Bab 096

593 55 4
                                    

Maafkan saya sebab telah mengambil masa yang sangat lama untuk me'publish' chapter ini... Terima kasih kerana menunggu typo ahead,

Bab 96

Yoon Hyeran

Lama Chanyeol memandang tulisannya sendiri. Sudah cuba dia mengedipkan matanya berkali-kali, berharap yang dia hanya salah baca tulisan tersebut tetapi ianya masih lagi tertulis nama 'Yoon Hyeran'. Chanyeol keliru, adakah dia pernah mengenali seorang budak perempuan bernama Yoon Hyeran sewaktu dia berumur 7 tahun? Adakah budak perempuan itu ialah Yoon Hyeran yang sama, iaitu isterinya ataupun orang lain?

Pantas dia menyelak belakang halaman yang terakhir itu untuk melihat kalau-kalau ada sesuatu tertulis tentang lukisannya itu. Namun, ia hanya membuatkan mulutnya ternganga lebih luas tatkala membaca tulisannya sendiri.

Pakcik Doohwan kata yang dia bawa anak dia untuk kenalkannya kepada Chanyeol. Appa kata Chanyeol kena berkawan dengan dia. Tetapi macam mana nak berkawan kalau dia tak nak cakap? Hanya sekali je namanya dia beritahu. Yoon Hyeran. Yoon Hyeran, kenapa awak tak sudi berkawan dengan saya?

Apa yang sedang berlaku sebenarnya? Adakah mereka sebenarnya sudah berkenalan sejak kecil lagi? Tetapi mengapa Chanyeol tidak pernah mengingatinya? Mengapa sesuatu yang penting seperti ini terpadam dari memorinya?

"Yoon Hyeran!"

"Nama awak Yoon Hyeran? Saya Park Chanyeol. Mulai hari ini, saya akan menjadi kawan awak. Kawan awak yang paling rapat."

Tiba-tiba Chanyeol terdengar suaranya sendiri memanggil nama itu. Namun, apa yang membuatkan Chanyeol hairan ialah suaranya itu ialah ketika umurnya kecil lagi. Dan dengan tiba-tiba juga, satu demi satu kenangan mula menceroboh fikirannya bagaikan sebuah skrin putih yang melayarkansatu persatu babak. Satu persatu kenangan yang tersimpan dalam bermain di skrin itu.

"Yoon Hyeran, kenapa tak nak main dengan Chanyeol?"

"Hyeran, marilah. Chanyeol ada macam-macam mainan. Kalau tak nak kita boleh pergi bermain di taman permainan. Nak tak?" Soalan yang keluar dari bibir Chanyeol itu bertalu-talu datangnya. Namun, semakin Chanyeol cuba memujuk budak perempuan yang lebih muda daripadanya dua tahun itu, semakin kuat tangisannya.

Chanyeol tidak tahu apa yang perlu dilakukannya saat ini. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sudah cuba dia pujuk dengan bermacam-macam mainannya. Satu demi satu mainannya dikeluarkan dan diberikan kepada budak perempuan itu namun, tidak berhasil jua. Dia sudah menjadi buntu.

Anak patung Barbie akhirnya dapat juga ditemukan di dalam kotak mainannya itu. Anak patung yang pernah menjadi milik noonanya kelihatan masih elok lagi. Terus dia membawa anak patung itu, mahu diberikan kepada Yoon Hyeran. Si kecil Yoon Hyeran yang sedang membenamkan mukanya ke lipatan kakinya tidak langsung menyedari Chanyeol yang sudah mendekatinya dengan sebuah anak patung di dalam genggamannya. Kerana Hyeran masih tidak berganjak dari tempatnya, Chanyeol terus menarik tangan Hyeran. Cubaan Chanyeol untuk meletakkan anak patung itu di dalam tangannya tidak berjaya apabila Hyeran pantas menepis.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now