Saya ingat awak betul-betul mahu menjadi penyanyi.”

Bibirnya digigit. Dia menoleh. Memandang tepat wajah Kim Chiwon yang tersenyum apabila dia menoleh.

“Ya. Betul tu. Ujibakat ini tak penting pun. Saya masuk ujibakat ini pun sebab ayah saya. Appa saya betul-betul fikir yang saya berbakat tetapi, setelah mendengar apa yang keluar dari mulut Seo Haewonssi…” Hyeran memusing kepalanya merenung tajam Seo Haewon lalu melihat kembali memandang Kim Chiwon.

“… Saya sedar yang saya tidak berbakat langsung dan tidak berkebolehan langsung untuk menjadi penyanyi. Ternyata appa saya salah.” Tambahnya lagi.

Kim Chiwon mengetuk-ngetuk pennya pada meja apabila mendengar kata-kata Hyeran sambil matanya membalas pandangan gadis itu. Dia tersenyum simpul. “Jadi, awak buat ini demi ayah awak?”

“Ya. Sekarang izinkan saya untuk pergi. Sekian terima kasih.” Hyeran memusing kembali badannya lalu menolak pintu keluar bilik itu. Ugh. Ingin sahaja dia menendang pintu itu biar tanggal.

Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya kini. Jadi, semua usahanya hanyalah sia-sia? Dia tidak percaya semua ini terlalu kejam! Susah sangatkah untuk menerimanya menjadi artis smALL? Teruk sangatkah apa yang dia lakukan tadi?

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now