Bab 24

1.8K 99 2
                                    

Akhirnya hari yang dinantikan sudah tiba. Chanyeol berasa terlalu gementar sehingga dia fikir nafasnya boleh terhenti kerana itu. Dia mencuba menarik nafasnya dan menghembusnya berulang kali untuk mengatasi gementarnya itu dan nampaknya ia sudah berkurang sedikit demi sedikit.

"Bertenang, Chanyeol. Bertenang." Chanyeol memberitahu dirinya sambil melihat mukanya sendiri di cermin. Tetapi, gementar jelas tercatat di seluruh wajahnya. "Argh, macam nak pecah otak!" Jerit Chanyeol sendiri lalu berdiri dari kerusi dan mundar-mandir.

'Apa nak buat ni? Aku akan kahwin sekejap lagi. Macam tak percaya je. Tapi, aku nak kena percaya juga walaupun ini semua bagaikan mimpi. Sukar untuk aku beritahu sama ada mimpi buruk atau bukan. Semuanya terlalu... sukar untuk aku percaya.' Chanyeol mengeluh sendiri lalu duduk kembali di atas kerusi.

Terlalu pantas hari ini tiba. Siapa sangka yang dia akan berkahwin dalam masa seminggu sahaja, bukan? Dari hari di mana Ummanya menyuruhnya untuk berkahwin sehingga ke hari ini... Kenapa masa perlu berlalu terlalu pantas? Terlalu pantas sehingga meninggalkan Chanyeol lemas di dalam keputusannya sendiri.

Ya, dia masih berfikir betulkah keputusan yang dilakukannya itu? Dia masih lagi dihantui dengan tanda tanya. Namun, apakah dia akan menyesal seumur hidup kerana memilih untuk berkahwin dengan Hyeran nanti? Di dalam ini, semua orang akan diberi dua pilihan tetapi bagi Chanyeol, dia diberi satu pilihan sahaja. Dia tiada pilihan lain.

Dia takut. Dia takut kalau-kalau nanti masa depannya bertukar menjadi mimpi buruk yang dia ingin lari. Kerjayanya... Hidupnya... Dia harap ia tidak akan menjadi tunggang terbalik nanti. Ahli-ahli EXO yang lain, patutkah dia memberitahu kepada mereka tentang hal ini? Ummanya kata yang dia boleh beritahu kepada mereka tetapi, rasanya dia tidak akan sanggup memberitahu hal itu kepada mereka. Walaupun semua ahli-ahli EXO boleh dipercayai dan sanggup mendengar luahan perasaannya, dia tak akan boleh ceritakan hal ini. Biarlah, biar ia menjadi rahsia buat sementara. Lambat laun mereka akan tahu juga.

Telefon yang dimatikan sejak tiga hari lepas dicapai dan dihidupkan. Sebenarnya, dia tidak mahu membalas mesej atau mengangkat panggilan daripada ahli EXO yang akan bertanyakan tentang keberadaannya. Berpuluh-puluh mesej masuk ke dalam peti suratnya sejurus sahaja telefon bimbitnya hidup kembali. Rupa-rupanya mesej-mesej itu dikirimkan oleh ahli-ahli EXO. Group EXO di Line dibukanya dan dibacanya satu persatu. Mesej-mesej mereka semuanya berkenaan di mana keberadaannya kini, adakah dia sihat, kenapa telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi dan lain-lain. Mereka nampaknya risaukan dirinya dan dia kini berasa bersalah kerana telah menutup telefon bimbitnya.

21 Mac 2015

Suho : Chanyeol! Chanyeol-ah! Kau ada disitu, kan?

Sehun : Hyung, Yeorie Hyung, kenapa Hyung menghilang?

Baekhyun : Park Yoda! Kau jangan main-main! Kenapa tiba-tiba pergi tanpa beritahu?

Kris : Ah, mwoya? Kenapa semua orang tengah cakap pasal Chanyeollie? Apa dah terjadi? Bukan ke kau cakap Chanyeollie tidur di rumah Ummanya hari itu, Suho?

Chen : Ya. Ya. Apa yang berlaku? Kenapa pagi-pagi lagi Suho Hyung tak ada kat dorm?

D.O.: Chanyeol macam suka orang risau pasal dia. 

Suho : Chanyeol tidur di rumah ummanya hari itu. Baekhyun, Sehun dan saya pun baru pergi Vivapolo tetapi dah tutup. Dah masuk dua hari dah ni. Kalau mereka dah tutup restoran tak akan tak beritahu sebab mereka buka pada setiap hari. Sebab risau, kami pergi rumah Chanyeol pula tetapi tiada orang disitu. Jirannya kata mereka sekeluarga pergi bercuti tetapi di mana tempatnya tak diberitahu. Aku cuba telefon Chanyeol tetapi telefonnya dimatikan.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now